Beka Melayu

usaha pemurnian bahasa Melayu berdasarkan bahasa serumpun

Béka Melayu (Jawi: بيكا ملايو; Rejang: ꤷꥉꤰ ꤸꥍꤾꤿꥈ), Cakap Melayu (چاكڤ ملايو), Lidah Melayu (ليده ملايو) atau Tuturan Melayu (توتورن ملايو) ialah sebuah gerakan pemurnian bahasa khusus bagi bahasa Melayu (dan Indonesia).[1][2][3][4] Ia dilakukan dengan menyingkirkan perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing iaitu Inggeris, Sanskrit, Arab, Parsi, Siam, Tamil, Belanda, Cina, Jepun dan sebagainya.[a][5] Walau bagaimanapun, perkataan daripada bahasa serumpun iaitu rumpun bahasa-bahasa Austronesia seperti Jawa, Sunda, Aceh, Cham dan sebagainya terus dikekalkan malahan adakalanya perkataan daripada bahasa-bahasa tersebut diambil sebagai pengganti perkataan pinjaman asing bukan Austronesia.

Bendera tiga warna Melayu digunakan oleh penggiat Beka Melayu di Twitter.

Etimologi sunting

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, beka merupakan perkataan sastera lama yang membawa maksud "bercakap-cakap" atau "bermesyuarat".[6] Walaupun perkataan ini tidak membawa maksud "bahasa", para penggiat Beka Melayu telah meluaskan makna perkataan beka untuk membawa maksud bahasa lalu menjadikannya sebagai pengganti kepada perkataan "bahasa" yang mana merupakan pinjaman daripada bahasa Sanskrit, bhā́ṣā (भाषा).[7][8]

Sejarah ringkas dan tujuan sunting

Pada awalnya, konsep pemurnian bahasa tidak dikenal atau didukung dengan meluas sejak zaman penjajahan. Penulis atau pengarang hanya menumpukan perhatian menterjemahkan buku asing bagi menyekat sebahagian besar pengaruh Barat seperti bahasa Inggeris dan Belanda dalam persuratan Melayu, namun pengaruh luar seperti bahasa Sanskrit dan Arab masih banyak digunakan.[perlu rujukan]

Bahasa Melayu murni julung kali diusulkan dalam Internet pada 2018 dengan nama "Lidah Malayaw".[9] Usaha tersebut kemudian diikuti oleh para pengguna maya lainnya menggunakan laman-laman seperti Facebook, YouTube, Quora, dan kini Twitter.[10][1][4][2]

Tujuan sunting

Tujuan beka Melayu adalah menyingkirkan semua kosakata asing dan menggantinya dengan padanan daripada bahasa serumpun. Bahasa variasi baru ini menerima semua unsur Austronesia jati yang sebagian besar daripada bahasa Melayik, misalnya bahasa Melayu sendiri, Minangkabau, Iban, Temuan, Jakun, Cam, dan banyak lagi.[11] Unsur Austroasia yang sudah digunakan pula semisal contoh perkataan ketam akan tetap dipakai.[11]

Para penggiat Beka Melayu tidak bertujuan bagi menjadikan Beka Melayu sebagai bahasa perhubungan, bahasa baharu, atau apa-apa sepertinya. Kebanyakan para penggiat Beka Melayu hanya bergiat dalam gerakan Beka Melayu sebagai satu hobi sahaja. Tujuan utama Beka Melayu setakat hari ini hanyalah ingin mengkongsikan gambaran, bagaimanakah bahasa Melayu jikalau tanpa sebarang serapan asing.[penyelidikan asli?]

Di samping itu, Beka Melayu juga menangkis tohmahan sebahagian golongan tertentu yang menuduh bahasa Melayu hanya memiliki 3 hingga 6 perbendaharaan kata yang murni sahaja.[penyelidikan asli?]

Kaedah sunting

Ada pelbagai kaedah yang digunakan oleh para penggiat Beka Melayu untuk memurnikan bahasa Melayu. Antara kaedah yang digunakan ialah:

Pemadanan Melayu teras sunting

Menggunakan perkataan bahasa Melayu tulen yang sudah sedia ada dalam kamus-kamus bahasa Melayu utama atau teras. Antara kamus yang biasa digunakan ialah Kamus Dewan (KD), Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) dan kamus Wilkinson (dicapai melalui SEALang Library Malay). Contoh:

Bahasa Melayu Bahasa Asal Padanan Beka Melayu Catatan
kerusi /kursi Arab, كرسي (kursii) seliri[b] KD "sejenis kerusi" (sastera lama); KBBI "kursi" (klasik).
cawan Mandarin, 茶碗 (cháwǎn) cangkir[b] KD "cawan"; KBBI "mangkuk kecil yang bertelinga".
rakyat Arabic رَعِيَّة‎ ('raʿiyya) sebawah[b][3] KD "orang yg di bawah perintah".
warganegara Sanskrit वर्ग (varga) + नगर (nagara) anakbenua[3] KD anak, "orang yang berasal dari sesebuah negeri" + KD benua, "tanah yang luas".

Pemadanan Melayu dialek dan Melayik sunting

Menyerap perkataan daripada dialek-dialek Melayu seperti Kelantan-Pattani, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor-Riau, Sarawak dan lain-lain, dan bahasa-bahasa rumpun Melayik seperti Iban, Minangkabau, Bugis, Jakun, Temuan dan sebagainya. Contoh:

Bahasa Melayu Bahasa Asal Padanan Beka Melayu Catatan
almari/lemari Portugis armário gerobok[b] Melayu Johor; KD "peti besar tempat pakaian".
doktor Inggeris bomor[b] Melayu Kelantan-Pattani; bandingkan dengan KD bomoh.
roti Hindi रोटी (roṭī) gembung[b] Banjar gambung, "roti".
sekolah Portugis escola sasaran[b] Minangkabau, KD "tempat belajar".

Pemadanan bahasa serumpun sunting

Meminjam perkataan daripada bahasa serumpun semacam Jawa, Sunda, Tagalog dan Maori. Adakalanya penggiat-penggiat Beka Melayu akan memilih meminjam perkataan kepada bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu sebagai penukar daripada sesuatu perkataan atau istilah pinjaman asing bukan Austronesia. Contoh:

Bahasa Melayu Bahasa Asal Padanan Beka Melayu Catatan
buku Belanda boek serat[b][c] Jawa "buku, kertas"; seturunan dengan surat.
gajah Sanskrit गज (gaja) liman[c] Jawa; daripada lima-(a)n, "ada lima benda", merujuk pada kaki dan belalainya.
gereja Portugis igreja sembahan[b] Tagalog simbahan; daripada sembah-an, "sesuatu berkaitan sembah".
tsunami Jepun 津波 (tsunami) semung[c][11] Simeulue smong, "ombak yang besar".

Penciptaan perkataan baru sunting

Menciptakan perkataan baharu berdasarkan sistem tatabahasa Melayu. Para penggiat Beka Melayu adakalanya perlu mencipta perkataan baharu dengan cara menambahkan imbuhan, penggandaan dan metatesis. Sebaliknya, frasa yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan pula dipendekkan dengan cara pemaduan (penggabungan). Contoh:

Penambahan imbuhan
  • pelagau:[c] daripada pe- (awalan) + lagau, "memanggil", untuk "telefon".
  • penawang:[c] daripada pe- (awalan) + tawang, "angkasa", untuk "angkasawan".
  • jemadi:[b] daripada jadi "berlaku" + -em- (sisipan), untuk "ciptaan, makhluk"; bandingkan dengan Jawa dumadi.
  • urupan:[c] daripada urup, "menukar barang dengan barang" + -an (akhiran), untuk "ekonomi".


Penggandaan kata
  • bebaru:[b][4] gandaan bagi baru, untuk "berita".
  • lelemas:[b] gandaan bagi lemas, untuk "nitrogen"; bandingkan dengan Indonesia zat pelemas.


Pemaduan kata
  • gamerak:[c] daripada gambar + gerak, untuk "video".
  • kogam:[c] daripada kotak + gambar, untuk "filem".
  • rungkup:[b] daripada ruang + lingkup, untuk "konteks".
  • wagam:[b] daripada wayang + gambar, untuk "filem"; bandingkan dengan pawagam.


Bacaan sunting

Jadual menunjukkan perbandingan antara bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan Beka Melayu. Sistem tatabahasa Beka Melayu mengikut Proto-Austronesia adalah bermula dengan kata kerja iaitu VSO ataupun VOS.[11] Namun, tatabahasa mengikut bahasa Melayu piawai iaitu SVO, masih boleh digunakan.[11]

Bahasa Melayu Bahasa Indonesia Beka Melayu[d]
SVO VSO/VOS
Tsunami itu hakikatnya cukup untuk membinasakan kota fantasi ini. Tsunami itu sebenarnya cukup untuk menghancurkan kota fantasi ini. Semung itu sebenarnya pada untuk menghancurkan bénténg impian ini. Sebenarnya pada untuk menghancurkan semung itu bénténg impian ini.
Tauke kedai itu sedang berswafoto di hadapan Kaabah. Pemilik toko itu sedang berswafoto di depan Kakbah. Empunya warung itu sedang bersengkap di hadapan Rungkah. Di hadapan Rungkah, sedang bersengkap empunya warung itu.
Pengundi itu hadir ke dewan komuniti ngam-ngam jam tiga. Pemilih itu datang ke balai masyarakat tepat pukul tiga. Pemilih itu datang ke balai raya tepat pukul telu. Tepat pukul telu datang pemilih itu ke balai raya.
Nama cikgu biologi itu hakikatnya Kasih. Nama guru biologi itu sebenarnya Kasih. Panggilan pendidik kajihidup itu sebenarnya Kasih. Sebenarnya Kasih panggilan pendidik kajihidup itu.
Pakcik saya membaca buku di perpustakaan. Pamanku membaca buku di perpustakaan. Paman hamba mengaji serat di perseratan. Mengaji paman hamba serat di perseratan.
Angkasawan pertama Malaysia itu berasal dari Kuala Lumpur. Antariksawan pertama Malaysia itu berasal dari Kuala Lumpur. Penawang kesatu Tanamelayu itu datang dari Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur datang penawang kesatu Tanamelayu itu.

Nota sunting

  1. ^ Jawa dan beberapa bahasa serumpun lain tidak dikira sebagai pinjaman dalam Beka Melayu lantaran berasal daripada rumpun bahasa yang sama.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n Dalam ciapan Beka Melayu (@bekamelayu) di Twitter.
  3. ^ a b c d e f g h Dalam video Beka Melayu di Youtube.
  4. ^ Sampel-sampel ayat ini dikumpulkan daripada beberapa sumber di Internet. Tiga ayat yang terbawah pula dipetik daripada video dalam Youtube Beka Melayu yang masing-masing bertajuk "Biologi", "Buku" dan "Angkasawan".

Rujukan sunting

  1. ^ a b Beka Melayu di Youtube
  2. ^ a b Beka Melayu di Twitter
  3. ^ a b c Alam Bahasa (8 Februari 2019). "Beka Melayu: Lumpuk Ujar Dalam Pemerintahan". The Patriots (Alam Melayu). Dicapai pada 7 Januari 2022.
  4. ^ a b c Syauqi Stya Lacksana (2019). "Akan terlihat seperti apakah Bahasa Indonesia jika seluruh kosakatanya murni berakar dari Austronesia?". Quora (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Januari 2022.
  5. ^ Idris Manshor (2017). "The Systemic Rules of Malay Standard Borrowing from Arabic: Guidelines for Linguists and Translators". Issues in Language Studies. Universiti Sains Malaysia. 6 (2): 78-90. doi:10.33736/ils.1624.2017. Dicapai pada 2022-07-18.
  6. ^ "beka". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  7. ^ Sir Richard James Wilkinson (berdasarkan hasil kerjanya). Semakan untuk "bahasa". SEAlang Library Malay. SEAlang. Dicapai pada 18 Julai 2022.
  8. ^ Alam Bahasa (16 Disember 2018). "Gerakan Memurnikan Bahasa: Perihal Bahasa Melayu VS Beka Melayu". The Patriot. Dicapai pada 2022-07-22.
  9. ^ "Beka Melayu: Pengenalan". WordPress. 23 Ogos 2017. Dicapai pada 7 Januari 2022.
  10. ^ Beka Melayu di Facebook
  11. ^ a b c d e Alam Bahasa (27 Ogos 2021). "Pemurnian Bahasa: Anglish Moot vs Béka Melayu". The Patriots (Alam Melayu). Dicapai pada 7 Januari 2022.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting