Batavia Air
Batavia Air (PT. Metro Batavia) adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia. Ia mengendali perkhidmatan penerbangan dalam negeri ke 30 destinasi dan juga ke luar negara seperti China, Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia. Batavia Air berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta[2].
| |||||||
Ditubuhkan | 2002 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Operasi ditamatkan | 31 Januari 2013[1] | ||||||
Hab | LTA Soekarno-Hatta LTA Juanda | ||||||
Bandar tumpuan | LTA Ngurah Rai | ||||||
Pesawat | 34 | ||||||
Destinasi | 48 | ||||||
Ibu pejabat | Jakarta, Indonesia | ||||||
Orang penting | Yudiawan Tansari (Presiden) | ||||||
Laman web | Batavia Air |
Kod penerbangan
suntingSejarah
suntingBatavia Air ditubuhkan pada 2002 dan memulakan operasinya pada Januari 2002. Ia pada asalnya dikenali sebagai Metro Batavia dan mula menggunakan kapal terbang Fokker F27 yang disewa dari Sempati Air. Penerbangan pertama yang dilancarkan adalah dari Jakarta ke Pontianak pada Januari 2002.
Pada Mac 2007, Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran kepada 7 syarikat penerbangan tempatan yang ia akan menarik balik lesen syarikat-syarikat tersebut kecuali jika mereka memperbaiki prosedur-prosedur dalaman bagi meningkatkan keselamatan di udara. Syarikat-syarikat ini diberi tempoh 3 bulan untuk melaksanakan apa yang ditetapkan oleh kementerian. Kementerian itu juga telah menghasilkan sebuah sistem penilaian bagi menilai kadar keselamatan di udara. Syarikat penerbangan yang menduduki tangga ke-3 dianggap memiliki kapal terbang yang kurang selamat. Mereka adalah: Adam Air, Batavia Air, Jatayu Airlines, Kartika Airlines, Manunggal Air Services, Transwisata Prima Aviation dan Tri-MG Intra Asia Airlines[2].
Pada 31 Januari 2013, pada pukul 12:00 waktu tempatan, Batavia Air berhenti beroperasi.
Destinasi
suntingBatavia Air mengenadali perkhidmatan-perkhidmatan di bawah (pada January 2005): [perlu rujukan]
- Destinasi dalam negeri: Balikpapan, Banda Aceh, Banjarmasin, Denpasar Bali, Jakarta, Jambi, Jayapura, Kupang, Manado, Medan, Padang, Palembang, Pangkalpinang, Pekanbaru, Pontianak, Semarang, Surabaya, Tarakan dan Yogyakarta.
Armada
suntingSehingga Disember 2012, armada Batavia Air terdiri daripada:[4][5]
Pesawat | Dalam armada | Kerusi |
---|---|---|
Airbus A320-200 | 5 | 180 |
Airbus A321-200 | 1 | 220 |
Airbus A330-200 | 2 | 314 |
Boeing 737-300 | 15 | 126 148 |
Boeing 737-400 | 10 | 168 |
Boeing 737-500 | 1 | 133 |
Total | 34 |
Peristiwa dan kemalangan
suntingWikiberita mempunyai berita berkaitan: Batavia Air 737 loses piece of wing in flight, lands safely |
Pada 21 November, 2007 pesawat Batavia Air 737-400 telah hilang bahagian kepaknya sebesar 40cm kali 50cm jurus selepas berlepas dari Jakarta. Kapal terbang ini berjaya melakukan pendaratan kecemasan dengan selamat dan tiada penumpang yang cedera.
Pautan luar
sunting- (Indonesia) Batavia Air
- (Inggeris) Armada Batavia
Rujukan
sunting- ^ http://www.merdeka.com/uang/batavia-air-berhenti-terbang-rute-diambil-alih-mandala-airlines.html
- ^ a b "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-03-27. m/s. 84.
- ^ Airline Codes
- ^ Batavia Fleet | Airfleets aviation
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-12. Dicapai pada 2012-08-12.