Batu Bersurat Lubuk Layang

Batu Bersurat Lubuk Layang, juga dikenali sebagai Batu Bersurat Kubu Sutan, ialah sebuah batu bersurat yang ditemukan pada tahun 1970 di kampung Kubu Sutan, nagari Lubuk Layang, kecamatan Rao Selatan, di Sumatera Barat.[1][2]

Batu bersurat ini terpahat pada batu kapur, kedudukannya condong kerana sebahagiannya terkubur di dalam tanah.[3] Tinggi batu bersurat ini ialah 85 cm di bahagian yang tidak terkubur, dan 43 cm di bahagian yang terkubur, dengan lebar 42 cm dan tebal 18 cm.[3] Tulisan terdapat pada kedua-dua belah sisi batu,[1][4] bahagian depan 9 baris dan bahagian belakang 7 atau 8 baris,[4] dalam campuran Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Jawa Kuno.[2] Banyak tulisan yang sukar dibaca kerana sudah haus.[3] Batu bersurat ini tidak bertarikh, tetapi apabila dilihat secara paleografis maka diperkirakan berasal dari pemerintahan Raja Adityawarman juga.[2]

Isi batu bersurat ini menyebutkan seorang raja muda/putera mahkota (Sanskrit: yuwaraja) bernama Bijayendrawarman yang membuat stupa di tempat yang disebut Parwatapuri.[2] Ini menunjukkan kemungkinan sistem pemerintahan yang menyerupai Majapahit telah diterapkan pada masa itu, di mana anak raja yang lebih muda dihantar ke wilayah sempadan untuk menjadi penguasa tempatan.[2]

Kandungan

sunting

Kandungan batu bersurat ini menurut pembacaan de Casparis, seperti berikut:[5]

A.

  1. . . . śrī /
  2. pūrṇṇa .. nira
  3. ......surimadana
  4. dhr . . iḥ // O // O //
  5. _______ amarawijaya yauwāsutajata
  6. tendrawarma . satatawibhawa pujāpa-
  7. / dhid. . itatārasadawaca ti
  8. / ṛṣ a[r.ārsa]-bhakti di mātapitāra sakala
  9. / prāptiswastha śanta . . tan

B.

  1. sugatayawāta /
  2. nṛpati Bijayawarmma
  3. namokṣam // O // O //
  4. srī yauwarāja Bijayendrasekhara
  5. . . kṛtya . astu paripūrṇṇasobhitā / ku
  6. na pamuja di pitāmahā darādi
  7. srī Indrakīlaparwwatapurī // O //

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Abidin, Mas'oed (2005). Ensiklopedi Minangkabau. Pusat Pengkajian Islam dan Minangkabau. m/s. 90. ISBN 9793797231, 9789793797236.
  2. ^ a b c d e Kozok, Uli (2015). A 14th Century Malay Code of Laws: The Nitisarasamuccaya. Vol. 16 dari Nalanda-Sriwijaya Series. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 39, 325-326. ISBN 9814459747, 9789814459747.
  3. ^ a b c Chandra, Dodi (25 September 2013). "Prasasti Lubuk Layang, Pasaman". dodichandra.blogspot.co.id. Dicapai pada 2 September 2016.
  4. ^ a b Kontributor Lembaga Kerapatan Adat Alam Minangkabau Sumatera Barat (2000). Bunga rampai pengetahuan adat Minangkabau. Padang: Yayasan Sako Batuah. m/s. 172.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  5. ^ Kozok, Uli (2016). 14th Century Malay Code of Laws: : The Nitisarasamuccaya. Flipside Digital Content Company Inc. ISBN 9814620491, 9789814620499.