Beberan [bé.bé.ran][1] (Bahasa Inggeris: spoiler) adalah tulisan atau keterangan yang menyatakan (atau membeber)[1] jalan sesuatu cerita reka lalu menyingkap atau membuka segala apa yang terahsia atau tersembunyi[1] mengenai kandungan cerita tersebut daripada pengetahuan penonton secara keseluruhan. Maka, sesiapa yang tersempak mengenai maklumat yang "membeberkan" suatu cerita ini akan merasakan kesenangan membaca cerita tersebut berkurangan kerana hilangnya rasa dramatisasi atau ketegangan yang ditimbulkan oleh cerita tersebut.

Biasanya dalam media massa mahupun Internet, beberan disembunyikan dengan cara tertentu sehingga ia hanya dapat dibaca oleh sesiapa yang ingin melihat beberan tersebut.

PerkembanganSunting

Kesedaran terhadap perilaku "pembeberan" ini mula wujud dalam kalangan pengguna newsgroup ketika infrastruktur Internet mula-mula digunapakai - di mana penyataan sesuatu maklumat mengenai cerita ditonton dihindari atas sebab etika Internet (netiquette) melainkan maklumat tersebut didahulukan dengan amaran — lazimnya dengan pemberian kata awas (misalnya "SPOILER ALERT") — ditutup ulasan agar ia sukar dilihat secara umum, sekiranya terpaksa.

Konsep ini mula dikembangkan kepada media cetakan pada 2005 apabila Roger Ebert, pengulas filem akhbar Chicago Sun-Times mula melakukan sedemikian atas saranan atau maklum balas beberapa pembacanya.[2]

RujukanSunting

  1. ^ a b c "'beber' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  2. ^ Roger Ebert (2005-01-29). "Critics have no right to play spoiler". Chicago Sun-Times. Dicapai pada 2016-01-28.