Batik Malaysia

Tradisi Batik Malaysia

Batik Malaysia merupakan seni tekstil Batik dari Malaysia, terutamanya di bahagian pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Batik Malaysia menggunakan motif flora dan jarang menggunakan motif makhluk hidup seperti manusia dan haiwan selaras dengan larangan dalam Islam menggunakan imej haiwan sebagai hiasan. Namun begitu tema rama-rama masih banyak digunakan dalam Batik Malaysia. Batik Malaysia juga terkenal dengan rekaan geometrik. Cara penghasilan batik Malaysia agak berbeza dari batik Jawa di Indonesia iaitu coraknya lebih besar dan lebih ringkas. Selain itu, canting juga jarang atau tidak digunakan dalam mencipta corak-corak yang rumit. Warna-warna yang digunakan dalam batik Malaysia juga lebih cerah berbanding batik Jawa.

Seorang pelukis batik sedang menyiapkan lukisan batik. Batik Malaysia banyak menggunakan motif flora dengan warna yang lembut.

Sejajar dengan konsep Malaysia, kerajaan Malaysia turut mengiktiraf batik Malaysia sebagai pakaian kebangsaan untuk setiap peringkat penduduk umum, dengan menyediakan pereka tempatan bagi mencipta reka bentuk batik baru yang mencerminkan identiti Malaysia.[1]

Sejarah sunting

 
Pelukisan batik Malaysia.

Asal penghasilan batik di Malaysia agak sukar untuk diketahui. Beberapa artifak sejarah wujud, namun ia lebih kepada hubungan perdagangan antara Kerajaan Melayu di Jambi dengan kota-kota pesisir Jawa telah berkembang sejak abad ke-13 iaitu kawasan penghasilan batik pesisir utara Jawa (Cirebon, Lasem, Tuban, dan Madura) banyak mempengaruhi batik Jambi. Batik Jambi dan batik Jawa banyak mempengaruhi kraf batik di Semenanjung Malaysia.[2]

Menurut Muzium Sejarah Budaya di Oslo, ia diketahui dengan pasti Jawa banyak mempengaruhi pembuatan batik Melayu secara teknikalnya dan juga dalam penghasilan corak. Pada peringkat awal, masyarakat Melayu Malaysia menggunakan blok kayu bagi menghasilkan tekstil menyerupai batik. Pada penghujung 1920-an, pengusaha batik Jawa memperkenalkan penggunakan lilin dan blok tembaga ke bahagian pantai timur Malaysia. Penghasilan batik lukisan tangan di Malaysia pada hari ini mempunyai kaitan dengan batik tulis Jawa.

Pengeluaran komersial bermula pada tahun 1960-an. Kraf ini telah membangunkan estetika dan reka bentuk tersendiri, khusus kepada Malaysia. Batik Malaysia yang baru jelas berbeza dari tradisi batik Jawa yang dilukis tangan.[3] Batik Malaysia mudah didapati di pantai timur Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala batik di Johor pula mempunyai banyak pengaruh Jawa dan Sumatera.

Budaya sunting

 
Sebuah kedai batik di Malaysia yang menjual pelbagai pilihan batik Malaysia.

Batik ada disebut dalam sejarah Melayu abad ke-17. Ia mengenai Laksamana Hang Nadim yang diarahkan oleh Sultan Mahmud untuk belayar ke India untuk mendapatkan 140 helai kain serasah (batik) dengan 40 jenis bunga di atasnya. Akibat tidak menemui seperti yang dikehendali oleh sultan, Hang Nadim telah bertindak dengan membuatnya sendiri. Namun, semasa perjalan pulang, kapalnya telah karam dan beliau hanya dapat membawa empat helai sahaja dan menyebabkan sultan murka.[4][5]

Pamakaian batik Malaysia di kalangan lelaki kebiasaannya untuk majlis makan malam. Manakala untuk wanita, batik Malaysia sering dijadikan pakaian rasmi dengan menggabungkan batik dan fesyen moden. Selain itu, bagi menggalakkan pemakaian batik di Malaysia, mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis.Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu sahaja. Hari pemakaian baju batik ini kemudiannya diubah kepada 1 hari bulan dan 15 hari bulan. Akan tetapi, orang ramai mudah lupa menyebabkan pengembalian semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[6]

Acara sunting

 
Muzium Lukisan Batik di Penang.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Malaysia Activities At State Level Throughout Next Year Bernama.com, accessed 4 December 2009
  2. ^ National Geographic Traveller Indonesia, Vol 1, No 6, 2009, Jakarta, Indonesia, page 54
  3. ^ Malaysia - Batikktradisjoner i bevegelse
  4. ^ Dewan sastra. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2001.
  5. ^ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society: 1952. The Branch. 1953.
  6. ^ Peraturan baru pakaian batik bagi kakitangan awam, Bernama
  7. ^ a b Kurniasari, Triwik (January 24, 2010). "Batik around the world". The Jakarta Post. Dicapai pada January 25, 2010.