Mukim Bechah Mulong

(Dilencongkan dari Bechah Mulong)


Mukim Bechah Mulong merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Kelantan.

Mukim Bechah Mulong
Daerah di Kelantan
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
NegeriKelantan
DaerahJajahan Kota Bharu
KeluasanN/A

Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict). Tidak seperti mukim lain, Mukim Bechah Mulong ini telah dibangunkan sejak 1950-an oleh Kerabat Wan Nawang dan mempunyai jalan negeri D125 menunjukkan kepesatan lalu lintas dan kewujudan jalan sebelum tahun 1957.

Mukim ini juga memiliki pekannya sendiri yang sebelum ini dikenali sebagai Kedai Baru beroperasi sehingga sekitar tahun 1955 sebelum sepenuhnya ditutup disebabkan penjajahan komunis dan ditutup sehingga ke hari ini.

Asal nama Bechah Mulong adalah terdiri dari dua perkataan Bechah yang melambangkan satu kawasan lapang becak berselut dan Mulong merujuk kepada satu pokok Mulong besar yang terdapat di situ. Bechah Mulong sebenarnya merujuk kepada satu kawasan pemeliharaan Gajah yang dipelihara oleh Wan Nawang, yang terletak di belakang rumah cicitnya sekarang ini Wan Ahmad Wan Jusoh. Gajah-gajah ini dipelihara dan ditambat pada pokok Mulong ini, malah di sana juga terdapat satu pokok Kuing besar yang masih wujud sekitar 2010.

Di bawah mukim ini juga, terdapat satu lagi kawasan ternakan gajah yang terletak di sebelahan kampung Bechah Mulong yang dinamakan sebagai Kampung Bechah Keranji. Gajah-gajah ini dikatakan dibawa masuk dari Pattani oleh Wan Nawang dan kerabatnya melalui jalan laut masuk ke Sungai Besar Pengkalan Datu pada akhir tahun 1890-an.

Sehingga kini, masih terdapat alatan dan tapak peliharaan gajah sebagai tinggalan sejarah yang makin dilupakan. Bechah Mulong memiliki sejarah misteri dengan kehadiran bangsawan bernama Wan ini yang bukan sahaja memliki gajah yang tidak boleh dimiliki oleh rakyat biasa, malah turut memiliki tanah jajahan yang di perintah oleh keturunan Wan ini sehingga ke hari ini yang merentasi Limbat, Perol, Melor, Aril, Pauh Lima dan Peringat di mana Bechah Mulong terletak di tengah-tengah kawasan jajahan ini.

Mempunyai pusat tempaan emas terbesar bagi Jajahan Peringat

sunting

Mukim ini memiliki pusat tempaan emas terbesar yang dimiliki oleh bangsawan misteri yang bernama Wan Awang atau Wan Nawang di belakang pekan mukim. Satu-satunya tempat tempaan emas yang wujud ini terletak di antara dua jalan darat utama iaitu Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu dan Jalan Bukit Marak-Gunong bagi memudahkan penghantaran pesanan kepada pelanggan sekitar Kelantan. Ia turut dikatakan merupakan tempat tempaan sejarah terbesar di Kelantan selain tempaan Emas di Pauh Panji dan Kota Jembal.

Pentadbiran

sunting

Bechah Mulong merupakan sebuah mukim di daerah Peringat, Kota Bharu, Kelantan. Bechah Mulong terletak dalam Parlimen P 026 Ketereh. Mukim-mukim lain di daerah Peringat ialah Kubang Gatal, Padang Halban, Permatang Pusu, Pangkal Pisang, Padang Raja, Bechah Keranji, Padang Kala, Tegayong, Melor, dan Aril. Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di Jajahan Kota Bharu.

Pautan luar

sunting