Bebola nasi dan ayam

makanan bangsa Cina
(Dilencongkan dari Bebola Nasi Ayam)

Nasi Ayam Bebola atau Bebola nasi ayam ialah sejenis kepelbagaian nasi ayam Hainan yang terkenal di kalangan masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura. Perbezaan dengan nasi ayam biasa ialah bebola nasi ayam ini dihidangkan dalam bentuk bebola.

Bebola Nasi Ayam

Nasi ayam Hainan ialah sajian nasi yang dimasak dalam stok rebusan ayam dan dihidangkan bersama potongan ayam kukus. Bebola Nasi Ayam pula menghidangkan nasinya dalam bentuk sfera. Lazimnya, seketul nasi tersebut boleh dimakan dengan sekali suap. Negeri di Malaysia yang terkenal dengan sajian hidangan ini ialah negeri Melaka yang terkenal dengan warisan baba dan nyonya serta kacukan kebudayaan Cina tempatan.

Antara restoran yang menawarkan juadah ini sebagai sebahagian daripada menu mereka ialah Kopitiam Chop Chung Wah di Jonker Walk yang mula beroperasi dari jam 8.30 pagi. Kedai ini direkodkan sebagai antara yang terawal menjual makanan jenis ini di Melaka. Satu lagi pilihan ialah "Famosa Chicken Rice-Ball" yang berada di Jalan Hang Jebat dan Jalan Hang Kasturi.

Untuk pilihan yang halal bagi pengunjung beragama Islam, "Ee Ji Ban (Chicken Rice Balls)" menyajikan bebola nasi ayam sebagai menu utama dan restoran ini mempunyai sijil halal.[1][2] Restoran yang terletak di Melaka Raya ini turut pernah disinggahi oleh program makanan yang terkenal iaitu Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3.{[perlu rujukan]

Rujukan sunting