Bas Smart Selangor

Perkhidmatan bas percuma yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor

Bas Smart Selangor (dahulu dikenali sebagi Bas Selangorku) merupakan perkhidmatan bas percuma yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor. Perkhidmatan ini mula dilancarkan pada 1 Julai 2015 dengan tiga laluan pertama diperkenalkan oleh tiga Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Penyediaan bas ini bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban orang ramai terutamanya golongan yang kurang berkemampuan, perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar. Sehingga 2023, perkhidmatan bas Smart Selangor mempunyai lebih dari 50 laluan dengan 150 buah bas digunakan pada semua kawasan pihak berkuasa tempatan negeri Selangor (termasuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dimana perkhidmatan dikenali sebagai PJ City Bus) dengan dana sebanyak RM30 juta setahun dikeluarkan dari kerajaan negeri Selangoruntuk pengoperasi perkhidmatan bas Smart Selangor.

Smart Selangor
Laluan bas MPS1 dalam perkhidmatan bas Smart Selangor
Diasaskan1 Julai 2015; 8 tahun yang lalu (2015-07-01)
Daerah perkhidmatanSelangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatan
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas percuma
Armada150
PengendaliRapid Bus, Wawasan Sutera, Causeway Link, UNIC Leisure Transtour

Perkhidmatan bas ini akan dikenali sebagai Selangor Mobiliti bermula September 2023.

Imbas Sebelum Naik sunting

Bermula 15 Mac 2021, semua penumpang diwajibkan untuk memuat turun aplikasi Citizen E-Payment (CEPat) pada telefon pintar dan mengimbas kod QR tertera pada pintu masuk bas sebelum dibenarkan untuk menaiki mana-mana bas Smart Selangor (dan bas PJ City Bus bermula 1 Januari 2023). Tambang 90 sen dikenakan kepada penumpang bukan warganegara Malaysia manakala perkhidmatan bas kekal percuma untuk warganegara Malaysia dengan imbasan kod QR pada aplikasi CEPat diwajibkan untuk penumpang berumur 18 hingga 59 tahun. Warga emas atau pelajar sekolah dikecualikan dari imbasan wajib kod QR sebaliknya mereka perlu mempamerkan kad pengenalan atau pasport.

Laluan Bas sunting

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MBSA mula beroperasi pada 1 Julai 2015. Sebanyak 9 laluan bas beroperasi di kawasan bandaraya Shah Alam serta 1 laluan bas komuniti di Setia Alam.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MPK mula beroperasi pada 1 Julai 2015. Sebanyak 4 laluan bas dan 3 laluan bas cawangan beroperasi di kawasan bandar Klang dan sekitarnya.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MBSJ mula beroperasi pada 1 Julai 2015. Sebanyak 4 laluan bas beroperasi di kawasan bandaraya Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Seri Kembangan.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MPAJ mula beroperasi pada tahun 2016. Sebanyak 4 laluan bas beroperasi di kawasan Taman Melawati, Pandan Indah dan bandar Ampang, Selangor.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MPKj mula beroperasi pada 1 Februari 2016. Sebanyak 4 laluan bas beroperasi di kawasan bandar Kajang, Bandar Baru Bangi dan Cheras.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MPS mula beroperasi pada 13 Mei 2016. Sebanyak 4 laluan bas beroperasi di kawasan Selayang, Rawang dan kawasan lain di daerah Gombak.

Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MPSp mula beroperasi pada tahun 2017. Sebanyak 4 laluan bas beroperasi di kawasan Tanjung Sepat, pekan Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Cyberjaya dan IOI City Mall.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MPKL mula beroperasi pada tahun 2017. Sebanyak 2 laluan bas beroperasi di kawasan pekan Banting dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MPKS mula beroperasi pada tahun 2018. Sebanyak 2 laluan bas beroperasi: laluan KS01 (kendalian Wawasan Sutera) menghubungkan Kuala Selangor dengan Tanjung Karang dan laluan KS02 (kendalian Handal Indah) menghubungkan Puncak Alam dengan Sungai Buloh.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sunting

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sunting

Perkhidmatan bas Smart Selangor MDSB mula beroperasi pada 18 Mei 2016.

Waktu operasi dan kekerapan sunting

Waktu pengoperasian bas ini dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam dengan kekerapan perjalanan adalah selama 15 minit untuk sampai ke setiap hentian.

Pautan luar sunting