Koordinat: 3°27′36″N 101°39′18″E / 3.4601368°N 101.6550138°E / 3.4601368; 101.6550138

Batang Kali merupakan sebuah mukim yang juga merupakan bandar di Hulu Selangor. Batang Kali diklasifikasikan sebagai bandar utama kategori satu di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Batang Kali juga dikira sebagai tempat persinggahan untuk ke Genting Highlands, First World Hotel & Plaza. Bandar ini pernah menjadi tempat laluan dalam perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi pada tahun 2020. Batang Kali terletak di dalam mukim Batang Kali.

Batang Kali
باتڠ كالي
Bandar Kediaman dan Perniagaan
Bandar Belia
Batang Kali is located in Bumi
Batang Kali
Batang Kali (Bumi)
Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E / 3.467; 101.633
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahHulu Selangor
MukimUlu Yam, Batang Kali, Bandar Batang Kali, Bandar Rasa
Pentadbiran
 • Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Hulu Selangor
 • Kepadatan314.23/km2 (813.9/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)Tidak dipakai
Poskod
44200, 44300 dan 48200

Pusat pertumbuhan utama di kawasan Batang Kali tertumpu di mukim Batang Kali yang dinamakan sebagai Bandar Utama Batang Kali. Mukim Batang Kali juga turut merangkumi sebahagian kawasan Genting Highlands seluas 1133.12 hektar di Gunung Ulu Kali. Berikut merupakan antara pertumbuhan di mukim Batang Kali:

  • Pusat perniagaan dan kawasan perumahan Ligamas (Seksyen 3)
  • Pusat perniagaan Usel Maju dan kawasan perumahan Tamu Hill Park (Seksyen 4)
  • Pusat Perdagangan Ara (Seksyen 5)

Pembangunan di kawasan Batang Kali menjadi semakin meriah setelah pengisytiharan Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 21 Oktober 2021 yang lalu. Kawasan Batang Kali membangun dengan pesatnya disebabkan kemudahan awam yang tinggi seiring dengan kawasan elit di pusat bandar. Walaupun kawasan ini berada pada kedudukan Utara Selangor yang agak jauh dari Kuala Lumpur, Batang Kali tetap disambut meriah oleh warga Malaysia dari pelbagai arah. Akibat daripada keindahan flora dan fauna yang terdapat di kawasan Batang Kali dan sekitarnya membuatkan ramai orang tertarik untuk menetap di sini. Tidak lupa juga, Batang Kali turut hadir dengan kawasan ekopelancongan yang indah dan mendamaikan seperti Rumah Hutan Bonda Rozita, Huda's Heaven Resort, Teratak Tok Alang dan sebagainya.

Perkembangan Pembangunan di Bandar Utama Batang Kali sunting

 
Bandar Utama Batang Kali

Pembangunan di Bandar Utama Batang kali mula berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat. Ini berdasarkan pembangunan infrastruktur dan prasarana di kawasan Batang Kali seperti pasaraya Econsave, pusat beli belah Ligamas OASIS Street Mall, stesen keretapi Batang Kali dan deretan bangunan kedai yang memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Antara projek pembangunan di Bandar Utama Batang Kali adalah merangkumi perumahan dan pusat perniagaan, seperti:

  • Kondominium Bayan Residence di Taman Bayan
  • Genting Valley (Ion Belian Garden) di Kg. Genting Malek
  • Kawasan perumahan Taman Harmoni
  • Ligamas Residence di Tamu Hill Park
  • Kawasan perumahan Taman Sri Kelah
  • Pusat Perdagangan Ara Seksyen 5

Jaringan Jalan Raya sunting

 
EXIT 118 Bukit Beruntung

Kawasan Batang Kali dapat dihubungkan dari pelbagai pintu utama. Sebagai contoh, Batang Kali boleh diakses melalui pintu negeri Pahang iaitu dari Genting Highlands menerusi jalan  B66. Batang Kali juga boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan     AH2 melalui susur keluar Bandar Sungai Buaya EXIT 117 atau Bukit Beruntung EXIT 118 lalu melalui Jalan Persekutuan 1  . Berikut merupakan senarai jaringan jalan raya di Batang Kali:

Simbolik Penamaan Jalan di Batang Kali sunting

 
Papan tanda jalan di Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali

Daerah Hulu Selangor mempunyai identitinya yang tersendiri di mana setiap jalan di bandar-bandar Hulu Selangor akan dinamakan mengikut kategori-kategori alam sekitar seiring dengan persekitaran yang menghijau di daerah ini. Bagi mukim Batang Kali, penamaan sesebuah jalan ditetapkan mengikut 'sistem penamaan pokok'. Berikut merupakan simbolik bagi penamaan jalan di kawasan Batang Kali mengikut mukim:

  • Mukim Hulu Yam - sistem penamaan ikan
  • Mukim Batang Kali - sistem penamaan pokok

Kemudahan Awam dan Kemudahan Sosial sunting

Kemudahan Awam sunting

 
Stesen Keretapi Batang Kali
 
Perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway
 
Bahagian atas tiang lalu yang berukuran 45 meter

Kemudahan Sosial sunting

Masjid dan surau

  • Masjid Bandar Utama Batang Kali
  • Masjid Kg. Sungai Masin
  • Masjid As-Sajidin, Kg. Sentosa
  • Surau Al-Mustaqim, Tamu Hill Park
  • Surau At-Taqwa, Tamu Hill Park
  • Surau Al-Iman, Ligamas
  • Surau Al-Ihsan, Ligamas
  • Surau Taman Seri, Batang Kali
  • Surau Genting Permai, Batang Kali
  • Surau Nurul Falah, Kg. Kalong Hilir

Kuil

Bank & ATM

  • Public Bank
  • ATM - CIMB Bank
  • ATM - Maybank
  • ATM - Bank Kerjasama Rakyat

Balai Polis

  • Balai Polis Batang Kali

Klinik

  • Klinik Komuniti Batang Kali

Pasar awam dan pasaraya besar

  • Pasar awam Batang Kali
  • Kompleks Perniagaan Hulu Yam Bharu
  • Pasaraya Econsave
  • Pasaraya Segi Fresh
  • Pasaraya YST
  • Pasaraya Segi Fresh

Stesen minyak

  • Stesen minyak Petronas Batang Kali 1
  • Stesen minyak Petronas Batang Kali 2
  • Stesen minyak Shell Batang Kali
  • Stesen minyak Caltex Batang Kali

Medan selera

  • Medan Selera Bandar Utama Batang Kali
  • Medan Selera Dewan Dato' Abdul Hamid

Dewan dan auditorium

  • Dewan Dato' Abdul Hamid
  • Dewan Orang Ramai Batang Kali
  • Auditorium Dato' Abdul Hamid

Pusat beli belah

  • Ligamas OASIS Street Mall

Taman awam

  • Taman Awam Semarak

Perkhidmatan pengeposan

  • Pos Malaysia
  • DHL e-commerce
  • Nationwide Express
  • Posstore Malaysia

Kemudahan Lain sunting

Restoran makanan segera

  • A&W - Seksyen 5
  • Domino's Pizza - Seksyen 4
  • KFC - Seksyen 3
  • KungFu Sushi - Econsave Batang Kali
  • Marrybrown - Seksyen 4
  • Pizza Hut - Seksyen 4
  • Subway - Seksyen 5

Kafe

  • Baker's Cottage - Seksyen 4
  • Bask Bear Coffee - Seksyen 3
  • Bean with Me - Seksyen 5
  • Coolblog - Econsave Batang Kali
  • Costa Coffee - Shell Batang Kali
  • Deli2go - Shell Batang Kali
  • Fiveleaf Barista Coffee - Seksyen 3
  • Mammabunz - Econsave Batang Kali
  • Mykōri - Seksyen 5
  • Richiamo Coffee - Seksyen 5
  • Secret Recipe - Seksyen 4
  • Tealive - Petronas Batang Kali 2
  • Wakaka F&B - Segi Fresh Batang Kali, Seksyen 5
  • ZUS Coffee - Seksyen 4

Kedai runcit

  • 7-Eleven - Jalan Jati, Seksyen 3 dan 5
  • 99speedmart - Seksyen 3, 4 dan 5
  • CU Mart - Seksyen 5
  • emart24 - Seksyen 5
  • FamilyMart - Caltex Batang Kali
  • KK Super Mart - Seksyen 3

Kedai barangan kelengkapan seharian

  • 2ply - Seksyen 5
  • Al-Ikhsan Sports - Ligamas OASIS Street Mall
  • Eco-Shop RM2.40 - Seksyen 5
  • Guardian - Seksyen 5
  • HappyHome - Seksyen 5
  • MR.DIY - Ligamas OASIS Street Mall
  • Pasaraya MM - Seksyen 5
  • Pasaraya Penko - Seksyen 5
  • Pasaraya Yang Yang - Seksyen 5
  • Setia RM2.40 - Seksyen 5
  • SWC Enterprice - Seksyen 4
  • Watsons - Caltex Batang Kali

Pelancongan sunting

 
Rumah Hutan Bonda Rozita
 
Salah satu chalet terkenal di Rumah Hutan Bonda Rozita
 
Dusun Bonda Batang Kali
 
Kolam Air Panas Cholo-Cholo

Batang Kali sememangnya terkenal dengan pemandangan yang gian dan memukau mata dengan kepelbagaian tempat pelancongan, khususnya ekopelancongan. Berikut merupakan beberapa lokasi ekopelancongan yang terkenal yang boleh anda lawati di sekitar Batang Kali:

  • Huda's Heaven Resort
  • Rumah Hutan dan Rumah Sungai Bonda Rozita
  • Eko Murai Rimba
  • Sojuk Riverside
  • Dusun Bonda
  • Kolam Air Panas Hulu Tamu
  • Cholo-Cholo Hot Spring & Resort
  • Teratak Tok Alang
  • Ratu Rening Resort
  • 82 Rening
  • Restu Ibu Resort
  • Rimba Kalong Eco Resort

Pendidikan sunting

  • Sekolah Kebangsaan Batang Kali
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
  • Sekolah Rendah Agama Batang Kali
  • Sekolah Rendah Agama Bandar Utama Batang Kali
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batang Kali
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kg Gurney
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Chee
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batang Kali
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor
  • Kolej Komuniti Hulu Selangor

Lihat juga sunting

Rujukan sunting