Batu Kawan ialah sebuah pekan kecil dan penempatan yang sunyi di kawasan Province Wellesley Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Malaysia. Pekan ini juga merupakan pintu kepada Jambatan Kedua Pulau Pinang. Plaza tol masuk ke jambatan baru ini juga dinamakan plaza tol Batu Kawan-NSE. Plaza tol Batu Kawan ini merupakan yang terluas di Malaysia. Stadium Batu Kawan (stadium negeri Pulau Pinang) juga terletak di sini.

Bot ke Pulau Aman bertolak dari Jeti Batu Kawan. Batu Kawan merupakan kawasan parlimen di Pulau Pinang dan Malaysia mengandungi Perai, Bukit Tambun dan Bukit Tengah. Kini, Batu Kawan dikenali juga dengan Bandar Cassia.

Bandar Cassia adalah sebuah bandar baru di Batu Kawan seperti Bukit Tambun.Ia juga telah disiarkan di rancangan televisyen Malaysia TV1 semasa perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Dari lebuh raya, boleh melalui Bukit Tambun atau Simpang Ampat ke Batu Kawan

Rujukan sunting