Battle B-Daman

Sebuah anime dari tahun 2004



B-Legend ! Battle B-Daman
Siri ini ialah permainan guli yang telah didramatiskan
B-伝説 ! バトルビーダマン
(B-Densetsu! Batoru BiiDaman)
GenrePengembaraan, komedi, sukan
Manga
B-Densetsu! Battle B-Daman [1]
PengarangEiji Inuki
PenerbitShogakukan
DemografikShounen
PencetakanCoroCoro Comic
Tarikh PengeluaranApril 2002November 2005
Jilid08
Siri televisyen anime
B-Legend! Battle B-Daman [2]
PengarahHashimoto Mitsuo
StudioNippon Animedia, Synergy Sp (FX komputer), Heewon Entertainment, Sonokong
Penyiaran AsalJepun TV Tokyo
Penyiaran Lain
Tarikh tayangan05 Januari 200427 Disember 2004
Episod52
B-伝説 Legend !
Portal Anime dan Manga

B-Legend ! Battle B-Daman ( Bahasa Jepun : B-伝説 ! バトルビーダマン ; dibaca : B-Densetsu! Batoru BiiDaman ) ialah sebuah siri anime dan manga karya Eiji Inuki.

Anime untuk siri ini ditayangkan di Jepun oleh TV Tokyo pada hari Rabu, jam 18:30 petang, daripada 05 Januari 2004 sampai ke 27 Disember 2004.

Di Malaysia, ia ditayangkan oleh Astro Ceria (2007), ntv7 (2008), Astro Ria (2009) dan Astro Prima (2009).

Plot sunting

Siri ini mengisahkan Daiwa Yamato dan mainan Cobalt Blade miliknya yang berlegenda. Dia bersama rakan-rakannya menggunakan sukan B-Daman untuk menentang kumpulan Shadow.

Rancangan ini berlatarkan alam B-Daman World yang penduduknya terdiri daripada manusia, haiwan bersifat manusia, dan robot.

Dengan menggunnakan B-Daman yang penuh lagenda, Yamato menyertai sebuah peraduan yang dianjurkan JBA untuk merebut gelaran juara B-Daman. Bagaimanapun, Yamato tetap terpaksa berlawan dengan kumpulan Shadow.

Watak utama sunting

  • Daiwa Yamato (大輪ヤマト)
Watak utama siri ini yang pernah dibesarkan kucing liar sehingga berusia lima tahun apabila ibu angkatnya Mie menemuinya lalu menjaganya. Dia menggunakan B-Daman Cobalt Blade (yang kemudian dinaik taraf menjadi Cobalt Saber, Cobalt Saber Fire, Cobalt Blaster, dan Cobalt Blaster Drive Cannon). Nama Yamato bersempena nama lama negara Jepun.
  • Armada (アルマーダ)
Mahaguru B-Daman lagenda yang berupa kucing gergasi.
  • Bull Borgnine (ブル・ボーグナイン)
Bull mempunyai tiga keperibadian: satu yang tenang dan lurus, satu yang yakin dan satu lagi yang ganas apabila menggunakan B-Damannya.
  • Daiwa Mie (大輪ミエ)
Ibu angkat Yamato yang menjaganya sejak berusia 17 tahun. Dia membuka restoran dalam bangunan berbentuk kucing.
  • Gray Michael Vincent (グレイ・マイケル・ビンセント)
Seorang kawan Yamato yang gagah. Dia pernah menyertai kumpulan Shadow kerana ingin menyelamatkan adiknya Liena dari mereka. Dia menggunakan B-Daman Chrome Zephyr (yang kemudian dinaik taraf menjadi Chrome Raven, Chrome Raven Cyclone, Chrome Harrier dan Chrome Lancer).
  • Lienna Grace Vincent (リエナ・グレース・ビンセント)
Adik kembar Gray yang ditawan oleh kumpulan Shadow lalu dijadikan seorang pemain B-Daman yang kuat.
  • Tsubakura Tsubame (燕ツバメ)
Seorang pemain B-Daman yang kelihatan seperti gadis, tetapi sebenarnya lelaki.

Lagu sunting

Pembuka sunting

  1. 増子直純 Masuko Naozumi : "B-Fire"

Penutup sunting

  1. 菜津美 Natsumi : "Forever"

Rujukan sunting

Pautan luar sunting