Beli Barangan Malaysia

Kempen Beli Barangan Malaysia dilancarkan semula pada 2010. Ia merupakan susulan dan penjenamaan semula daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998.[1] Tujuannya bagi menggalakkan pengguna tempatan mencintai, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu rakyat Malaysia mengutamakan barangan Malaysia dalam mendepani lambakan barangan asing. Pengguna Malaysia seharusnya mencontohi pengguna Korea Selatan yang begitu berbangga membeli dan menggunakan barangan buatan negara mereka berbanding barangan import.[2]

Rujukan sunting