Begitukah Cinta

Begitukah Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Haris Khadir, dibintangi oleh Nazim Othman, dan Ainul Aishah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 14 Februari 2011 menggantikan Tiramisu.

Begitukah Cinta
Begitukah Cinta.jpg
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahHeris Khadir
Dibintangi oleh
Ainul Aishah
Nazim Othman
Ramona Zam Zam
Zulin Aziz
Aida Khalida
Ku Fridah
Wan Nor Azlin
Lagu pembukaanSungai Lui - Aizat Amdan
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod24 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitRosyam Nor
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal14 Februari 2011 – 24 Mac 2011
Kronologi
MengikutiTiramisu
Diikuti olehCinta Antara Kita

SinopsisSunting

Mengisahkan Riana dan Nazril yang pada mulanya kawan biasa, akhirnya menjalinkan cinta. Namun, darjat menjadi benteng besar umpama pemisah untuk hidup bahagia. Nazril adalah anak keluarga berada dan ternama, sedangkan Riana pula dilahirkan yatim piatu, dan dibesarkan nenek sejak kematian ibu bapanya.

Belajar di kolej sama, Nazril menjadi buruan gadis sebaya, manakala Riana terpaksa memendam rasa kerana kedudukan mereka yang jauh berbeza. Namun, panggilan cinta merapatkan perasaan yang selama ini menjadi rahsia, akhirnya tidak mampu dibendung lagi. Nazril meluah rasa cinta, dan Riana menerima dengan perasaan yang berbelah bagi.

Akibat kesempitan hidup, Riana terpaksa berhenti belajar. Neneknya, Halimah, menyesali keputusan drastik Riana dan menganggap tindakan itu satu kesilapan besar. Selepas menerima ugutan daripada ibu Nazril yang mahu Riana menjauhi anaknya, bapa saudara Riana, Malik pula memaksa dia untuk berkahwin dengan seorang rakannya yang kaya. Riana enggan, tetapi dipaksa kerana Malik sudah `menjual’ Riana dengan harga RM100,000. Akibat ugutan perkosa oleh Malik, Riana melarikan diri dari rumah, tanpa diketahui Halimah dan Nazril.

Satu malam, kehormatan Riana hampir tergadai angkara seorang lelaki dan teman rapatnya, Roza. Apakah kemungkinan yang bakal terjadi? Hayati kuasa utuh cinta dan kasih sayang yang mampu mengubah nasib?

PelakonSunting


RujukanSunting