Belahan (biologi)

Belahan dalam biologi merujuk kepada pembahagian satu juzuk tunggal kepada dua bahagian, dengan bahagian yang tertinggal dibentuk semula agar induk terbitan menyerupai juzuk asal. Juzuk yang mengalami belahan dedua lazimnya melibatkan suatu sel, tetapi juga boleh melibatkan organisma, badan, populasi atau spesies yang memisah menjadi bahagian-bahagian terpencil.[1][2][3] Secara lazimnya, jenis belahan terbahagi kepada belahan dedua, di mana satu organisma tunggal berpisah kepada dua atau belahan berganda yang melibatkan pemisahan kepada banyak bahagian.

Belahan dedua suatu sel prokariot.

Organisma dalam domain Archaea dan bakteria membiak melalui belahan dedua. Bentuk pembiakan aseks serta pembahagian sel ini juga dilakukan oleh beberapa organel eukariot (seperti mitokondria). Belahan dedua membawa kepada penghasilan satu sel/organel prokariot hidup melalui pembahagian kepada dua bahagian dengan setiap bahagian boleh berkembang menjadi seperti sel asal.

RujukanSunting

  1. ^ Carlson BM (2007). Principals of regenerative biology. Elsevier Academic Press. m/s. 379. ISBN 978-0-12-369439-3.
  2. ^ Boulay R, Galarza JA, Chéron B, Hefetz A, Lenoir A, van Oudenhove L, Cerdá X (November 2010). "Intraspecific competition affects population size and resource allocation in an ant dispersing by colony fission". Ecology. 91 (11): 3312–21. doi:10.1890/09-1520.1. PMID 21141192.
  3. ^ Hubbell S (2003). "Modes of speciation and the lifespans of species under neutrality: a response to the comment of Robert E. Ricklefs". Oikos. 100 (1): 193–199. doi:10.1034/j.1600-0706.2003.12450.x.