Ben 10: Alien Swarm

Ben 10: Alien Swarm ialah filem televisyen aksi sebenar yang berdasarkan siri animasi Ben 10: Alien Force, menyusuli filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time. Alex Winter sekali lagi dilantik sebagai penerbit eksekutif dan pengarah, manakala lakon layarnya ditulis oleh John Turman.

Ben 10: Alien Swarm
Fail:Ben 10 alien swarm logo.jpg
Logo promosi filem
PengarahAlex Winter
PenulisJohn Turman
Dihasilkan olehAlex Winter
DibintangiRyan Kelley
Galadriel Stineman
Nathan Keyes
Alyssa Diaz
Barry Corbin
Vicki Lewis
Suara
Dee Bradley Baker
SinematografiAnghel Decca
Muzik olehMichael Wandmacher
Diedarkan olehWarner Bros.
Tarikh tayangan
Amerika Syarikat 21 November 2009
Malaysia 28 November 2009
Masa tayangan
N/A
Negara Amerika Syarikat
 Kanada
BahasaInggeris
BajetN/A

Sinopsis sunting

Setelah tumpasnya kumpulan jahat Forever Knights, Ben hendak kembali ke kehidupan normal bersama keluarganya. Namun, setelah munculnya kawan lama bernama Elena, Ben pula mahu menolongnya walaupun tidak disetujui Gwen dan Kevin. Apatah lagi, Atuk Max membongkarkan rahsia tergempar mengenai Elena dan pertubuhan Plumbers.

Alih suara Bahasa Malaysia sunting

Hafiz bin Mohd Suip, juara Akademi Fantasia musim ketujuh dipilih sebagai pengalih suara watak Ben Tennyson yang disiarkan serentak dengan versi Inggeris di Cartoon Network di Malaysia.[1]

Pelakon sunting

Pelakon Watak
Ryan Kelley Ben Tennyson
Galadriel Stineman Gwen Tennyson
Nathan Keyes Kevin Levin
Alyssa Diaz Elena
Barry Corbin Max Tennyson
Daran Pereira Validus
Dee Bradley Baker Big Chill/Humongousaur/Nanomech

Rujukan sunting

  1. ^ Dennis Chua (9 September 2009). "MUSIC: Big plans for AF7's top three". New Straits Times. Dicapai pada 16 Oktober 2009.

Pautan luar sunting