Bayar per klik (pay per click, PPC) adalah satu kaedah pengiklanan Internet yang digunakan di halaman web, di mana pengiklan hanya membayar pemilik laman web sekiranya iklan mereka diklik oleh pelawat, pelawat secara automatiknya akan di bawa ke halaman web pengiklan. Bayar per klik (PPC) juga turut di kenali sebagai bayar per lawat (PPS) dan bayar untuk klik (PTC). Melalui enjin carian, pengiklan akan bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan frasa kata kunci yang berkaitan dengan produk dan servis yang mereka tawarkan.

Pemasaran internet
Analitik laman
Kos per penglihatan
Pemasaran e-mel
Pengiklanan interaktif
Pengiklanan media sosial
Pengiklanan paparan
Perisian pemasaran e-mel
Pemasaran bersekutu
Kos per tindakan
Pengiklanan konteks
Pengongsian hasil
Pemasaran enjin carian
Analitik gelintaran
Pengiklanan bayar per klik
Pengoptimum enjin carian
Rangkuman berbayar
Pengiklanan bimbit

Kos per klik (CPK) adalah kos yang perlu di tanggung oleh pengiklan kepada enjin carian dan pemilik laman web lain untuk satu klik pada iklan yang membawa pengunjung ke laman web mereka.

Laman web yang memanfaatkan iklan PPC akan memaparkan iklan tersebut apabila permintaan kata kunci berpadanan dengan senarai frasa kata kunci pengiklan, atau ketika sesebuah halaman kandungan memaparkan kandungan yang berkait. Iklan ini akan di paparkan dengan perkataan penaja atau iklan yang ditaja.[1]

Sungguhpun banyak terdapat pembekal (CPK), pembekal perkhidmatan terbesar bagi PPC pada masa kini ialah Google Adsense, Yahoo! Search Marketing dan Microsoft Adcenter. Kesemua tiga syarikat ini beroperasi berasaskan model lelongan. Bayar per klik (CPC) berbeza bergantung kepada enjin gelintir dan tahap persaingan bagi kata kunci tertentu.[2]

Model pengiklanan PPC adalah terbuka kepada salah guna melalui penipuan klik, sungguhpun Google dan syarikat lain telah melaksanakan sistem automatik bagi menghalang salah guna klik oleh pesaing atau pembangun web yang tidak amanah.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Customers Now", David Szetela, 2009
  2. ^ "Customers Now", David Szetela, 2009
  3. ^ How do you prevent invalid clicks and impressions? Google AdSense Help Center, dicapai 9 Januari 2008

Pautan luar sunting