Belon kaji cuaca ialah sebuah belon yang diterbangkan pada altitud tinggi dan dipasang dengan alat-alat kajian untuk mengkaji dan memperoleh maklumat tekanan atmosfera, suhu, kelembapan dan kelajuan angin dengan satu alat boleh kembang kecil - radiosonde. Maklumat-maklumat berkenaang angin dapat diambil menerusi pengesanan belon oleh radar, pencarian arah radio atau sistem pandu arah seperti GPS. Belon ini dibina untuk berada pada altitud yang tetap dalam tempoh panjang (transosondes). Belon-belon kaji cuaca tanpa peralatan pula digunakan untuk menentukan angin aras atasan serta ketinggian lapisan-lapisan awan. Bagi belon-belon ini, seuatu teropong ukur atau stesen penuh digunakan untuk menjejak azimut dan ketinggian belon.

Sebuah belon kaji cuaca di Nunavut, Kanada.

Belon-belon kaji cuaca dilancarkan untuk memerhati dan menilai keadaan cuaca semasa serta membantu pemodelan dan ramalan cuaca. Antara 900 ke 1,300 lokasi dijadikan tempat pelancaran belon kaji cuaca secara kerap, dengan dua atau empat buah dilancarkan setiap hari.[1][2][3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ "NWS factsheet" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-20.
  2. ^ Radiosonde
  3. ^ Observations
  4. ^ Upper-Air Stations

Pautan luar sunting