Becquerel (disebut [bé-kĕ-rél], simbol Bq) adalah unit terbitan SI bagi keradioaktifan yang ditakrifkan sebagai aktiviti sejumlah bahan radioaktif dalam mana satu nukleus mereput setiap saat. Oleh itu, nilai unit ini bersamaan dengan s-1.

Unit ini dinamakan sempena Henri Becquerel, pemenang bersama Hadiah Nobel Fizik tahun 1903 dengan pasangan suami isteri Curie atas pembabitan mereka dalam penemuan keradioaktifan.[1]

Gambaran sunting

Dalam satu bahan radioaktif berjisim tetap, jumlah becquerel berubah dengan masa. Dalam sesetengah keadaan, jumlah bahan radioaktif adalah diberikan selepas perubahan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, seseorang mungkin memetik jumlah perubahan selepas sepuluh hari, iaitu, amaun keradioaktifan yang masih wujud selepas sepuluh hari. Ini mengurangkan penekanan terhadap isotop berhayat pendek.

Sistem Unit Antarabangsa memilih menggunakan unit Becquerel berbanding dengan selingan saat (s-1) untuk unit pengukuran aktiviti ini, khususnya atas pertimbangan bahaya terhadap kesihatan manusia yang mungkin akan timbul akibat kesilapan membabitkan penggunaan unit salingan saat tersebut. Olej itu, penggunaan unit Becquerel membawa kepada sesebuah sumber yang lebih aktif (maka sekiranya semua malar, adalah sumber yang lebih berbahaya) itu mempunyai angka yang lebih besar. Menggunakan 1/s atau s sebagai sesaat pula mungkin akan menjurus kepada kekeliruan dengan unit lain yang menggunakan takrifan yang sama, seperti Hertz misalnya.

Takrifan sunting

1 Bq = 1 s–1

Ia juga boleh ditakrfikan melalui unit terdahulu ya g digunakan untuk tijuan sama, seperti curie (Ci), di mana ia ditakrifkan sebagai 3.7×1010 becquerel atau 37 GBq.[2] Faktor penukaran yang berkaitan diberikan di bawah:

1 Ci = 3.7×1010 Bq = 37 GBq
1 μCi = 37,000 Bq = 37 kBq
1 Bq = 2.7×10−11 Ci = 2.7×10−5 µCi
1 MBq = 0.027 mCi

Gandaan SI sunting

  Gandaan   Nama   Simbol     Gandaan   Nama   Simbol  
100 becquerel Bq      
101 dekabecquerel   daBq   10–1 desibecquerel   dBq  
102   hektobecquerel   hBq 10–2 sentibecquerel cBq
103 kilobecquerel kBq 10–3 milibecquerel mBq
106 megabecquerel MBq 10–6 mikrobecquerel µBq
109 gigabecquerel GBq 10–9 nanobecquerel nBq
1012 terabecquerel TBq 10–12 pikobecquerel pBq
1015 petabecquerel PBq 10–15   femtobecquerel   fBq
1018 exabecquerel EBq 10–18 attobecquerel aBq
1021 zettabecquerel ZBq 10–21 zeptobecquerel zBq
1024 yottabecquerel YBq 10–24 yoktobecquerel yBq

Peranan dalam pengiraan keradioaktifan sunting

Untuk kuantiti kisim suatu isotop yang diberikan   (dalam gram) dengan jisim atom   (in g/mol) dan separuh hayat isotop tersebut bernilai   (in s), keradioaktifan bahan tersrbut boleh dikira seperti berikut:

 

...di mana   merupakan pemalar Avogadro bernilai 6.022 141 79(30)×1023 mol−1.

Memandangkan m/ma mewakili number of mol (n), maka bilangan keradioaktifan   boleh dikira dengan persamaan berikut:

 

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "BIPM - Becquerel". Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa. Dicapai pada 24 Oktober 2012.
  2. ^ Allisy, A. (1995), "From the curie to the becquerel", Metrologia, 32 (6): 467–479, Bibcode:1995Metro..31..467A, doi:10.1088/0026-1394/31/6/006

Pautan luar sunting