Bashir Alias
Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias (4 Disember 1966) adalah Ahli Dewan Negara Malaysia selama dua penggal bermula tahun 2017 dan penggal kedua berakhir pada tahun 2023 mewakili Labuan.[1] Bashir merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan. Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan pada tahun 2016 hingga 2018 menggantikan Allahyarham Datuk Yunus Kurus.[2] Kemudian dilantik sekali lagi bagi penggal 2020 hingga 2022 pula menggantikan Datuk Rozman Isli dari Parti Warisan Sabah.[3]
Bashir Alias DPSM (Melaka); AMN | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Menyandang jawatan 22 Jun 2020 | |
Dalam jawatan 5 Jun 2017 – 4 Jun 2020 | |
Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan | |
Menyandang jawatan 1 September 2020 | |
Didahului oleh | Rozman Isli |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Labuan, Sabah, Malaysia (kini Wilayah Persekutuan Labuan) | 4 Disember 1966
Parti politik | UMNO |
Pertalian | Safar Untong (Abang ipar) |
Pekerjaan | Ahli politik |