Buka menu utama

Batu Rosetta, juga dikenali sebagai Batu Rasyid, (Jawi: باتو روسيتتا/رشيد; daripada bahasa Perancis: Rosette, sempena nama tempat ia dijumpa iaitu Bandar Rasyid; daripada bahasa Arab: رشيد‎; daripada bahasa Qibti: ⲣⲁϣⲓⲧ Rasyit) ialah sebuah batu granodiorit gelap yang mempunyai tulisan yang terdiri daripada dua bahasa (Mesir dan Yunani) dan mempunyai tiga salinan, dalam skrip hieroglif, Yunani dan demotik Mesir. Oleh kerana tulisan Yunani diketahui ramai, masyarakat dunia dapat mempelajari bahasa Mesir menerusinya pada abad ke-16 dahulu.

Batu Rosetta
Batu Rasyid
BahanGranodiorit
Saiz114.4 × 72.3 × 27.93 sm
(45 × 28.5 × 11 in)
TulisanHierogliph Mesir Purba, tulisan Demotik dan Greek
Dicipta196 SM
Ditemui1799
Lokasi kiniMuzium British

Ptolemaios V telah dimahkotakan sebagai raja pada usia tiga belas tahun apabila berlakunya kekecohan di Mesir. Pemerintah muda ini menghadapi cabaran untuk menuntut kembali tanah Mesir yang telah ditakluk dan untuk menyatupadukan rakyat semula. Dalam usaha untuk mengembalikan hak undang-undang kepada pemerintah dan mencipta sistem agama diraja, para pendeta Ptolemaios mengeluarkan dekri. Dekri itu ditulis di atas bongkah-bongkah batu dan didirikan di seluruh Mesir. Batu Rosetta ialah salinan dekri ini yang dibuat di bandar Memphis, ditulis pada 196 SM. Orang Yunani gemar menghasilkan barang dengan dwibahasa dan dalam kes ini, kita ada bahasa Yunani dan Mesir.

Batu Rosetta ini adalah salah satu daripada tiga batu yang khas dibuat bagi raja-raja: Ptolemaios III, Ptolemaios IV, dan Ptolemaios V. Tahun Lompat dicatat dalam Batu 1, Batu Kanub (Canopus) untuk Ptolemaios III.

Ada tiga lagi salinan batu tersebut yang ditemui, dan beberapa prasasti Mesir dalam dwi/tribahasa ada dijumpa, termasuklah tiga dekri Ptolemios yang dibuat lebih awal: Dekri Iskandariah dari tahun 243 SM, Dekri Kanub dari tahun 238 SM, dan dekri Ptolemaios IV di Memphis dari lingkungan tahun 218 SM. Ada salinan yang dibuat daripada batu kapur bernama Stele Nubairah tetapi ia ditulis bertindih berkali-kali sehingga ia rosak. Kini, Batu Rosetta ini tidak lagi unik, tetapi masih telah mainkan peranan penting dalam pemahaman sastera dan budaya Mesir purba.

ButiranSunting

Dalam catatan artifak pengembaraan Perancis ke Mesir, Batu Rosetta disenaraikan sebagai "sebuah batu granodiorit hitam, dengan tiga suratan ... dijumpai di Rasyid (Rosetta)" yang kemudian jatuh ke tangan tentera British pada tahun 1801.[1] Selepas seberapa lama tibanya di London, batu tersebut dilakar dengan kapur untuk membenarkan ukiran batu lebih mudah dibaca, akhirnya ia disalut dengan lapisan lilin karnauba untuk melindunginya daripada jari-jari pengunjung muzium.[2] Lilin ini menyebabkan warna batu berubah menjadi hitam legam sehingga ada yang tersalah anggap yang ia batu basalt hitam.[3] Semua ini dibuang semasa pembersihan batu pada tahun 1999, yang menyerlahkan warna abu-abu, kilauan hablur batu, dan juga telerang merah jambu pada sudut kanan atas yang asal.[4] Apabila dibandingkan dengan sampel-sampel batu dari koleksi batu Mesir Klemm, Batu Rosetta menunjukkan persamaan dengan batu yang berasal dari kuari granodiorit di Gabal Tingar di sebelah barat sungai Nil, barat Elefantin di wilayah Aswan; telerang merah jambu ialah ciri penting untuk granidiorit dari wilayah ini.[5]

Ketinggian Batu Rosetta ialah 1,123 milimeter (3 kaki 8 inci) pada sudut tertinggi, berkelebaran 757 mm (2 kaki 5.8 inci), dan berketebalan sebanyak 284 mm (11 inci). Beratnya ialah kira-kira 760 kilogram (1,680 paun).[6] Ia mempunyai tiga buah suratan: suratan teratas ditulis dalam hieroglif Mesir Purba, suratan tengah ditulis dalam skrip demotik (sebuah tulisan trengkas yang digunakan oleh orang awam), dan yang terbawah pula ditulis dalam bahasa Yunani Purba.[7] Permukaan depannya digilap dan tulisan diukir dengan halus; sisi batu dilicinkan namun muka belakangnya tidak dilicinkan dengan habis, mungkin juga kerana ia tidak akan kelihatan apabila didirikan.[5][8]

Stele asalSunting

 
Salah satu cadangan rupa stele asal

Batu Rosetta ini adalah sebahagian daripada sebuah stele yang lebih besar. Tiada cebisan lain dapat ditemui di tapak Batu Rosetta dijumpai.[9] Ketiga-tiga suratan yang ditulis tidak lengkap kerana batu ini ternyata cacat. Suratan yang teratas dengan hieroglif telah mengalami kerosakan yang paling teruk. Hanya 14 baris sahaja yang dapat dilihat; akan tetapi, semua baris juga ada pecah pada bahagian kanan, dan 12 pada belah kiri. Suratan tengah pula terpelihara dengan baik; ia mengandungi 32 baris walaupun 14 daripadanya rosak sedikit pada belah kanan. Suratan terbawah pula yang mengandungi tulisan Yunani mempunyai 54 baris, dan 27 baris masih sempurna; yang selebihnya pula cacat kerana ada sedikit bahagian yang pecah pada bahagian kanan bawah pada batu.[10]

Walaupun Batu Rosetta ini hanyalah secebis daripada stele asal, kepanjangan teks dan saiz sebenar ia boleh dianggarkan dengan membandingkan stela-stela yang mirip dengan ia. Contohnya dekri dari Kanub, yang didirikan pada tahun 238 SM semasa zaman pemerintahan Ptolemaios III, berketinggian 2,190 mm (7.19 kaki) dan berkelebaran 820 mm (32 inci), dan mempunyai 36 baris hieroglif, 73 baris demotik, dan 74 dalam Yunani. Teks-teks tersebut hampir sama panjang.[11] Dengan ini, dianggarkan kira-kira 14 atau 15 baris hieroglif tiada pada suratan bahagian atas, dan menjumlahkan sebanyak 300 mm (12 inci).[12] Juga, ada kemungkinan juga ia mempunyai gambaran raja dengan dewa-dewi dan suria bersayap, seperti dalam Stele Kanub. Semua ini, digabung dengan simbol hieroglif untuk "stela" pada batu itu sendiri:

 

(rujuk senarai simbol Gardiner), menunjukkan bahawa stela ini mempunyai bahagian atas yang melengkung.[7][13] Ketinggian stele asal dianggarkan kira-kira 149 cm (4 kaki 11 inci).[13]

Petikan Salah Satu BatuSunting

Dalam pemerintahan orang muda yang mewarisi ayahandanya, penguasa mahkota, yang cemerlang, yang mengasaskan Mesir dan cenderung kepada Tuhannya, menandingi musuhnya, yang mengembalikan ketamadunan hidup rakyat, penguasa Keraian Tiga Puluh Tahun, juga sebagai Ptah yang agung, yang diberi kemenangan oleh Ra, raja yang hebat bagi kerajaan Negeri Atas dan Bawah, Kelahiran Dewa-dewa Philopator, yang diakui oleh Ptah, yang dimenangkan oleh Ra, imej hidup Amun, Anak Ra, PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, dalam tahun kesembilan, apabila Aetos anak kepada Aetos menjadi paderi Alexandria, dan Dewa-dewa Soter, dan Dewa-dewa Adelphoi, dan Dewa-dewa Euergetai, dan Dewa-dewa Philopator, dan Dewa Epiphanes Eucharitos; Pyrrha anak perempuan Philinos menjadi Anthloporos Berenike Euergetis, Areia anak perempuan Diogenes menjadi Kanephoros Arsinoe Philadelphos; Irene anak perempuan Ptolemy Paderi Arsinoe Philopator; bulan keempat Xandikos, menurut orang Mesir: Mekhir ke-18.

DEKRI. Telah dikumpulkan Ketua Paderi dan Junjungan Mulia dan sesiapa yang memasuki tempat peringatan suci untuk mendekati para dewa, dan Pembawa Kipas dan Lembaran Suci dan semua paderi dari kuil di seluruh tanah yang ingin menjumpai raja di Memphis, untuk keraian yang ilhamnya oleh PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, pemerintahan yang dia warisi melalui ayahandanya, mereka dikumpulkan di kuil Memphis pada hari yang mengisytiharkan:

Raja PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, anak Raja Ptolemy dan Ratu Arsinoe, Dewa-dewa Philopator, menjadi penaja kepada kuil dan penghuninya, sepertimana semua itu adalah perkaranya, menjadi dewa yang terbit dari dewa dan dewi seperti Horus anak Isis dan Osiris, yang menggantikan ayahandanya Osiris, baik hati terhadapa dewa-dewa, menganugerahkan duit dan jagung kepada kuil-kuil dan menguruskan banyak untuk memakmurkan Mesir, dam mengasaskan kuil-kuil, baik hati dengan sepenuh maknanya; pulangan dan cukai yang dikenakan di Mesir suatu yang dibayarnya dan yang lainnya diringankan, demi rakyat dan yang lain yang bakal menikmati kemakmuran dalam pemerintahannya; dan

bahawa baginda telah membayar hutang kepada kerajaan yang banyak bilangannya yang dihutangi oleh Mesir dan kerajaan yang lainnya; dan

bahawa sesiapa yang dipenjara dan yang dikenakan tuduhan dalam masa yang lama, dibebaskan dari tuduhan; dan

bahawa baginda telah memerintahkan agar dewa-dewi perlu menikmati pendapatan kuil secara berterusan dan diberi elaun tahunan, dalam bentuk jagung dan duit, sepertimana juga pendapatan yang ditujukan kepada dewa-dewi dari hasil tanaman dan dari kebun-kebun dan harta-harta lain kepunyaan dewa-dewa dalam masa ayahandanya; dan

bahawa baginda memerintahkan juga, dengan restu para paderi, mereka tidak perlu lagi membayar cukai untuk penyertaan ke kalangan paderi berbanding apa yang telah dijanjikan untuk mereka ketika pemerintahan ayahanda baginda hingga tahun pertama pemerintahan baginda; dan menyelesakan ahli paderi dari perjalanan bertahun ke Iskandariah; dan

bahawa baginda memerintahkan yang tarikan bagi tentera laut tidak perlu lagi; dan cukai ke atas kain linen yang baik yang perlu dibayar oleh kuil kepada kerajaan ialah dua pertiga; dan apa-apa sahaja yang diabaikan pada masa dahulu telah baginda menyimpannya dalam keadaan baik, dijaga bagaimana tugas tradisi perlu disembah sebaiknya kepada para dewa; dan sepertimana perlunya keadilan terhadap semua, seperti Thoth yang agung dan hebat; dan ditakdirkan sesiapa yang kembali dari tahap perwira, dan mana-mana yang tidak gemar akan pembuangan pada hari-hari yang terganggu, perlu, dalam kembalinya mereka dibenarkan menjawat jawatan lamanya; dan

bahawa baginda menyediakan tentera bertunggang dan tentera berjalan serta kapal untuk menentang sesiapa yang menceroboh Mesir melalui laut dan darat, menyumbangkan dalam jumlah yang banyak duit dan jagung sekiranya kuil dan sesiapa di dalam tanah ini beradadalam keselamatan; dan telah pergi ke Lycopolis di Busirite, yang telah diduduki dan dipertahankan untuk menentang satu pertahanan dengan simpanan senjata dan segala kelengkapan lain yang dilihat tidak memberi kesan kini ternyata dikehendaki oleh orang yang tidak berguna, yang telah menyebabkan kerosakan teruk terhadap kuil dan semua rakyat Mesir, dan akan menentangnya, baginda mengepungnya dengan bukit-bukit, parit-parit dan kubu yang dikembangkan; apabila Nil melimpah pada tahun kelapan pemerintahan baginda, yang lazimnya membanjiri tanah tanaman, baginda menghalangnya, dengan mengempanginya di banyak tempat keluarnya terusan dengan membelanjakan banyak wang, dan menyiapkan tentera bertunggang dan tentera berjalan untuk menjaganya, dalam jangka masa yang pendek baginda mennghantar bandar itu dengan ribut dan menghancurkan orang yang tidak berguna yang berada di dalamnya, seperti juga Thoth dan Horus, anak Isis dan Osiris, yang pernah mengawal kekacauan di daerah yang sama; dan kepada yang mengepalai kekacauan ketika masa ayahanda baginda dan sesiapa yang mengganggu tanah ini dan bersalah pada kuil, baginda datang ke Memphis untuk membalas dendam untuk ayahanda dan kerajaan baginda, dan menghukum mereka semua seperti yang patut diterima, ketika baginda tiba untuk melaksanakan upacara yang dicadangkan kerajaan; dan

bahawa baginda melaksanakan apa yang sepatutnya kerajaan lakukan di kuil pada tahun kelapan, bukan jumlah yang sedikit akan jagung dan duit; begitu juga denda bagi kain linen yang baik yang tidak diserahkan kepada kerajaan, dan bagi yang dihantar, upah tertentu untuk pengesahan mereka, pada waktu yang sama; dan baginda juga membebaskan kuil dari cukai sukatan bijirin bagi setiap ukuran tanah suci dan sepertimana sebalang wain bagi bagi setiap ukuran tanah subur; dan

bahawa baginda menganugerahkan kepada Apis dan Mnevis dan kepada haiwan suci yang lain di Mesir kerana baginda lebih bertimbang rasa berbanding raja-raja sebelumnya dan segala harta mereka; dan untuk pemakaman mereka, baginda memberi apa yang dikira mewah dan bagus, dan apa yang biasa diberikan untuk tempat peringatan suci mereka, dengan korban dan perayaan beserta upacara seperti biasanya, dan baginda mengekalkan kemuliaan kuil dan Mesir mengikut undang-undang; dan baginda menghiasi kuil Apis dengan kerja-kerja yang mewah, menghabiskan untuk itu emas dan perak dan batuan berharga, bukan bilangan yang sedikit; dan

bahawa baginda mendermakan kuil-kuil, tempat-tempat peringatan suci dan altar-altar, dan baginda memperbaiki bagi yang memintanya, yang mempunyai semangat pemurahan dewa dalam hal keagamaan; dan

bahawa selepas diminta bagnda memperbaharui kuil yang paling mulia semasa pemerintahannya, begitu juga mendatang; dalam membalas apa yang para ewa berikannya iaitu kesihatan, kemenangan dan kuasa, dan segala perkara baik, dan baginda bersama putera-puteri bakal mengekalkan kerajaan selamanya.

DENGAN NASIB YANG BAIK: Dekri telah dimaktubkan oleh paderi dari semua kuil di bumi ini untuk meningkatkan kemuliaan Raja PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, sepertimana ayahanda dan bonda baginda Dewa-dewi Philopator, dan leluhur-leluhur baginda, Euergatai yang Agung dan Dewa-dewa Adelphoi dan Dewa-dewa Aoter dan menetapkan tempat paing terkenal dari semua kuil akan imej RAJA PTOLEMY YANG BERKEHIDUPAN, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARISTOS, yang akan dipanggil ‘PTOLEMY, pembela Mesir’, juga bakal ditegakkan prinsip dewa kuil, kurniakan baginda kemenangan mutlak, semua akan memakai gaya Mesir; dan para paderi perlu menyembah imej itu tiga kali sehari, dan memakaikan mereka pakaian suci, dan melaksanakan penghormatan yang biasa seperti yang diberikan kepada para dewa pada perayaan Mesir; dan untuk mengasaskan Raja PTOLEMY, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, anak kepada Raja Ptolemy dan Ratu Arsinoe, Dewa-dewa Philopator, tugu dan tempat peringatan suci keemasan di setiap kuil , dan bagi menyiapkannya di dalam bilik bersana peringatan suci yang lain; dan dalam perayaan yang hebat ketika tempat-tempat peringatan suci diarak, tempat peringatan suci DEWA EPIPHANES EUCHARITOS perlu diarak bersam. Dan, oleh kerana ia senang diketarakan kini dan seterusnya, akan diadakan tempat peringatan suci sepuluh mahkota raja, yang akan ditambah ular tedung sepertimana semua mahkota di tempat peringatan suci lain dihiasi ular tedung, di tengah semua itu akan ada dua mahkota yang baginda pakai ketika baginda ke kuil di Memphis untuk mengadakan upacara mengutarakan kerajaan; dan tempat-tempat peringatan suci akan ditempatkan di atas permukaan petak mengelilingi mahkota-mahkota itu, selain hal makhkota, simbol emas bernombor lapan menandakan itu ialah tempat peringatan raja yang cuba membezakan Negeri atas dan Bawah. Dan kerana hari ini ialah 30 haribulan Masore, iaitu hari yang disambut ulangtahun keputeraan raja, seperti juga 17 haribulan Paophi iaitu hari baginda mewarisi takhta ayahanda baginda, mereka mengadakan hari ini dalan penghormatan seperti hari-hari kenamaan di kuil, kerana semua itu adalah sumber restu untuk semua;

kemudiannya didekrikan bahawa perayaan perlu di dalam kuil seluruh Mesir pada hari tersebut, setiap bulan, padanya perlu korban dan minum dan semua upacara biasa pada perayaan lain dan pemberian perlu diberi kepada pader yang berkhidmat di kuil. Dan satu perayaan perlu diberi untuk Raja PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, setiap tahun di seluruh Mesir dari 1 haribulan Thoth selama lima hari, yang mereka peru memakai bungaan dan kelopak daun dan mengadakan upacara korban da minum dan penghormatan yang lain, dan paderi setiap kuil akan dipanggil paderi DEWA EPIPHANES EUCHARITOS sebagai tambahan kepada nama para dewa yang mereka beri khidmat; dan orang perseorangan perlu dibenarkan mempunyai perayaan dan menyediakan tempat peringatan suci yang disebut tadi di rumah mereka; mengadakan perayaan ini setiap tahun, agar diperingati semua rakyat Mesir untuk membesar dan memuliakan DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, seorang raja, menurut undang-undang.

Dekri ini hendaklah dicatat di atas batu catatan keras dalam huruf suci, asli dan Yunani dan disediakan bagi setiap kuil yang berada di kedudukan pertama, kedua dan ketiga bersebelahan imej raja agung.[14]

NukilanSunting

  • Bierbrier, M. L. (1999). "The acquisition by the British Museum of antiquities discovered during the French invasion of Egypt". In Davies, W. V (ed.). Studies in Egyptian Antiquities. (Penerbitan Muzium British).
  • Budge, E. A. Wallis (1894). The Mummy: chapters on Egyptian funereal archaeology. Percetakan Universiti Cambridge.
  • Budge, E. A. Wallis (1913). The Rosetta Stone. Muzium British.
  • Middleton, A. & Klemm, D. (2003). "The Geology of the Rosetta Stone". Journal of Egyptian Archaeology. 89: 207–216.
  • Miller, E.; et al. (2000). "The Examination and Conservation of the Rosetta Stone at the British Museum". Dalam Roy, A., Smith, P. (ed.). Tradition and Innovation. Penerbitan Muzium British. m.s. 128–132.
  • Parkinson, R. B., Diffie, W., Fischer, M., Simpson, R. S. (1999). Cracking Codes: the Rosetta Stone and decipherment. Percetakan Universiti California. ISBN 978-0-520-22306-6.
  • Ray, J. D. (2007). The Rosetta Stone and the Rebirth of Ancient Egypt. Percetakan Universiti Harvard. ISBN 978-0-674-02493-9.
  • Taylor, R. & Taylor, A. (1847). Synopsis of the Contents of the British Museum. British Museum.

RujukanSunting

  1. ^ Bierbrier, M. L. (1999). "The acquisition by the British Museum of antiquities discovered during the French invasion of Egypt". In Davies, W. V (ed.). Studies in Egyptian Antiquities. (Penerbitan Muzium British). m.s. 111–113.
  2. ^ Parkinson, R. B., Diffie, W., Fischer, M., Simpson, R. S. (1999). Cracking Codes: the Rosetta Stone and decipherment. m.s. 23. Percetakan Universiti California. ISBN 978-0-520-22306-6.
  3. ^ Taylor, R. & Taylor, A. (1847). Synopsis of the Contents of the British Museum. British Museum. m.s. 113–114.
  4. ^ Miller, E.; et al. (2000). "The Examination and Conservation of the Rosetta Stone at the British Museum". Dalam Roy, A., Smith, P. (ed.). Tradition and Innovation. Penerbitan Muzium British. m.s. 128–132.
  5. ^ a b Middleton, A. & Klemm, D. (2003). "The Geology of the Rosetta Stone". Journal of Egyptian Archaeology. m.s. 207–208.
  6. ^ The Rosetta Stone – The British Museum
  7. ^ a b Ray, J. D. (2007). The Rosetta Stone and the Rebirth of Ancient Egypt. m.s. 3. Percetakan Universiti Harvard. ISBN 978-0-674-02493-9.
  8. ^ Parkinson et al. (1999). m.s. 28.
  9. ^ Parkinson et al. (1999). m.s. 20.
  10. ^ Budge, E. A. Wallis (1913). The Rosetta Stone. Muzium British. m.s. 2–3
  11. ^ Budge, E. A. Wallis (1894). The Mummy: chapters on Egyptian funereal archaeology. Percetakan Universiti Cambridge. m.s. 106.
  12. ^ Budge (1894). m.s. 109.
  13. ^ a b Parkinson et al. (1999). m.s. 26.
  14. ^ Simpson, R. S. (1996). The Rosetta Stone: Translation of the demotic text [Batu Rasyid: Terjemahan teks demotik]. Dicapai dari www.britishmuseum.org. Diarkibkan di web.archive.org pada 31 Ogos 2012.

Pautan luarSunting