Siti Robela Abdul Rahim merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon teater, beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Mejar Jane dalam filem Korea Selatan 2020, Peninsula.[1][2][3]

Bella Rahim
Kelahiran
Siti Robela binti Abdul Rahim

1974 (umur 49–50)
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanÉcole Philippe Gaulier
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–kini

Kerjaya sunting

Biarpun masih baru dalam industri filem tempatan, Bella Rahim telah aktif berlakon teater sejak 2007. Pada tahun 2017, beliau mendapat Diploma Seni Persembahan dari École Philippe Gaulier, Perancis daripada guru yang pernah mengajar nama besar termasuk Sacha Baron Cohen, Emma Thompson dan Helena Bonham Carter.[4]

Pada Jun 2020, beliau dinobatkan trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Cosmo India 2020 untuk filem pendek berjudul Ikhwan. Beliau sebelum ini pernah menjayakan watak tambahan dalam filem sukan 2016, Ola Bola arahan Chiu Keng Guan.[4]

Beliau menjadi bualan di media sosial selepas membintangi filem thriler seram Korea Selatan, Peninsula arahan Yeon Sang-ho.[5][6][7][8] Ramai tidak menyangka watak Jane dalam filem itu rupanya pelakon berasal dari Malaysia.[4] Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata mengenai penglibatannya dalam Peninsula: "Sebaik melangkah masuk dalam set filem itu, saya terkesima melihat betapa gahnya produksi mereka. Buat pertama kali juga, saya berlakon dalam set menggunakan skrin hijau yang sangat besar. Demikian juga ketelitian produksi terhadap setiap aspek untuk semua babak dalam filem itu. Kru pula sangat tangkas melakukan tugasan mereka selain corak kerja mereka penuh sistematik,".[9]

Beliau bakal menjayakan sebuah pementasan teater berjudul Didn't Know That About You di Festival Teater Musim Bunga Norway. Persembahan itu sepatutnya berlangsung pada April 2020 namun ditunda berikutan pandemik COVID-19.[4]

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Bella pernah bekerja sepenuh masa dalam bidang fesyen sebagai penerbit selain menguruskan pelbagai acara.[10]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Train Station Pelayan Filem bebas
2016 Ola Bola Pelakon tambahan
2018 Orang Itu Pakar Oftalmologi
2019 Ikhwan Filem pendek
2020 Peninsula Mejar Jane Penampilan kameo
2022 Rasuk Kak Yam Penampilan khas
2023 Maryam Pagi Ke Malam
Hungry Ghost Diner
La Luna Peah

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Devoted Tati Viu
2022 Love In Lockdown Sooka
Murder By Moonlight Datin Rafidah Astro Citra Pelakon undangan
TBA Untitled Murder By Moonlight Special

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2021 Didn’t Know About You

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Festival Filem Cosmo India 2020 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Bella Rahim/Ikhwan Menang [4]

Rujukan sunting

  1. ^ Wartawan FMT (23 Julai 2020). "Bella Rahim, pelakon Malaysia pegang watak Major Jane dalam Peninsula". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-09. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  2. ^ "Malaysian actress makes cameo appearance in Train to Busan: Peninsula" (dalam bahasa Inggeris). Coconuts KL. 17 Julai 2020. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  3. ^ Mya Amri (17 Julai 2020). ""Love! Tak lengkap kalau tak ada watak dia": Ini dia pelakon Malaysia dalam Train to Busan: Peninsula". Gempak. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  4. ^ a b c d e Georgie Joseph (21 Julai 2020). "Bella dilayan umpama 'superstar' ketika penggambaran Peninsula". Harian Metro. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  5. ^ Mumtaj Begum (16 Julai 2020). "Malaysian actress Bella Rahim on starring in 'Train To Busan: Peninsula'" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  6. ^ "Interview: 8 things about Bella Rahim's Train to Busan: Peninsula experience" (dalam bahasa Inggeris). Hype. 21 Julai 2020. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  7. ^ "#Showbiz: I was treated like superstar on 'Peninsula' set, says Bella Rahim" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 21 Julai 2020. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  8. ^ "#Showbiz: Bella Rahim hailed for role in Train to Busan sequel" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 21 Julai 2020. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  9. ^ Georgie Joseph (3 Ogos 2020). "Masih kerdil kecap populariti". Harian Metro. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  10. ^ Georgie Joseph (2 Ogos 2020). "'Pinjam duit kawan langsai pengajian' - Bella Rahim". Harian Metro. Dicapai pada 4 Ogos 2020.

Pautan luar sunting