Baruna Jaya I (KAL-IV-02) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis kapal pemetaan/penyelidik yang bertugas bagi pemetaan wilayah-wilayah di Indonesia. Ia dibina pada tahun 1989.

Kapal Baruna Jaya I milik Indonesia merupakan kapal pemetaan/penyelidik. Baruna Jaya I memenuhi keperluan pemetaan Indonesia bagi tujuan ketenteraan dan pengawasan wilayah-wilayah Indonesia. Baruna Jaya I dibina oleh CMN, Cherbourg, Perancis.

Baruna Jaya I mempunyai 37 orang anak kapal tambahan 26 kakitangan pemetaan. Baruna Jaya I dilengkapi untuk misi pengawasan, pemetaan dan penyelidikan.

Kapal Baruna Jaya I sepanjang 60.03 m; 11.61 meter * 5.31 meter ( 197 kaki panjang * 38 kaki * 17.4 kaki) mempunyai kelajuan pada 14 batu nautikal. Baruna Jaya I mempunyai seseran 1,350 tan penuh.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah Baruna Jaya I, Baruna Jaya II, Baruna Jaya III, Baruna Jaya IV, dan Baruna Jaya VIII.

KemudahanSunting

Baruna Jaya I mempunyai kemudahan pengawasan dan penyelidikan hidrografik dan oceanografik.

TUJAHANSunting

Kapal Baruna Jaya I mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada satu gandar yang menghasilkan 2,990 bhp secara berterusan dan mampu bergerak pada kelajuan 14 batu nautikal.

Pegawai pemerintah Baruna Jaya ISunting

Pautan luarSunting