Bedřich Smetana (/ˌbɛdərʒɪx ˈsmɛtənə/ BED-ər-zhikh-_-SMET,[1] Templat:IPA-cs; 2 Mac 1824 – 12 Mei 1884) ialah seorang penggubah lagu Czech yang mengasaskan pembangunan gaya muzik yang menjadi berkait rapat dengan suatu aspirasi "pembaharuan" budaya dan politik dalam kalangan rakyatnya. Beliau diiktiraf sebagai bapa muzik Czech. Secara global, beliau terkenal dengan menerusi operanya The Bartered Bride serta kitaran simfoni Má vlast ("Tanah Airku"), yang menerangkan sejarah, legenda dan landskap tanah asalnya, Bohemia. Ini juga termasuk sajak simfoni masyhur "Vltava", juga terkenal dengan nama Jerman, Die Moldau.

Portrait of middle-aged man
Bedřich Smetana, s. 1878

Smetana secara alami berbakat sebagai komposer, dan melakukan pertunjukan awam sulungnya ketika enam tahun. Selepas persekolahan lazim, beliau mengaji dalam bidang muzik di bawah Josef Proksch di Prague. Muzik nasionalisnya digubah ketika kebangkitan Prague pada 1848 yang disertainya buat seketika. Selepas tidak berjaya mendapat kerjaya di situ, beliau beredar ke Sweden lalu menjadi guru serta ketua koir di Gothenburg, dan mula menulis karya-karya orkestra utamanya.

Pada awal 1860-an, persekitaran politik yang lebih bersifat liberal di Bohemia menggalakkan Smetana untuk balik semula ke Prague. Beliau meletakkan dirinya dalam bidang muzik setempat, secara utamanya sebagai orang utama genre opera Czech yang baharu. Pada 1866, dua opera pertamanya, The Brandenburgers in Bohemia dan The Bartered Bride, dianjurkan di Teater Sementara baharu, dengan opera kedua mendapat sambutan besar. Pada tahun sama, Smetana menjadi ketua konduktor teater, tetapi kerjayanya sebagai konduktor terpalit dengan kontroversi. Puak-puak dalam pertubuhan muzik Prague menganggap pegangan idea-idea progresif Franz Liszt dan Richard Wagner mengancam pembangunan gaya opera Czech yang tersendiri. Penentangan ini mengganggu penghasilan karya-karyanya, dan mungkin mencepatkan kemerosotan kesihatannya sehingga terpaksa meletak jawatan pada 1874.

Pada akhir 1874, beliau menjadi pekak sepenuhnya, tetapi dengan bebasnya beliau daripada kerja-kerja teater serta kontroversi yang ada, beliau mula mengkarya gubahan-gubahan dan kekal sehingga hampir seluruh hayatnya. Sumbangannya terhadap muzik Czech semakin diiktiraf, tetapi kemerosotan mentalnya pada 1884 menyebabkan beliau ditahan di sebuah suaka hingga kematiannya. Reputasi Smetana sebagai pengasas muzik Czech telah bertahan di negara asalnya, dengan para pendukung meninggikan darjatnya melebihi tokoh-tokoh susulannya. Walaupun begitu, tidak banyak karya Smetana yang ada dalam katalog antarabangsa, dan ramai pemerhati asing menganggap Antonín Dvořák sebagai komposer Czech yang lebih utama.

Rujukan sunting

  1. ^ "Smetana". Collins English Dictionary. HarperCollins. Dicapai pada 13 Ogos 2019.

Pautan luar sunting