Baybayin

Baybayin (ᜊᜊᜌᜒ , dengan virama-krus-kudlit: ᜊᜌ᜔ᜊᜌᜒᜈ᜔) ialah sistem tulisan lama bahasa Tagalog yang merupakan abjad suku kata yang tergolong dalam rumpun tulisan Brahmi . Ia pernah digunakan secara meluas di Filipina, khususnya kawasan Luzon, pada abad ke-16 dan ke-17 sebelum digantikan oleh abjad Rumi.

Baybayin
BaybayinSample.svg
Jenis
BahasaTagalog, Sambali, Ilokano, Kapampangan, Bikolano, Pangasinan, Bisaya[1]
Tempoh masa
abad ke-14 (atau lebih awal)[2] - ke-18 (dihidupkan kembali pada zaman moden)[3]
Aksara induk
Asas cetakan
Arah penulisan (pelbagai ragam):
kiri ke kanan, atas ke bawah
bawah ke atas, kiri ke kanan
atas ke bawah, kanan ke kiri
Aksara turunan
• Hanunuo
• Buhid
• Tagbanwa
• Palaw'an
Aksara kerabat
Di negara lain
• Bali
• Batak
• Jawa
• Lontara
• Sunda
• Rencong
• Rejang
U+1700–U+171F

Arkib Universiti Santo Tomas di Manila, salah satu arkib terbesar di Filipina, kini mempunyai koleksi tulisan kuno terbesar di dunia dalam skrip Baybayin.[4][5][6]

Pada tahun 2018, Dewan Perwakilan Filipina merasmikan Baybayin sebagai sistem tulisan kebangsaan negara tersebut. House Bill 1022 atau cadangan "National Writing System Act" (Akta Sistem Tulisan Kebangsaan) dikarang oleh Rep. Leopoldo Bataoil. Langkah ini bertujuan untuk menyatakan Baybayin sebagai sistem tulisan kebangsaan Filipina, meningkatkan kesedaran tentang nasib Baybayin, dan memupuk penghargaan yang lebih meluas di kalangan rakyat mengenai kepentingan dan keindahan tulisan tersebut. Rang undang-undang tersebut menyatakan bahawa adanya keperluan untuk melariskan, melindungi, memelihara dan memulihara "Baybayin" sebagai Tulisan Kebangsaan Filipina, menggunakannya sebagai wadah pembangunan budaya dan ekonomi untuk mewujudkan kesedaran, rasa hormat dan kebanggaan terhadap warisan sejarah budaya dan jati diri asli negara Filipina. [7]

PeristilahanSunting

Istilah "baybayín" bermaksud "menulis" atau "mengeja (suku kata)" dalam bahasa Tagalog. Kamus Sepanyol-Tagalog San Buenaventura yang diterbitkan pada tahun 1613 menterjemahkan "ABC" (abjad) sebagai "baibayin" ("...de baybay, que es deletrear...", diterjemahkan: "dari "baybay ", yang bermaksud "mengeja") [8]

Perkataan "baybayin" merujuk kepada tulisan pribumi lain di Filipina yang merupakan abugida, termasuk tulisan Buhid, tulisan Hanunó'o, tulisan Tagbanwa, tulisan Kulitan, tulisan Tagalog dan lain-lain. Organisasi-organisasi budaya seperti Sanghabi dan Heritage Conservation Society mengesyorkan supaya bermacam-macam tulisan yang digunakan oleh pelbagai kelompok pribumi di Filipina, termasuk baybayin, iniskaya, kirim jawi, dan batang-arab disebut suyat, yang merupakan istilah neutral untuk setiap tulisan.[9] Sementara itu, Jay Enage dan pejuang baru yang lain mengesyorkan agar semua sistem tulisan abugida di Filipina digelar baybayin.

Baybayin kadang-kadang disebut Alibata,[10][11] satu istilah baharu yang dicipta oleh Paul Rodríguez Verzosa pada tahun 1914, setelah tiga huruf pertama dari abjad Arab (iaitu alif, bāʾ, tāʾ), mungkin atas anggapan yang salah bahawa Baybayin berasal dari tulisan Arab.[12]

Pada zaman moden, Baybayin disebut Badlit, Kudlit-kabadlit oleh suku Bisaya, Kurditan, Kur-itan oleh suku Iloko, dan Basahan oleh suku Bikol. [13]

Asal-usulSunting

Asal-usul Baybayin menjadi titik pertikaian dengan banyak teori kerana belum ada bukti yang kukuh.

Pengaruh budaya IndiaSunting

 
Keluasan pengaruh budaya India.

Asia Tenggara pernah berada di bawah pengaruh India Kuno sehingga terdapat banyak kerajaan keindiaan yang mekar selama berabad-abad di kawasan Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Kemboja dan Vietnam. Pengaruh budaya India ke atas kawasan-kawasan ini diberi istilah Indianisasi.[14] Ahli arkeologi Perancis, George Coedes, mendefinisikannya sebagai perluasan budaya teratur yang terbentuk berdasarkan sistem kerajaan India, agama Hindu-Buddha dan bahasa Sanskrit[15] yang meninggalkan kesan dalam bahasa-bahasa Melayu, Thai, Filipina dan Indonesia, khususnya dari segi darjah kebesaran,[16] contohnya: Raja, Rani, Maharlika, Datu, dan lain-lain yang disebarkan dari budaya India ke Filipina melalui orang Melayu dan kerajaan Sriwijaya. Penjajah Hindu dari India memainkan peranan penting sebagai profesional, pedagang, imam dan pejuang.[17][18][19][20] Peninggalan prasasti telah membuktikan bahawa penjajah India terawal yang menetap di Champa dan kepulauan Melayu itu berasal dari dinasti Pallava kerana mereka membawa tulisan Pallava mereka ke situ. Prasasti terawal di Jawa ternyata sepadan dengan tulisan Pallava. Pada tahap pertama penerimaan tulisan India, prasasti tempatan diukir dalam bahasa-bahasa India. Pada tahap kedua, tulisan India itu digunakan untuk menulis bahasa-bahasa tempatan Asia Tenggara. Pada tahap ketiga, berkembangnya variasi tulisan tempatan. Menjelang abad ke-8, tulisan asal India itu berubah bentuk dan berpecah menjadi tulisan-tulisan daerah (aksara Nusantara).[21]

Isaac Taylor pernah berusaha untuk membuktikan bahawa tulisan Baybayin diperkenalkan ke Filipina dari pesisir Benggala sekitar sebelum abad ke-8. Dalam pada itu, Taylor mengemukakan rupa huruf-huruf Kistna dan Assam seperti g, k, ng, t, m, h, dan u, yang menyerupai huruf yang sama bunyi dalam Baybayin. Fletcher Gardner berpendapat bahawa tulisan Filipina mempunyai persamaan yang amat rapat dengan tulisan Brahmi,[22] dan hujah itu pun disokong oleh TH Pardo de Tavera. Menurut Christopher Miller, nampaknya terdapat bukti kukuh bahawa Baybayin berakarumbikan tulisan Gujarati.[23]

Tulisan Sulawesi SelatanSunting

David Diringer menerima pandangan bahawa tulisan-tulisan kepulauan Melayu berasal dari India, dengan menulis bahawa tulisan Sulawesi Selatan berasal dari tulisan Kawi, mungkin melalui tulisan Batak Sumatera sebagai perantaraan. menurut Diringer, tulisan Filipina mungkin dibawa ke Filipina melalui aksara Bugis di Sulawesi. [24] Menurut Scott, leluhur terdekat Baybayin kemungkinan besar merupakan tulisan Sulawesi Selatan, mungkin tulisan Makassar Lama atau leluhur terdekatnya.[25] Ini disebabkan tiadanya konsonan akhir atau tanda penghapus vokal dalam Baybayin. Bahasa Filipina dan Gujarati mempunyai konsonan akhir, jadi tidak mungkin tanda penghapus vokal itu gugur sekiranya Baybayin diturunkan secara langsung dari tulisan Gujarati.[23] Bagaimanapun, bahasa Sulawesi Selatan mempunyai inventori konsonan penutup suku kata yang amat sedikit dan tidak dinyatakan dalam tulisan Bugis dan Makassar. Penjelasan yang paling munasabah bagi ketiadaan tanda konsonan akhir dalam Baybayin adalah bahawa leluhur langsungnya adalah tulisan Sulawesi Selatan. Sulawesi terletak betul-betul di selatan Filipina, malah terdapat bukti laluan perdagangan antara kedua-dua kawasan. Oleh itu, Baybayin barangkali dibangunkan di Filipina pada abad ke-15 M kerana tulisan Bugis-Makassar dibangunkan di Sulawesi Selatan sebelum tahun 1400 M.[26]

Tulisan KawiSunting

 
Prasasti Tembaga Laguna.

Tulisan Kawi berasal dari Jawa, diturunkan dari tulisan Pallava,[27] dan digunakan di merata Asia Tenggara Maritim. Prasasti Tembaga Laguna merupakan catatan bertulis paling awal yang terdapat di Filipina. Ia merupakan dokumen perundangan yang bertarikh dalam tahun Saka 822, bersamaan dengan 21 April 900 M. Ia ditulis dalam bahasa Melayu Kuno bertulisan Kawi yang mengandungi banyak kata serapan dari bahasa Sanskrit dan beberapa unsur kosa kata bukan Melayu yang mungkin berasal dari bahasa Jawa Kuno atau Tagalog Kuno.

Satu lagi contoh tulisan Kawi dapat terdapat pada Meterai Gading Butuan yang ditemui pada tahun 1970-an dan bertarikh antara abad ke-9 dan ke-12. Ia merupakan meterai kuno yang diperbuat dari gading yang dijumpai di sebuah tapak arkeologi di Butuan lalu diisytiharkan sebagai sebuah Khazanah Budaya Negara. Meterai itu tertulis dengan kata "Butwan" dalam tulisan Kawi yang bergaya. Meterai gading ini kini ditempatkan di Muzium Negara Filipina.[28] Oleh itu, terdapat satu hipotesis bahawa Baybayin berasal dari tulisan Kawi kerana tulisan Kawi adalah bukti penulisan terawal di Filipina.

SejarahSunting

Daripada bahan-bahan yang ada, jelas bahawa Baybayin pernah digunakan di Luzon, Palawan, Mindoro, Pangasinan, Ilocos, Panay, Leyte dan Iloilo, tetapi tiada bukti kukuh bahawa Baybayin sampai di Mindanao. Nampaknya jelas bahawa ragam-ragam Luzon dan Palawan mula berkembang dengan cara yang berbeza pada tahun 1500-an, jauh sebelum Sepanyol menakluki apa yang kini dikenali sebagai Filipina. Ini menjadikan Luzon dan Palawan sebagai wilayah yang paling awal menggunakan Baybayin. Juga dapat diperhatikan bahawa tulisan yang digunakan di Pampanga telah membangunkan bentuk-bentuk khas untuk empat huruf pada awal tahun 1600-an, berbeza dengan yang digunakan di tempat lain. Terdapat tiga ragam Baybayin yang agak berbeza pada akhir 1500-an dan 1600-an, tetapi ia tidak dapat dihuraikan sebagai tiga skrip yang berasingan seperti mana pelbagai ragam tulisan Rumi di Eropah pada zaman pertengahan atau moden dengan sedikit perbezaan dari segi peranggu huruf dan sistem ejaan.[4]

Pelbagai ragam Baybayin
Skrip Wilayah Contoh
Baybayin Wilayah Tagalog  
Ragam Sambal Zambales  
Ragam Ilocano (Kur-itan) Ilocos  
Ragam Bicolano (Iskriturang Basahan) Wilayah Bicol  
Ragam Pangasinan Pangasinan  
Ragam Bisaya (Badlit) Visayas  
Ragam Pampangan (Kulitan) Luzon Tengah  

Sejarah awalSunting

Sebuah tajau tembikar dipanggil "Calatagan Pot" yang dijumpai di Batangas ditulis dengan aksara-aksara yang sangat mirip dengan Baybayin, dan dipercayai telah ditulis sekitar tahun 1300 M. Namun, kesahihannya belum dapat dibuktikan.[29][30]

Walaupun teman sekapal Ferdinand Magellan, Antonio Pigafetta, menulis bahawa penduduk Bisaya tidak celik huruf pada tahun 1521, Baybayin telah tiba di situ pada tahun 1567 ketika Miguel López de Legazpi menceritakan dari Cebu bahawa penduduk Bisaya sudah pun mempunyai abjad dan huruf-huruf yang diajarkan oleh Melayu lalu dicatatkan pada kulit buluh dan daun palma dengan alat runcing, tetapi tidak pernah ada tulisan kuno atau kata-kata asal di kalangan mereka; sebaliknya sejarah pendudukan mereka di kepulauan ini, adat resam dan upacara mereka dipelihara secara lisan dari turun ke temurun tanpa sebarang catatan." [31]

Satu abad kemudian, pada tahun 1668, Francisco Alcina mencatatkan bahawa huruf 'asli' yang sudah sekian digunakan oleh kaum Bisaya merupakan seni yang disampaikan dari suku Tagalog yang mempelajarinya dari suku-suku Borneo yang kerap berpindah-randah dari pulau Borneo ke Manila. Tambahnya, huruf ini digelar 'huruf Moro' kerana diajarkan oleh orang Moro kepada orang Bisaya yang banyak menulisnya pada zaman ini, lebih-lebih lagi oleh kaum wanita daripada lelaki.[12]

Francisco de Santa Inés menjelaskan pada tahun 1676 sebab Baybayin lebih biasa digunakan oleh kaum wanita, dengan hujah bahawa ketika itu belum menjadi adat bagi anak perempuan untuk bersekolah seperti anak lelaki, maka kaum wanita lebih memanfaatkan huruf jati daripada lelaki dalam hal-hal keagamaan mahupun keduniaan.[32]

 
Doctrina Christiana, sebuah buku Kristian awal yang dikarang dalam bahasa Sepanyol, Tagalog dalam tulisan Rumi dan Baybayin (1593).

Buku bercetak terawal dalam suatu bahasa Filipina, menampilkan bahasa Tagalog dalam kedua-dua tulisan Baybayin dan Rumi, <i id="mwAVM">Doctrina Christiana en Lengua Española y Tagala</i> yang diterbitkan pada tahun 1593. Catatan Tagalog pada umumnya berasaskan manuskrip yang dikarang oleh Rahib Juan de Placencia. Usaha penyiapan dan pencetakan buku ini dikawal selia oleh rahib-rahib Domingo de Nieva dan Juan de San Pedro Martir dan diperlakukan oleh seorang tukang China yang tidak diketahui namanya. Ini adalah contoh paling awal catatan Baybayin yang masih wujud dan juga satu-satunya contoh dari abad ke-16. Terdapat juga serangkaian dokumen perundangan yang mengandungi tulisan Baybayin, disimpan di arkib Sepanyol dan Filipina yang lebih seabad lamanya: tiga catatan tertua, semuanya dalam Archivo General de Índias di Seville, berasal dari tahun 1591 dan 1599.[33]

Baybayin disaksikan sebagai tulisan yang umum bagi masyarakat Filipina oleh paderi Sepanyol, Pedro Chirino pada tahun 1604 dan Antonio de Morga pada tahun 1609. Baybayin umumnya digunakan untuk tulisan peribadi, puisi, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, menurut William Henry Scott, terdapat beberapa datu (pembesar) dari tahun 1590-an yang tidak dapat menandatangani surat afidavit atau sumpah, dan saksi-saksi yang tidak dapat menandatangani surat ikatan tanah pada 1620-an.[34]

 
Amami, sedutan daripada doa Bapa Kami dalam bahasa Ilokano Baybayin (Kur-itan, Kurdita), catatan terawal yang menggunakan krus-kudlit.[35][36]

Pada tahun 1620, Libro a naisurátan amin ti bagás ti Doctrina Cristiana ditulis oleh Rahib Francisco Lopez dengan menggunakan tulisan Baybayin Ilokano berdasarkan soal jawab yang ditulis oleh Kardinal Belarmine.[35] Ini merupakan saat penting dalam sejarah Baybayin kerana di sinilah tanda krus-kudlít diperkenalkan buat julung kalinya untuk membolehkan konsonan yang dimatikan vokal. Rahib Lopez mengulas bahawa tanda baca ini bertujuan untuk membetulkan kepincangan dalam tulisan Tagalog supaya pembaca tidak usah meneka perkataan apa yang ingin disampaikan oleh penulis dengan mengagak huruf konsonan akhirnya.[12]

Bagaimanapun, tanda krus-kudlit pada mulanya tidak disambut baik oleh pengguna Baybayin. Maka, pakar-pakar Baybayin setempat dibawa untuk berunding tentang mengenai ciptaan baharu ini dan dan diminta untuk menerima pakainya dalam segala urusan persuratan mereka. Biarpun memuji malah meluahkan rasa syukur atas penciptaannya, mereka tetap tidak menerima tanda baharu itu atas alasan bahawa ia bertentangan dengan ciri-ciri dan nilai-nilai hakiki yang dikurniakan oleh Tuhan kepada tulisan mereka, maka penggunaannya adalah sama seperti menghancurkan segala sintaks, prosodi dan ortografi bahasa Tagalog dengan sekali gus." [37]

Pada tahun 1703, dilaporkan bahawa Baybayin masih digunakan di Comintan (Batangas dan Laguna) dan kawasan-kawasan lain di Filipina.[38]

Antara kesusasteraan terawal mengenai ortografi bahasa-bahasa Bisaya ialah karya paderi Jesuit bernama Ezguerra bertajuk Arte de la lengua bisaya (Seni Bahasa Bisaya) pada tahun 1747;[39] dan Mentrida bertajuk Arte de la lengua bisaya: Iliguaina de la isla de Panay pada tahun 1818 yang tertumpu pada struktur tatabahasa.[40]

 
Batu Monreal yang terletak di tengah-tengah bahagian Baybayin di Muzium Antropologi Negara.

Prasasti batu Ticao, juga dikenali sebagai batu Monreal atau batu Rizal, merupakan batu kapur bersurat yang mengandungi tulisan Baybayin. Ditemui oleh murid-murid Sekolah Rendah Rizal di Pulau Ticao di bandar Monreal, Masbate, yang mengikis lumpur dari alas kaki mereka pada dua buah batu kapur yang berbentuk tidak sekata sebelum memasuki kelas, kini ia ditempatkan di Muzium Negara Filipina. Satu beratnya 30 kg, tebal 11 cm, panjang 54 cm dan lebar 44 cm; satu lagi tebal 6 cm, panjang 20 cm dan lebar 18 cm.[41][42]

KemerosotanSunting

Kekeliruan yang timbul terhadap vokal (i/e dan o/u) dan konsonan akhir, ketiadaan huruf untuk bunyi bahasa Sepanyol dan keluhuran budaya dan tulisan Sepanyol mungkin telah menyumbang kepada kemerosotan tulisan Baybayin secara beransur-ansur sehingga tidak lagi digunakan di Filipina. Mempelajari abjad Latin juga membantu orang Filipina untuk maju dari segi sosioekonomi di bawah pemerintahan Sepanyol dengan mendapat pekerjaan yang lebih bermaruah seperti kerani, jurutulis dan setiausaha.[12] Menjelang tahun 1745, Sebastián de Totanés [es] menulis dalam Arte de la lengua tagala bahawa masyarakat Filipina masa itu semakin jarang mengguna pakai tulisan Baybayin, sedangkan tulisan Rumi menjadi pilihan ramai.[3] Antara tahun 1751 dan 1754, Juan José Delgado mencatatkan bahawa kaum pribumi telah 'mengabdikan diri' kepada tulisan Rumi.[43]

Ketiadaan langsung spesimen penggunaan tulisan Baybayin pra-Hispanik (sebelum zaman penjajah) telah menyebabkan salah tanggapan umum bahawa sebahagian besar persuratan pribumi telah dimusnahkan oleh paderi-paderi Sepanyol. Antara sarjana yang mengusulkan teori ini ialah ahli antropologi dan sejarah, H. Otley Beyer yang menulis dalam The Philippines before Magellan (1921) bahawa seorang paderi Sepanyol di Luzon Selatan bermegah-megah kerana memusnahkan lebih dari 300 gulung naskah yang ditulis dalam huruf asal. Sumber dakwaan Beyer telah puas dicari oleh para ahli sejarah tetapi nama paderi tersebut gagal disahkan. Tiada bukti tersurat langsung tentang usaha memusnahkan sastera asli sebelum zaman penjajah oleh mubaligh Sepanyol, maka hujah Beyer itu disangkal sewajarnya oleh sarjana lain seperti Paul Morrow dan Hector Santos.[44]

Santos pula berhujah bahawa mungkin hanya catatan-catatan berupa mentera, sumpahan dan jampi yang dianggap jahat dibakar oleh rahib-rahib Sepanyol, dan bahawa mubaligh awal hanya melakukan pemusnahan naskhah-naskhah Kristian yang tidak dapat diterima oleh Gereja. Santos menyangkal hujah bahawa naskhah-naskhah pra-Hispanik kuno dibakar secara sistematik.[45] Cendekiawan Morrow juga menyatakan bahawa tiadanya catatan mengenai penulisan orang Filipina kuno di atas gulungan, dan sebab yang paling mungkin mengapa tidak ada dokumen pra-Hispanik yang selamat adalah kerana bahan-bahan yang dijadikan surat adalah bahan yang mudah rosak seperti daun dan buluh. Tambahnya lagi, boleh dihujahkan juga bahawa rahib-rahib Sepanyol benar-benar membantu untuk memelihara Baybayin dengan mendokumentasikan dan meneruskan penggunaannya walaupun telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang Filipina.[12]

Sarjana Isaac Donoso berhujah bahawa surat-surat yang ditulis dalam bahasa ibunda dan dalam tulisan asli (terutamanya Baybayin) memainkan peranan penting dalam urusan harian kehakiman dan perundangan koloni, malah menyatakan bahawa masih terdapat banyak dokumen era kolonial yang ditulis di Baybayin di beberapa tempat simpan, termasuk perpustakaan Universiti Santo Tomas.[46] Tambahnya lagi, mubaligh Sepanyol terawal tidak menindas penggunaan tulisan Baybayin tetapi sebaliknya mereka mungkin telah mempromosikan tulisan Baybayin sebagai langkah untuk mencegah proses pengislaman kerana bahasa Tagalog ketika itu sedang beralih dari Baybayin ke tulisan Jawi. [47]

Walaupun terdapat sekurang-kurangnya dua catatan tentang pustaka rumus sihir dalam bahasa Tagalog formula sihir pada awal penjajahan Sepanyol, sarjana Jean Paul-Potet (2017) juga mengulas bahawa pustaka ini ditulis dalam huruf Latin dan bukan dalam tulisan Baybayin.[48] Juga tiada catatan mengenai kitab suci bertulisan Tagalog kerana ilmu keagamaan dipelihara secara lisan sahaja sementara tulisan Baybayin dihadkan untuk tujuan sekular dan penghasilan azimat.[49]

Keturunan modenSunting

Antara segelintir tulisan moden yang turun secara langsung dari tulisan Baybayin yang asli melalui perkembangan semula jadi adalah tulisan Tagbanwa yang diwarisi dari suku Tagbanwa oleh suku Palawan dan diberi nama Ibalnan, tulisan Buhid dan tulisan Hanunóo di Mindoro. Tulisan Kapampangan kuno yang digunakan pada tahun 1600-an telah digantikan oleh tulisan yang dipanggil "Kulitan moden". [ lebih baik   sumber   diperlukan ]

Tulisan Indik moden
Skrip Wilayah Contoh
Tulisan Ibalnan Palawan  
Tulisan Hanunó'o Mindoro  
Tulisan Buhid Mindoro  
Tulisan Tagbanwa Palawan Tengah dan Utara  

Ciri-ciriSunting

 
Pedang dha Filipina yang diukir aksara Baybayin.
 
Ragam-ragam Baybayin.

Baybayin merupakan sistem tulisan abugida (abjad suku kata) yang menggunakan kombinasi konsonan-vokal. Setiap aksara atau titik[50] yang ditulis dalam bentuk dasarnya merupakan konsonan yang diakhiri dengan vokal /a/. Untuk menghasilkan konsonan yang diakhiri dengan bunyi vokal lain, tanda yang disebut kudlit diletakkan sama ada di atas (untuk menghasilkan bunyi /e/ atau /i/) atau di bawah aksara (untuk menghasilkan bunyi /o/ atau /u/). Untuk menulis perkataan yang bermula dengan vokal, tiga huruf digunakan, masing-masing untuk A, E / I dan O / U.

AksaraSunting

Aksara-aksara asas dengan semua gabungan kudlit
Vokal
a
i/e
u/o
(virama)
Ba/Va
ba/va
bi/be
vi/ve
ᜊᜒ
bu/bo
vu/vo
ᜊᜓ
b
v
ᜊ᜴
ᜊ᜔
Ka
ka
ki ke ᜃᜒ
ku
ko
ᜃᜓᜓ
k ᜃ᜴
ᜃ᜔
Da/Ra
da/ra
di/ri
de/re
ᜇᜒ
du/ru
do/ro
ᜇᜓ
d
r
ᜇ᜴
ᜇ᜔
Ga
ga
gi ge ᜄᜒ
gu
go
ᜄᜓ
g ᜄ᜴
ᜄ᜔
Ha
ha
hi
he
ᜑᜒ
hu
ho
ᜑᜓ
h ᜑ᜴
ᜑ᜔
La
la
li
le
ᜎᜒ
lu
lo
ᜎᜓ
l ᜎ᜴
ᜎ᜔
Ma
ma
mi
me
ᜋᜒ
mu
mo
ᜋᜓ
m ᜋ᜴
ᜋ᜔
Na
na
ni
ne
ᜈᜒ
nu no ᜈᜓ
n ᜈ᜴
ᜈ᜔
Nga
nga
ngi
nge
ᜅᜒ
ngu
ngo
ᜅᜓ
ng ᜅ᜴
ᜅ᜔
Pa/Fa
pa/fa
pi/pe
fi/fe
ᜉᜒ
pu/po
fu/fo
ᜉᜓ
p
f
ᜉ᜴
ᜉ᜔
Sa/Za
sa/za
si/se
zi/ze
ᜐᜒ
su/so
zu/zo
ᜐᜓ
s
z
ᜐ᜴
ᜐ᜔
Ta
ta
ti
te
ᜆᜒ
tu
to
ᜆᜓ
t ᜆ᜴
ᜆ᜔
Wa
wa
wi
we
ᜏᜒ
wu
wo
ᜏᜓ
w ᜏ᜴
ᜏ᜔
Ya
ya
yi
ye
ᜌᜒ
yu
yo
ᜌᜓ
y ᜌ᜴
ᜌ᜔

Perhatikan baris kedua bawah menampilkan tanda penghapus vokal pamudpod "᜴", yang diperkenalkan oleh Antoon Postma kepada tulisan Hanunuo. Baris paling bawah pula adalah tanda krus-kudlit "+", tambahan pada tulisan asal yang diperkenalkan oleh paderi Sepanyol, Francisco Lopez pada tahun 1620.

Hanya ada satu simbol atau aksara untuk Da atau Ra kerana dua bunyi ini ialah alofon dalam kebanyakan bahasa di Filipina, di mana bunyi /r/ terjadi antara vokal dan /d/ pula di tempat lain. Hukum tatabahasa ini kekal dalam bahasa Filipina moden, yang mana /d/ menjadi /r/ apabila berada di antara dua vokal, contohnya: dangál (kehormatan) dan marangál (terhormat); dunong (pengetahuan) dan marunong (berpengetahuan), malah daw menjadi raw (katanya) din menjadi rin (juga) selepas vokal.[12] Akan tetapi, varian-varian skrip Baybayin seperti Sambal, Basahan, dan Ibalnan antara lainnya mempunyai aksara yang berasingan untuk Da dan Ra .

Pa dan Fa (atau Pha) ditulis dengan huruf yang sama atas alasan alofon, begitu juga pasangan Ba dan Va, dan Sa dan Za. Nga pula diwakili oleh huruf tunggal, sedangkan huruf Rumi Filipina moden menggunakan dwilambang "ng".

Virama KudlitSunting

Kaedah penulisan yang asalnya menyukarkan para paderi Sepanyol dalam usaha menterjemahkan sastera ke dalam bahasa tempatan kerana Baybayin pada awalnya Baybayin meniadakan konsonan terakhir tanpa vokal. Ini menyukarkan pembaca untuk menentukan perkataan atau sebutan asal penulis. Sebagai contoh, bundok (gunung) dieja sebagai 'bu-du', dengan konsonan akhir setiap suku kata dihilangkan. Oleh sebab itulah Francisco López memperkenalkan kudlit ciptaannya sendiri pada tahun 1620, yang dipanggil sabat atau krus, yang membatalkan bunyi vokal /a/ yang tersirat dan membolehkan konsonan akhir ditulis. Kudlit itu berbentuk tanda "+"[51] yang diilhamkan dari agama Kristian. Kudlit berbentuk palang ini sama fungsinya dalam virama dalam tulisan Devanagari India atau pangkon dalam tulisan hanacaraka Jawa.

Tanda baca dan jarakSunting

Baybayin pada asalnya hanya menggunakan satu tanda baca iaitu bantasán ().[50][52] Kini, ia menggunakan dua tanda baca, iaitu tanda tunggal () yang berfungsi sebagai koma atau pemecah ayat dalam puisi, dan tanda kembar () sebagai noktah atau penanda akhir perenggan. Tanda-tanda baca ini mirip dengan tanda danda tunggal dan kembar dalam tulisan abugida Indik yang lain dan boleh ditunjukkan dalam bentuk garis menegak atau garis miring ke depan. Tanda-tanda ini adalah sama bagi semua tulisan Filipina dan dikodkan oleh Unicode dalam blok tulisan Hanunóo.[53] Dahulu ditulis tanpa jarak, tetapi kini ditulis secara berjarak.[12]

PenggunaanSunting

Penggunaan sebelum dan ketika zaman penjajahanSunting

Dalam sejarah, Baybayin digunakan di kawasan-kawasan yang berbahasa Tagalog dan Kapampangan. Ia kemudian disebarkan ke kawasan Ilokano oleh orang Sepanyol dalam pencetakan kitab agama. Penggunaan meluas Baybayin di kalangan masyarakat Filipina disaksikan oleh pendeta Sepanyol, Pedro Chirino pada tahun 1604 dan Antonio de Morga pada tahun 1609 yang mengaku bahawa jarang terdapat insan yang tidak celik huruf "Pulau Manila".[54] Diriwayatkan bahawa masyarakat tempatan tidak mengarang buku atau menyimpan rekod, tetapi sebaliknya menggunakan Baybayin untuk tulisan peribadi seperti pesanan ringkas, puisi dan surat-surat bertanda tangan.[34]

Secara tradisional, Baybayin ditulis pada daun palma dengan jarum lakar atau pada buluh dengan pisau, alat-alat tulisnya dikenali sebagai panulat.[55] Kesan langsungnya adalah bentuk huruf Baybayin berlengkung-lengkung kerana garis lurus akan merobek daun.[56] Setelah selesai penulisan, buluh disapu dengan abu supaya hurufnya lebih menonjol.

Pada zaman penjajahan Sepanyol, Baybayin mulalah ditulis dengan dakwat pada kertas atau dicetak dalam buku (menggunakan teknik toreh kayu) untuk memudahkan penyebaran agama Kristian.[57] Namun begitu, teknik penulisan tradisional telah dikekalkan di beberapa kawasan seperti Mindoro.[58] Orang Filipina mula menyimpan catatan kertas mengenai urus niaga harta dan kewangan mereka, serta menuliskan hasil pelajaran dari gereja, semuanya di Baybayin.[12] Sarjana Isaac Donoso berhujah bahawa dokumen yang ditulis dalam bahasa ibunda dan di Baybayin memainkan peranan penting dalam urusan kehakiman dan perundangan koloni.[59] Surat-surat Baybayin simpanan Universiti Santo Tomas terdiri daripada dua pucuk surat urusniaga harta tanah yang ditulis dalam Baybayin, iaitu "Dokumen A" bertarikh 15 Februari 1613[60] dan "Dokumen B" bertarikh 4 Disember 1625.[61]

Penggunaan modenSunting

 
Pasport Filipina (edisi 2016) memaparkan tulisan Baybayin

Beberapa rang undang-undang telah diusulkan dari masa ke semasa bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang tulisan Baybayin, antaranya ialah "National Writing System Act" (RUU Dewan 1022[62] / RUU Senat 433[63]). Baybayin digunakan dalam siri mata wang peso Filipina "Generasi Baru" yang dikeluarkan pada suku terakhir tahun 2010, menggunakan perkataan "Pilipino" (ᜉᜒᜎᜒᜉᜒᜈᜓ).

Baybayin juga digunakan dalam pasport Filipina, khususnya edisi e-pasport terbaru yang dikeluarkan pada 11 Ogos 2009 dan seterusnya. Halaman bernombor ganjil dari 3-43 bertulis petikan dari Bible (Amsal 14:34) yang bertulis "ᜀᜅ᜔ ᜃᜆᜓᜏᜒᜇᜈ᜔ ᜀᜌ᜔ ᜈᜄ᜔ᜉᜉᜇᜃᜒᜎ ᜐ ᜁᜐᜅ᜔ ᜊᜌᜈ᜔" (Ang katuwiran ay nagpapadakila sa isang bayan, atau "Kebenaran memuliakan bangsa").

ContohSunting

Pengisytiharan Hak Asasi Manusia SejagatSunting

Baybayin Rumi Terjemahan
ᜀᜅ᜔ ᜎᜑᜆ᜔ ᜈᜅ᜔ ᜆᜂ ᜀᜌ᜔ ᜁᜐᜒᜈᜒᜎᜅ᜔ ᜈ ᜋᜎᜌ
ᜀᜆ᜔ ᜉᜈ᜔ᜆᜌ᜔ᜉᜈ᜔ᜆᜌ᜔ ᜐ ᜃᜇᜅᜎᜈ᜔ ᜀᜆ᜔ ᜋᜅ ᜃᜇᜉᜆᜈ᜔᜶

ᜐᜒᜎ ᜀᜌ᜔ ᜉᜒᜈᜄ᜔ᜃᜎᜓᜂᜊᜈ᜔ ᜈᜅ᜔ ᜃᜆᜓᜏᜒᜇᜈ᜔ ᜀᜆ᜔ ᜊᜓᜇ᜔ᜑᜒ
ᜀᜆ᜔ ᜇᜉᜆ᜔ ᜋᜄ᜔ᜉᜎᜄᜌᜈ᜔ ᜀᜅ᜔ ᜁᜐᜆ᜔ ᜁᜐ ᜐ ᜇᜒᜏ ᜈᜅ᜔ ᜉᜄ᜔ᜃᜃᜉᜆᜒᜇᜈ᜔᜶

Ang lahat ng tao'y isinilang na malaya at pantay-pantay sa karangalan at mga karapatan.

Sila'y pinagkalooban ng katuwiran at budhi at dapat magpalagayan ang isa't isa sa diwa ng pagkakapatiran.

Semua manusia dilahirkan bebas dan setaraf dengan martabat dan hak.

Mereka dikurniakan akal dan hati nurani dan harus bertindak antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

Cogan kata FilipinaSunting

Baybayin Rumi Terjemahan
ᜋᜃᜇᜒᜌᜓᜐ᜔᜵
ᜋᜃᜆᜂ᜵
ᜋᜃᜃᜎᜒᜃᜐᜈ᜔᜵ ᜀᜆ᜔
ᜋᜃᜊᜈ᜔ᜐ᜶
Maka-Diyos,
Maka-Tao,
Makakalikasan, at
Makabansa.
Demi Tuhan,
Demi manusia,
Demi Alam, dan
Demi Negara.
ᜁᜐᜅ᜔ ᜊᜈ᜔ᜐ᜵
ᜁᜐᜅ᜔ ᜇᜒᜏ᜶
Isang Bansa,
Isang Diwa.
Satu Bangsa,
Satu Semangat.

RujukanSunting

  1. ^ Morrow, Paul. "Baybayin Styles & Their Sources". Dicapai pada 25 April 2020.
  2. ^ https://ncca.gov.ph/about-culture-and-arts/in-focus/the-mystery-of-the-ancient-inscription-an-article-on-the-calatagan-pot/%7CThe National Commission for Culture and the Arts of the Philippines: Calatagan Pot
  3. ^ a b de Totanés, Sebastián (1745). Arte de la lenga tagalog. m/s. 3. No se trata de los caracteres tagalos, porque es ya raro el indio que los sabe leer, y rarisimo el que los sabe escribir. En los nuestros castellanos leen ya, y escriben todos.
  4. ^ a b " "Christopher Ray Miller's answer to is Baybayin really a writing system in the entire pre-hispanic Philippines? What's the basis for making it a national writing system if pre-hispanic kingdoms weren't homogenous? - Quora".
  5. ^ Archives, University of Santo Tomas, diarkibkan daripada yang asal pada May 24, 2013, dicapai pada June 17, 2012.
  6. ^ "UST collection of ancient scripts in 'baybayin' syllabary shown to public", Inquirer, 15 January 2012, dicapai pada June 17, 2012.
  7. ^ "House of Representatives Press Releases". www.congress.gov.ph. Dicapai pada 7 May 2020.  Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  8. ^ San Buenaventura, Pedro (1613). "Vocabulario de Lengua Tagala". Bahay Saliksikan ng Tagalog. Dicapai pada 3 May 2020.
  9. ^ Protect all PH writing systems, heritage advocates urge Congress
  10. ^ Halili, Mc (2004). Philippine history. Rex. m/s. 47. ISBN 978-971-23-3934-9.
  11. ^ Duka, C (2008). Struggle for Freedom' 2008 Ed. Rex. m/s. 32–33. ISBN 978-971-23-5045-0.
  12. ^ a b c d e f g h Morrow, Paul. "Baybayin, The Ancient Script of the Philippines". paulmorrow.ca.
  13. ^ http://ical13.ling.sinica.edu.tw/Full_papers_and_ppts/July_21/P4-1.pdf by Norman de los Santos, Presented at the “Thirteenth International Conference on Austronesian Linguistics”. 13-ICAL – 2015, Academia Sinica, Taipei, Taiwan Jul.18-23, 2015
  14. ^ Acharya, Amitav. "The "Indianization of Southeast Asia" Revisited: Initiative, Adaptation and Transformation in Classical Civilizations" (PDF). amitavacharya.com.
  15. ^ Coedes, George (1967). The Indianized States of Southeast Asia. Australian National University Press.
  16. ^ Krishna Chandra Sagar, 2002, An Era of Peace, Page 52.
  17. ^ Diringer, David (1948). Alphabet a key to the history of mankind. m/s. 402.
  18. ^ Lukas, Helmut (May 21–23, 2001). "1 THEORIES OF INDIANIZATIONExemplified by Selected Case Studies from Indonesia (Insular Southeast Asia)". International SanskritConference.
  19. ^ Krom, N.J. (1927). Barabudur, Archeological Description. The Hague.
  20. ^ Smith, Monica L. (1999). ""Indianization" from the Indian Point of View: Trade and Cultural Contacts with Southeast Asia in the Early First Millennium C.E". Journal of the Economic and Social History of the Orient. 42 (11–17): 1–26. doi:10.1163/1568520991445588. JSTOR 3632296.
  21. ^ Court, C. (1996). The spread of Brahmi Script into Southeast Asia. In P. T. Daniels & W. Bright (Eds.) The World's Writing Systems (pp. 445-449). Oxford: Oxford University Press.
  22. ^ Philippine Indic studies: Fletcher Gardner. 2005.
  23. ^ a b Miller, Christopher 2016. A Gujarati origin for scripts of Sumatra, Sulawesi and the Philippines. Proceedings of Berkeley Linguistics Society 36:376-91
  24. ^ Diringer, David (1948). Alphabet a key to the history of mankind. m/s. 421–443.
  25. ^ Scott 1984
  26. ^ Caldwell, Ian. 1988. Ten Bugis Texts; South Sulawesi 1300-1600. PhD thesis, Australian National University, p.17
  27. ^ Diringer, David (1948). Alphabet a key to the history of mankind. m/s. 423.
  28. ^ Nation Museum Collections Seals
  29. ^ https://ncca.gov.ph/about-culture-and-arts/in-focus/the-mystery-of-the-ancient-inscription-an-article-on-the-calatagan-pot
  30. ^ Guillermo, Ramon G.; Paluga, Myfel Joseph D. (2011). "Barang king banga: A Visayan language reading of the Calatagan pot inscription (CPI)". Journal of Southeast Asian Studies. 42: 121–159. doi:10.1017/S0022463410000561.
  31. ^ de San Agustin, Caspar (1646). Conquista de las Islas Filipinas 1565-1615. 'Tienen sus letras y caracteres como los malayos, de quien los aprendieron; con ellos escriben con unos punzones en cortezas de caña y hojas de palmas, pero nunca se les halló escritura antinua alguna ni luz de su orgen y venida a estas islas, conservando sus costumbres y ritos por tradición de padres a hijos din otra noticia alguna.'
  32. ^ de Santa Inés, Francisco (1676). Crónica de la provincia de San Gregorio Magno de religiosos descalzos de N. S. P. San Francisco en las Islas Filipinas, China, Japón, etc. m/s. 41–42.
  33. ^ Miller, Christopher (2014). "A survey of indigenous scripts of Indonesia and the Philippines". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  34. ^ a b Scott 1984, halaman 210 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Scott 1984 210" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  35. ^ a b "Baybayin Styles & Their Sources".
  36. ^ "Ilokano Lord's Prayer, 1620".
  37. ^ Espallargas, Joseph G. (1974). A study of the ancient Philippine syllabary with particular attention to its Tagalog version. m/s. 98.
  38. ^ de San Agustín, Gaspar (1703). Compendio de la arte de la lengua tagala. m/s. 142. Por último pondré el modo, que tenían de escribir antiguamente, y al presente lo usan en el Comintan (Provincias de la laguna y Batangas) y otras partes.
  39. ^ P. Domingo Ezguerra (1601–1670) (1747) [c. 1663]. Arte de la lengua bisaya de la provincia de Leyte. apendice por el P. Constantino Bayle. Imp. de la Compañía de Jesús. ISBN 9780080877754.
  40. ^ Trinidad Hermenegildo Pardo de Tavera (1884). Contribución para el estudio de los antiguos alfabetos filipinos. Losana.
  41. ^ Muddied stones reveal ancient scripts
  42. ^ Romancing the Ticao Stones: Preliminary Transcription, Decipherment, Translation, and Some Notes
  43. ^ Delgado, Juan José (1892). Historia General sacro-profana, política y natural de las Islas del Poniente llamadas Filipinas. m/s. 331–333.
  44. ^ Santos, Hector. "Extinction of a Philippine Script". www.bibingka.baybayin.com. However, when I started looking for documents that could confirm it, I couldn't find any. I pored over historians' accounts of burnings (especially Beyer) looking for footnotes that may provide leads as to where their information came from. Sadly, their sources, if they had any, were not documented.
  45. ^ Santos, Hector. "Extinction of a Philippine Script". www.bibingka.baybayin.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2019. Dicapai pada 15 September 2019. But if any burnings happened as a result of this order to Fr. Chirino, they would have resulted in destruction of Christian manuscripts that were not acceptable to the Church and not of ancient manuscripts that did not exist in the first place. Short documents burned? Yes. Ancient manuscripts? No.
  46. ^ Donoso, Isaac (14 June 2019). "Letra de Meca: Jawi Script in the Tagalog Region During the 16Th Century". Journal of Al-Tamaddun (dalam bahasa Inggeris). 14 (1): 89–103. doi:10.22452/JAT.vol14no1.8. ISSN 2289-2672. What is important to us is the relevant activity during these centuries to study, write and even print in Baybayin. And this task is not strange in other regions of the Spanish Empire. In fact indigenous documents placed a significant role in the judicial and legal life of the colonies. Documents in other language than Spanish were legally considered, and Pedro de Castro says that “I have seen in the archives of Lipa and Batangas many documents with these characters”. Nowadays we can find Baybayin documents in some repositories, including the oldest library in the country, the University of Santo Tomás.
  47. ^ Donoso, Isaac (14 June 2019). "Letra de Meca: Jawi Script in the Tagalog Region During the 16Th Century". Journal of Al-Tamaddun (dalam bahasa Inggeris). 14 (1): 92. doi:10.22452/JAT.vol14no1.8. ISSN 2289-2672. Dicapai pada 15 September 2019. Secondly, if Baybayin was not deleted but promoted and we know that Manila was becoming an important Islamic entrepôt, it is feasible to think that Baybayin was in a mutable phase in Manila area at the Spanish advent. This is to say, like in other areas of the Malay world, Jawi script and Islam were replacing Baybayin and Hindu-Buddhist culture. Namely Spaniards might have promoted Baybayin as a way to stop Islamization since the Tagalog language was moving from Baybayin to Jawi script.
  48. ^ POTET, Jean-Paul G. (2019). Ancient Beliefs and Customs of the Tagalogs (dalam bahasa Inggeris). Lulu.com. m/s. 66. ISBN 978-0-244-34873-1.
  49. ^ POTET, Jean-Paul G. (2019). Ancient Beliefs and Customs of the Tagalogs (dalam bahasa Inggeris). Lulu.com. m/s. 58–59. ISBN 978-0-244-34873-1. the Tagalogs kept their theological knowledge unwritten, and only used their syllabic alphabet (Baybayin) for secular pursuits and, perhaps, talismans.
  50. ^ a b Potet, Jean-Paul G. Baybayin, the Syllabic Alphabet of the Tagalogs. m/s. 95. |access-date= requires |url= (bantuan)
  51. ^ Tagalog script Diarkibkan Ogos 23, 2008, di Wayback Machine. Accessed September 2, 2008.
  52. ^ de Noceda, Juan (1754). Vocabulario de la lengua tagala. m/s. 39.
  53. ^ "Chapter 17: Indonesia and Oceania, Philippine Scripts" (PDF). Unicode Consortium. March 2020.
  54. ^ Wade, Geoff (March 1993). "On the Possible Cham Origin of the Philippine Scripts". Journal of Southeast Asian Studies. 24 (1): 44–87. doi:10.1017/S0022463400001508. JSTOR 20071506.
  55. ^ Filipinas (dalam bahasa Inggeris). Filipinas Pub. 1995-01-01. m/s. 60.
  56. ^ "Cochin Palm Leaf Fiscals". Princely States Report > Archived Features (dalam bahasa Inggeris). 2001-04-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-13. Dicapai pada 2017-01-25.
  57. ^ Woods, Damon L. (1992). "Tomas Pinpin and the Literate Indio: Tagalog Writing in the Early Spanish Philippines" (PDF). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  58. ^ Scott, William Henry (1984). Prehispanic Source Materials for the study of Philippine History. New Day Publishers. ISBN 971-10-0226-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  59. ^ Donoso, Isaac (June 14, 2019). "LETRA DE MECA: JAWI SCRIPT IN THE TAGALOG REGION DURING THE 16TH CENTURY". Journal of Al-Tamaddun (dalam bahasa Inggeris). 14 (1). doi:10.22452/JAT.vol14no1.8. ISSN 2289-2672. What is important to us is the relevant activity during these centuries to study, write and even print in Baybayin. And this task is not strange in other regions of the Spanish Empire. In fact indigenous documents placed a significant role in the judicial and legal life of the colonies. Documents in other language than Spanish were legally considered, and Pedro de Castro says that “I have seen in the archives of Lipa and Batangas many documents with these characters”. Nowadays we can find Baybayin documents in some repositories, including the oldest library in the country, the University of Santo Tomás.
  60. ^ Morrow, Paul (May 5, 2010). "Document A". Dicapai pada September 3, 2014.
  61. ^ Morrow, Paul (May 4, 2010). "Document B". Dicapai pada September 3, 2014.
  62. ^ "House Bill 1022" (PDF). 17th Philippine House of Representatives. 4 July 2016. Dicapai pada 24 September 2018.
  63. ^ "Senate Bill 433". 17th Philippine Senate. 19 July 2016. Dicapai pada 24 September 2018.

Pautan luarSunting

Muat turun fonSunting