Barisan Rakyat Jati Sarawak

Jangan dikelirukan dengan BERJASA.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau Sarawak Native People's Front (BARJASA) merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada Disember 1961 di Sarawak, Malaysia.[1] Parti ini merupakan parti politik alternatif kepada masyarakat Islam, dan mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu dan suku kaum Melanau di kawasan pilihan raya Sri Aman dan Sibu. Pada 28 Mac 1968, parti ini bergabung dengan Parti Negara Sarawak (PANAS) untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 30 April 1973.[2][3]

Barisan Rakyat Jati Sarawak
Sarawak Native People's Front
BARJASA
KetuaTuanku Haji Bujang
DiasaskanDisember 1961
Dibubarkan28 Mac 1968
Ibu pejabatKuching, Sarawak

Semasa penubuhannya, BARJASA dipengerusikan oleh Tuanku Haji Bujang, dengan Alfred Unteng Mason selaku Setiausaha Agungnya. Penyertaan keahlian kebanyakannya daripada golongan muda yang berpelajaran, termasuk Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud, yang merupakan Setiausaha Agungnya semasa pengabungan dan pembentukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 1973.

Lihat jugaSunting

Pautan LuarSunting

RujukanSunting


Penglihatan awal

Untuk menetapkan penglihatan awal templat, |state= parameter boleh digunakan:

  • |state=collapsed: {{Barisan Rakyat Jati Sarawak|state=collapsed}} untuk menunjukkan templat dikecutkan, iaitu, tersembunyi selain dari palang tajuknya
  • |state=expanded: {{Barisan Rakyat Jati Sarawak|state=expanded}} untuk menunjukkan templat dikembangkan, iaitu dapat dilihat sepenuhnya
  • |state=autocollapse: {{Barisan Rakyat Jati Sarawak|state=autocollapse}}
    • menunjukkan templat dikecutkan ke palang tajuk jika terdapat {{palangnav}}, {{palangsisi}}, atau sebarang jadual lain pada laman dengan atribut boleh lipat
    • menunjukkan templat dalam keadaan dikembangkan jika tiada terdapat benda boleh lipat yang lain pada laman

Jika parameter |state= tidak ditetapkan, penglihatan awal templat diambil daripada parameter |default= dalam templat. Untuk templat ini, yang tersebut sedang menilai ke autocollapse.