Buka menu utama

Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu.[1] Tukang bekam dipanggil pembekam[2] atau hajim[3]. Istilah pembekam adalah homonim yang membawa maksud: (1) orang yang melakukan kerja membekam; atau (2) alat untuk membekam.[2] Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan bekam ialah cupping.[4] Bekam umumnya membawa pengertian mengeluarkan sesuatu dari badan menggunakan peralatan tertentu untuk sedutan seperti menggunakan tanduk (amalan kuno) dan cawan bekam dengan kaedah tertentu. Kaedah tertentu yang dimaksudkan inilah antara yang memberi perbezaan yang ketara antara derma darah dan bekam itu sendiri iaitu melalui hasil dapatan akhir proses. Bekam tanpa melalui proses ini diibaratkan seperti pengeluaran darah sahaja. Proses yang diperkatakan ini adalah proses pembiaran yang akan mewujudkan tekanan negatif pada bahagian yang hendak dibekam disamping pada proses inilah pengumpulan Causative Pathological Substances (CPS) atau bahasa mudahnya bahan penyebab penyakit akan dikumpulkan pada kawasan bertekanan. CPS ini terdiri daripada toksid, sel darah mati, sel darah rosak, radikal bebas, dan seumpamanya. Bahan inilah yang mahu dikeluarkan sewaktu menjalankan proses bekam, bukannya darah yang banyak yang memenuhi cawan bekam itu sendiri, khuatir yang dikeluarkan merupakan sel darah yang sihat walafiat yang sedang mengangkut nutrisi dan zat untuk dibekalkan keseluruh badan. Perkara yang terpenting semasa melakukan bekam adalah kaedah yang tepat untuk memastikan bahan yang keluar semasa bekam juga tepat, bukannya padat dengan darah likat. Darah pekat yang berjeli, darah beku merupakan hasil daripada rembesan platelet untuk menutup luka yang terhasil namun keluar bersama darah yang keluar semasa bekam dan seterusnya menyebabkan darah yang berada diluar dibekukan sekali.

Isi kandungan

Bekam dan sunah rasulSunting

Jenis-jenis bekamSunting

Bekam darahSunting

Bekam anginSunting

Bekam apiSunting

Bekam lintahSunting

Bekam magnetSunting

Akupunktur-BekamSunting

Menderma darah selepas bekamSunting

Orang ramai yang mahu menderma darah selepas bekam dikehendaki menderma selepas tempoh 6 bulan (sebaik-baiknya setahun) dari tarikh bekam.[petikan diperlukan]

RujukanSunting

  1. ^ "bekam - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 26 November 2012. 
  2. ^ a b "pembekam - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 26 November 2012. 
  3. ^ "hajim - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 26 November 2012. 
  4. ^ "cupping - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 14 Disember 2012. 

Pautan luarSunting