Bebola bijan, kuih bom[1], onde-onde [2] atau jian dui (Bahasa Cina: 煎堆pinyin: jiānduīYale Kantonis: jīndēui; {{Jawi|كويه بوم atau ببولا بيجن) ialah sejenis kuih yang popular di Malaysia dan Indonesia. Bebola bijan dapat ditemukan di pasar tradisional. Bebola bijan juga popular khususnya di daerah pekan Cina.

Bebola bijan/
Kuih bom
Bebola bijan biasa (kuning) dan versi hitam
JenisDonat Sunting ini di Wikidata
Tempat asalChina, Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Filipina
Bahan utamaPulut Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Bebola bijan
Bahasa Cina煎堆
Hanyu Pinyinjiānduī
Perumian Yale Bahasa Kantonisjīndēui
Maksud harfiahcerucuk goreng
Bebola bijan
Bahasa Cina芝麻球
Hanyu Pinyinzhīmáqiú
Perumian Yale Bahasa Kantonisjīmàkàu
Maksud harfiahbebola bijan
Matuan
Tulisan Cina Tradisional麻糰
Tulisan Cina Ringkas麻团
Hanyu Pinyinmátuán
Perumian Yale Bahasa Kantonismàtyùn
Maksud harfiahdoh beras bijan

Bebola bijan ini diperbuat dari tepung gandum ataupun tepung pulut yang digoreng atau direbus dan permukaannya ditaburi/dibalur dengan biji bijan. Terdapat bermacam-macam variasi, yang paling dikenal ialah bebola bijan yang diperbuat dari tepung pulut dan di dalamnya diisi serbuk kacang hijau. Variasi lain hanya dibuat dari tepung gandum dan diberi warna pada permukaannya seperti putih, merah, atau hijau yang dikenal sebagai bebola bijan gandum. Terdapat juga kuih bom yang dibuat menggunakan bijan hitam.[3]

Sejarah

sunting

Sejarah kuih ini dapat ditelusuri di China semasa zaman dinasti Tang, di mana makanan ini menjadi kuih rasmi daerah Changan (sekarang Xian) yang disebut ludeui (碌堆). Makanan ini kemudian dibawa oleh pendatang sana menuju ke daerah selatan China, lalu berkembang luas sehingga daerah-daerah Asia timur dan tenggara.

Bebola bijan di pelbagai negara

sunting

Bebola bijan/jin deui di daerah China utara disebut matuan (麻糰), di daerah timur laut cina disebut ma yuan (麻圆), dan di Hainan disebut zhen dai (珍袋). Zhen dai kadangkala dapat disebut sebagai zhimaqiu (芝麻球) yang bermaksud bebola bijan.[4]

Malaysia

sunting

Di Malaysia, bebola bijan juga disebut sebagai kuih bom. Kuih bom biasanya dibuat daripada tepung gandum dan berinti parutan kelapa manis atau kacang. Kuih bom itu juga disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api sederhana perlahan sehingga ia kekuningan dan diangkat, sedia untuk dihidangkan.

Kuih bom digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat agak besar, dengan inti kelapa di dalamnya. Ia menyerupai kuih buah rotan tetapi bersaiz lebih besar dan memiliki inti kelapa manis di dalamnya.

Indonesia

sunting

Di Indonesia, bebola bijan yang dikenali sebagai onde-onde adalah berbentuk bulat, berwarna coklat dan bersalut bijan. Di dalamnya terdapat serbuk kacang hijau atau pulut hitam. Manakala di kawasan Padang, onde-ondenya disajikan dalam bentuk bulat, berwarna hijau, kenyal, ditaburi kelapa, dan di dalamnya terdapat gula merah cair.

Vietnam

sunting

Di Vietnam, makanan ini dikenal sebagai bánh cam di Vietnam Selatan dan bánh rán di Vietnam Utara. Bánh rán diberi pengharum bunga melati. Isinya biasanya lebih kering dari bebola bijan pada umumnya berupa pasta kacang hijau manis.[5] Selain itu, boleh juga diisi dengan daging cincang, bihun dan ubi, kulat, dan pelbagai bahan makan khas Vietnam lainnya.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kuih Bom". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-23. Dicapai pada 2020-12-12.
  2. ^ kurang kekerapannya dalam bahasa melayu
  3. ^ "Kuih bom bijan hitam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-15. Dicapai pada 2020-12-12.
  4. ^ Misty, Littlewood and Mark Littlewood, 2008 Gateways to Beijing: a travel guide to Beijing ISBN 981-4222-12-7 pp 52.
  5. ^ Bánh Rán/Bánh Cam (Fried Glutinous Rice Balls), Playing with My Food

Pautan Luar

sunting

Lihat juga

sunting