Basel II merupakan Persetujuan Basel yang kedua, yang mencadangkan undang-undang dan peraturan perbankan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank. Matlamat Basel II, yang pada asalnya diterbitkan pada Jun 2004, adalah mencipta piawaian antarabangsa yang boleh digunakan oleh pengawal perbankan apabila mencipta peraturan mengenai banyak mana modal yang diperlukan oleh bank untuk disimpan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jenis risiko kewangan dan operasi yang dihadapi oleh pihak bank. Penyokong Basel II percaya bahawa piawaian antarabangsa sedemikian mampu mengawal sistem kewangan antarabangsa daripada jenis masalah yang mungkin timbul sekiranya bank utama atau beberapa siri bank gagal. Dalam perlaksanaan, Basel II cuba mencapai matlamat ini dengan menetapkan reka bentuk keperluan pengurusan risiko dan modal yang menyeluruh bagi memastikan bank memegang simpanan modal bersesuaian dengan risiko yang bank terdedah melalui amalan pinjaman dan pelaburannya. Secara umum, aturan ini bererti bahawa lebih risiko bank terdedah, lebih banyak jumlah modal yang perlu dipegang oleh bank bagi menjaga pihak bank dari kegagalan dan kestabilan ekonomi menyeluruh.

Versi terakhir bertujuan:

  1. Memastikan bahawa tuntutan modal (Capital requirement) adalah lebih sensitif kepada risiko;
  2. Membezakan risiko operasi dari risiko kredit, dan meluluskan keduanya;
  3. Cuba menyelaraskan modal ekonomi dan regulatori lebih ketat bagi mengurangkan skop bagi regulatori arbitaj (regulatory arbitrage ).

Sungguhpun perjanjian akhir menyelesaikan sebahagian besar isu regulatori arbitraj, terdapat juga bahagian di mana kehendak modal regulatori akan mencapah daripada modal ekonomi.

Basel II kebanyakannya tidak merubah soalan bagaimana untuk mentakrifkan modal bank sebenarnya, yang menyimpang dari ekuiti perakaunan dalam hal penting. Takrifan Basel I, sebagaimana diubah suai sehingga kini, kekal berkuat-kuasa.

Persefahaman dalam operasi sunting

Basel II menggunakan konsep "tiga tonggak" – (1) tuntutan modal (Capital requirement) minimum (menangani risiko), (2) penilaian semula penyelia (supervisory review) dan (3) disiplin pasaran (market discipline) – untuk menggalakkan sistem kestabilan kewangan lebih kukuh.

Persetujuan Basel I hanya menangani sebahagian dari setiap tunggak ini. Sebagai contoh: dibandingkan dengan tunggak Basel II pertama, hanya satu risiko, risiko kredit, ditangani dengan cara yang sama sementara risiko pasaran merupakan tambahan kemudian; risiko operasi tidak ditangani sama sekali.

Tunggak pertama sunting

Tunggak pertama menangani hanya dengan mengekalkan tuntutan modal yang dikira bagi tiga komponen risiko utama yang dihadapi bank: risiko kredit (credit risk), risiko operasi (operational risk) dan risiko pasaran (market risk). Risiko lain tidak dianggap mampu diukur sepenuhnya pada tahap ini.

Komponen risiko kredit boleh dikira dalam tiga cara berlainan dengan tahap kerumitan berbeza, terutamanya pendekatan piwaian (standardized approach), IRB Asas (Foundation IRB) dan IRB Tinggi (Advanced IRB). IRB mewakili (Pendekatan Berasaskan Penilaian Dalaman - ("Internal Rating-Based Approach").

Bagi risiko operasi, terdapat tiga pendekatan - pendekatan petunjuk asas (basic indicator approach) atau BIA, Pendekatan piwaian (standardized approach) atau STA, dan pendekatan pengukuran maju (advanced measurement approach) atau AMA.

Bagi risiko pasaran pendekatan yang dicadangkan merupakan VaR (nilai berisiko).

Tunggak kedua sunting

Tunggak kedua adalah berkenaan tindak balas pengurus (regulatory response ) kepada tunggak pertama, memberikan penyelia bank (Bank regulation) perkakasan yang lebih baik berbanding apa yang mereka ada di bawah Basel I. Ia turut memberikan rangka kerja bagi menangani semua risiko lain yang mungkin dihadapi bank, seperti risiko sistemik (systemic risk), risiko persaraan (pension risk), risiko penumpuan (concentration risk), risiko strategik (strategic risk), risiko reputasi (reputation risk), risiko pembubaran (liquidity risk) dan risiko perundangan (legal risk), yang digabung oleh persefahaman Basel di bawah risiko sisa (residual risk).

Tunggak ketiga sunting

Tunggak ketiga meningkatkan dengan banyaknya pendedahan yang perlu dilakukan oleh bank. Ini adalah direka bagi membenarkan pasaran mendapat gambaran lebih baik mengenai kedudukan keseluruhan bank dan membenarkan pihak lawan (counterparty) bank untuk bertindak dan meletak harga sekadarnya.

Kritikan sunting

Terdapat banyak kritikan ditujukan kepada Basel II. Ini termasuk bahawa ukuran risiko yang lebih rumit merupakan kelebihan tidak adil kepada bank besar yang mampu melaksanakannya dan, dari perspektif yang sama, negara membangun umumnya turut tidak memiliki bank sedemikian dan Basel II akan melemahkan negara yang ekonominya sekadar mencukupi marginal (economically marginalized) dengan menghad capaian mereka kepada kredit atau menjadikannya lebih mahal.

Kritikan yang pertama merupakan satu bantahan yang sah, tetapi ia sukar untuk melihat bagaimana ia mampu diselesaikan. Ukuran risiko lebih sensitif diperlukan bagi bank yang lebih besar dan sofsikated dan, sementara ukuran yang kurang sofsikated adalah lebih mudah dikira, disebabkan kesensitif yang lebih rendah, ia perlu lebih konservetif.

Kritikan yang kedua turut mempunyai kebenarannya; risiko kredit lebih baik merupakan kelebihan ketika bank bergerak kearah nilai sebenar bagi menetapkan harga. Pengalaman dengan sistem sebegini di Amerika Syarikat dan United Kingdom, bagaimanapun, dengan sistem risiko kredit yang lebih baik bererti bank lebih cenderung untuk memberi pinjaman kepada peminjam yang berrisiko lebih tinggi, cuma dengan harga lebih tinggi. Peminjam yang dahulunya 'diketepikan' dari sistem perrbankan kini mempunyai peluang bagi memulakan sejarah kredit yang baik.

Kritikan yang lebih serious merupakan bahawa operasi Basel II akan mendorong kepada kitaran perdagangan yang lebih menonjol (pronounced). Kritikan ini timbul kerana model kredit yang digunakan bagi mematuhi Tunggak I biasanya menggunakan satu tahun tempoh kaki langit (time horizon). Ini bererti bahawa, semasa kitaran perniagaan menurun, bank perlu mengurangkan pinjaman mereka kerana jangkaan model menunjukkan kerugian meningkat, meningkatkankan lagi kesan kemelesetan.

Pada asasnya ini sekali lagi menimbulkan persoalan samaada Kemungkinan Ingkar (Probability of Default "PD") dan Loss Given Default ("LGD") (yang pertama merupakan petunjuk kepada kemungkinan berlaku kerugian, yang kedua merupakan petunjuk bagi berapa teruk kerugian) merupakan pasangan bebas bijak untuk digunakan sebagai model risiko kredit, yang mana merupakan asas Basel II. Adakah jangkaan menggunakan keduanya menunjukkan kesan saling berkait (correlation ) yang jelas, sebagaimana data penyelidikan berkenaan hutang US yang lama berlangsung tunjukkan. Menyelesaikan perkara ini akan menjadi agenda penyelidik dalam bidang ini selama beberapa tahun akan datang.

Pengurus perbankan perlu menyedari risiko ini dan dijangka akan memasukkan hal ini dalam penilaian mereka tentang model yang digunakan oleh pihak bank.

Perlaksanaan dan kemajuan sunting

Pengurusan perbankan dalam kebanyakan bidang kuasa seluruh dunia bercadang untuk melaksanakan Persefahaman baru, tetapi dengan perbezaan garis masa dan menggunakan pelbagai kekangan methodologi. Pelbagai pengurusan di Amerika Syarikat telah bersetuju dengan pendekatan akhir - lihat [1] Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine bagi Notis Cadangan Penghasilan Peraturan (Proposed Rulemaking). Mereka mewajibkan pendekatan Internal Ratings-Based bagi bank terbesar, dan pendekatan piwaian tidak digunakan bagi semua orang. Di In India, Bank Simpanan India (Reserve Bank of India - RBI) telah melaksanakan Basel II biasa.

Sebagai balasan kepada soaljawab yang dikeluarkan oleh (Financial Stability Institute) (FSI)[2], 95 pengurus kebangsaan menunjukkan bahawa mereka akan melaksanakan Basel II, dalam satu bentuk atau lainnya, menjelang 2015.

Persatuan Eropah (European Union) telahpun melaksanakan Persefahaman melalui (EU Capital Requirements Directives) dan banyak bank Eropah telahpun melaporkan ratio modal mencukupi menurut sistem baru. Semua institutisi kredit akan menggunakannya menjelang 2008.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting