Batik lukis merujuk kepada corak pada kain batik yang dilukis tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai corak yang pelbagai dan setiap satu adalah unik, tidak akan sama dengan yang lain.

Di alam Melayu batik lukis mempunyai corak bunga. Ini disebabkan Islam melarang pengikutnya melukis benda hidup. Corak bunga ini telah digemari sejak kesultanan Melaka lagi, ini terbukti apabila dicatat dalam Sulalatus salatin (Sejarah Melayu) berkenaan Hang Nadim diperintahkan oleh Sultan Mahmud bagi membeli kain Serasah (Batik tulis?) dengan empat puluh bunga pada setiap satunya. [1] Bagi batik lukis dibahagian lain, terdapat pelbagai corak termasuk manusia dan haiwan yang dihasilkan.

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Terdapat banyak jenis canting, antaranya ialah canting kasut, canting laras dua, laras tiga, empat dan lain-lain.

Rujukan sunting


Pautan luar sunting