Befehlshaber der U-Boote

(Dilencongkan dari Befehlshaber der Unterseeboote)

Befehlshaber der Unterseeboote atau BdU (BM: "Panglima Angkatan Kapal Selam") adalah pemerintah tertinggi armada kapal selam (Ubootwaffe) Tentera Laut Jerman semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Istilah ini juga merujuk kepada Markas Pemerintahan angkatan U-bot.[1]

Panglima Angkatan Kapal Selam
Befehlshaber der U-Boote
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
SingkatanBdU
Lapor kepadaOberbefehlshaber der Marine
PeloporFührer der Unterseeboote
Dibentuk1917, ditubuhkan semula 17 Oktober 1939
Dimansuhkan8 Mei 1945
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatan ini telah diwujudkan pada Jun 1917, menggantikan peranan "Ketua U-bot" (Führer der Unterseeboote, atau FdU) bagi Flotila Laut Lepas. Penyandang pertama ialah Kapitan zur See/Kommodore Andreas Michelsen [de], yang sebelum ini adalah ketua angkatan kapal pembinasa Armada Laut Lepas.[2] Jawatan ini telah dimansuhkan apabila perang berakhir.

Jawatan ini dihidupkan kembali pada 17 Oktober 1939, apabila Karl Dönitz dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda (Konteradmiral). Gelaran beliau sebelumnya adalah FdU, jawatan yang dipegangnya sejak Januari 1936.[3]

Pada 31 Januari 1943 Dönitz dinaikkan pangkat ke Grossadmiral (Großadmiral) dan menjadi pemerintah tertinggi (Oberbefehlshaber der Kriegsmarine) keseluruhan Tentera Laut, menggantikan Erich Raeder. Dönitz mengekalkan jawatan tersebut, tetapi digantikan sebagai ketua operasi di BdU oleh ketua stafnya Eberhard Godt.[4]

Pengganti Godt adalah Laksamana Hans-Georg von Friedeburg, yang memegang jawatan itu sehingga ke pengakhiran perang dan menjadi Panglima Tentera Laut Jerman apabila Doenitz dilantik sebagai ketua negara Jerman Nazi selepas Hitler membunuh diri.

Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine) sunting

  • Andreas Michelsen (Jun 1917 hingga November 1918)

Kriegsmarine sunting

Panglima sunting

Konteradmiral
Karl Dönitz
17 Oktober 1939 31 Januari 1943
Konteradmiral
Eberhard Godt
31 Januari 1943 8 Mei 1945

Subordinat sunting

Ketua Jabatan (Abteilungschef)
Kapitän zur See
Hans-Georg von Friedeburg
17 Oktober 1939 11 September 1941
Laksamana ke-2 U-bot (2. Admiral der Unterseeboote)
Konteradmiral
Hans-Georg von Friedeburg
12 September 1941 30 April 1943
Laksamana Memerintah U-bot (Kommandierender Admiral der Unterseeboote)
Admiral
Hans-Georg von Friedeburg
1 Februari 1943 30 April 1945
Kapitän zur See
Kurt Dobratz
1 Mei 1945 8 Mei 1945

Dobratz telah ditukarkan dari tentera laut ke Luftwaffe pada tahun 1935. Beliau menyertai semula Kriegsmarine pada tahun 1943 dan diberi memerintah U-1232 untuk memimpin pelayarannya sebelum menjadi ketua staf di BdU.[5]

Ketua Staf Laksamana Memerintah U-bot (Stabschef des Kommandierenden
Admirals der Unterseeboote
)
Fregattenkapitän
Heinz-Ehler Beucke
Mac 1943 Mei 1943
Konteradmiral
Ernst Kratzenberg
Jun 1943 April 1945
Kapitän zur See
Kurt Dobratz
April 1945 April 1945
Fregattenkapitän
Ewald Engler
1 Mei 1945 8 Mei 1945

Beucke dikeluarkan dari memerintah U-bot (pelayaran tunggal bersama U-173) pada tahun 1942 kerana adiknya telah terbunuh.

Nota sunting

  1. ^ Hague pviii
  2. ^ Tarrant p56
  3. ^ "Karl Dönitz". uboat.net. Dicapai pada 31 August 2009.
  4. ^ "Eberhard Godt". uboat.net. Dicapai pada 31 August 2009.
  5. ^ "Kurt Dobratz", uboat.net

Rujukan sunting

Templat:Uboat