Barraba adalah sebuah kampung di New South Wales di Australia. Kampung ini sebelum merupakan kampung utama Barraba Shire tetapi kampung ini dan daerahnya disatukan ke daerah Tamworth Regional Council pada tahun 2004. Barraba terletak di Bundarra-Barraba Important Bird Area yang melindungi tempat tinggal burung anthochaera phrygia (sejenis burung madu) yang terancam. Barraba sebelah 477 km barat laut Sydney, 548 km barat daya Brisbane, dan 90 km utara Tamworth yang merupakan bandar terdekat. Sungai Manilla mengalir di samping kampung. Kampung ini berada di jalan pelancongan Fossickers Way dan kampung ini terletak di Pegunungan Nandewar pada ketinggian 500 meter.

Barraba
New South Wales
Jalan utama Barraba
Barraba is located in Bumi
Barraba
Barraba (Bumi)
Koordinat30°22′42″S 150°36′38″E / 30.37833°S 150.61056°E / -30.37833; 150.61056Koordinat: 30°22′42″S 150°36′38″E / 30.37833°S 150.61056°E / -30.37833; 150.61056
Penduduk1,410 (2016)[1]
Ditubuhkan1850-an
Poskod2347
Ketinggian500 m (1,640 ka)
Lokasi
Kawasan kerajaan tempatanMajlis Daerah Tamworth
KauntiDarling
Kawasan pilihan raya negeriTamworth
Kawasan pilihan raya persekutuanNew England
Purata suhu maks Purata suhu min Hujan tahunan
24.4 °C
76 °F
8.3 °C
47 °F
688.7 mm
27.1 in
Anthochaera phrygia

Sejarah sunting

Aborigin, orang Kamilaroi (atau orang Gamileraay), tinggal di daerah sebelum orang Eropah tiba.[2] Orang Eropah itu pertama di daerah itu adalah penjelajah dan ahli botani Allan Cunningham yang datang ke sana pada tahun 1827.[3] Ladang pertama, Barraba Station, ditubuhkan pada tahun 1837 atau pada tahun 1838.[2][4] Tempat kampung diukur pada tahun 1852.[5]

Semasa tahul 1850-an penemuan emas membantu pertumbuhan kampung.[5] Pejabat post pos pertama dibuka pada tahul 1856 dan sekolah pertama dibuka pada tahul 1861.[6] dan sekolah pertama dibuka pada tahul 1861.[2] Gereja Anglikan pertama dibangun pada tahul 1876[4] dan bank pertama dibuka juga pada tahun 1876.[4] Hotel pertama, The Commercial Hotel, dibangun pada tahun 1878[4] dan bangunan mahkamah dibangun pada tahun 1881.[4] Barraba diumumkan sebagai kampung pada tahun 1885.[4][5] Hospital dibangun pada tahun 1891[4] dan gereja Metodis dibangun pada tahun 1898.[4]

Akhbar tempatan pertama, Barraba Gazette, mula diterbitkannya pada tahun 1900.[4] Gereja Katolik dibangun pada tahun 1906.[4] Jelan kereta api sampai pada desa pada tahun 1908[7] tetapi kereta api terakhir pergi di Barraba pada tahun 1983 dan jelan kerati api ditutup pada tahun 1987.[8] Empangan itu di Connors Creek dibangun pada tahun 1933[8] untuk memperbaiki persediaan air ke kampung.

 
Allan Cunningham

Perlombongan sunting

Tembaga sunting

Tembaga ditemukan di Gulf Creek pada tahun 1889.[2] Gulf Creek sebelah 22 km timur laut Barraba. Kampung kecil telah didirikan yang telah memiliki hotel, sekolah dan pejabat pos.[9] Lombong itu lombong tembaga terbesar di New South wales pada tahun 1901 dan kampung kecil itu telah memiliki 300 penduduk. Pejabat pos dibuka pada tahun 1897 tetapi ditutupnya pada tahun 1966.[6] Kampung kecil ini telah ditinggalkan.

Asbestos sunting

Asbestos dilombong di Woodseef dari tahun 1919 ke tahun 1983 di Woodsreef yang telah kampung kecil sebelah 15 km timur Barraba. Lombong diperbesar pada tahun 1974. Lombong menghasilkan 5.000.000 t asbes putih.

Lombong yang ditinggalkan meninggalkan 75.000.000 t sisa batu dan 25.000.000 t asbestos. Tumpukan asbestos mencakup 43 ha dan tumpukan ini tingginya mencapai 70 meter.[10]

Laporan berita televisi menjelaskan di tahun 2008 kekhawatiran yang meningkat bahwa asbes akan menjadi risiko kesehatan bagi penduduk dan pengunjung.[11] Yayasan Penyakit Asbes Australia (bahasa Inggris: Asbestos Diseases Foundation of Australia) telah menuntut agar lokasi lombong ini harus direhabilitasi. Yayasan juga menuntut agar orang tidak diizinkan memasuki lokasi lombong. Sebuah jalan tanah umum telah melintasi lokasi lombong hingga ditutupnya pada tahun 2013. Kampung kecil itu ditinggalkan.

Layanan kesehatan pemerintah, Hunter-New England Health, telah melakukan penelitian mendesak tentang masalah kesehatan itu masyarakat dan pengunjungnya tetapi hasilnya belum dipublikasikan.[12]

 
Lombong asbestos yang ditinggalkan di Woodsreef

Bumi diatom sunting

Lombong bumi diatom didirikan pada tahun 1982.

Logam berharga dan batu permata sunting

Pyrite, jasper, garnet, zeolite, kuarza merah, kuarza coklat dan kuarza kuning ditemukan di daerah ini. Orang juga dapat menemukan fosil.

Pertanian sunting

Lembu untuk daging, biri-biri merino untuk bulu dan daging, dan pokok gandum diternakkan di daerah ini.

Iklim sunting

Barraba biasanya mengalami musim panas yang panas dan lembab, dan biasanya mengalami musim dingin yang sejuk dan kering. Suhu tertinggi yang dicatat adalah 41,8 °C dan suh terendah yang dicatat adalah -9,4 °C. Curah hujan tahunan rata-rata adalah 688,7 milimeter dan curah hujan paling yang dalam satu hari adalah 194,3 mm yang jatuhnya pada 25 Februari 1955.[13]

Bekalan air sunting

Sebelum pembangunan Empangan Split Rock (bahasa Inggeris: Split Rock Dam), Barraba mengambil airnya dari Sungai Manilla, Sungai kecil Barraba dan Empangan Connors Creek. Ketika sumber-sumbernya habis, kampung mengambil air dari sumur darurat-darurat.

Empangan Split Rock dibangun pada tahun 1988 dan saluran paip dari emdungan ke kampung dibangun pada tahun 2015.[14][15]

 
Empangan Split Rock

Gambar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "2016 Census QuickStats – Barraba (State Suburb)". Australian Bureau of Statistics. 6 Julai 2018. Dicapai pada 18 Ogos 2018.
  2. ^ a b c d "Barraba". Sydney Morning Herald Traveller. 13 November 2008. Dicapai pada 14 November 2011.
  3. ^ "Barraba". Visit Tamworth. Tamworth Regional Council. Dicapai pada 14 November 2011.
  4. ^ a b c d e f g h i j "Barraba Dateline". Barraba NSW – The Community Website. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2012. Dicapai pada 14 November 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ a b c Boileau, Joanna (February 2007). "Thematic History of Nundle, Manilla and Barraba". Tamworth Regional Council. m/s. 124–125. Dicapai pada 14 November 2011.
  6. ^ a b "Post Office History". Post Office List – NSW. Premier Postal Auctions. Dicapai pada 14 November 2011.
  7. ^ "THE BARRABA RAILWAY". The Sydney Morning Herald. National Library of Australia. 22 September 1908. m/s. 7. Dicapai pada 15 November 2011.
  8. ^ a b Bozier, Rolfe. "Barraba Branch". NSWrail.net. Dicapai pada 15 November 2011.
  9. ^ "MINING IN NEW SOUTH WALES". The Sydney Morning Herald. National Library of Australia. 29 July 1901. m/s. 8. Dicapai pada 15 November 2011.
  10. ^ Woodsreef Asbestos Mine Site Rehabilitation Private Members Statement, 29 August 2008. Diarkibkan April 3, 2011, di Wayback Machine
  11. ^ Abandoned asbestos mine causes community outrage
  12. ^ Woodsreef health report under wraps Diarkibkan Julai 6, 2011, di Wayback Machine
  13. ^ "Climate Statistics for Barraba Post Office". Climate statistics for Australian locations. Bureau of Meteorology. Dicapai pada 16 November 2011.
  14. ^ Barraba Water Supply Diarkibkan 2011-06-28 di Wayback Machine
  15. ^ Barraba's water supply critical

Pautan luar sunting