Bena perang

spesies serangga

Bena perang atau benah perang, dengan nama saintifik Nilaparvata lugens, ialah spesies benah yang memakan pokok padi (Oryza sativa L.). Serangga ini antara perosak utama pokok padi, yang merupakan makanan ruji bagi hampir separuh daripada penduduk dunia.[1] Mereka merosakkan padi secara langsung dengan memakan dan menyebarkan dua virus, iaitu virus kerdil hampa dan virus kerdil rumput pada padi. Serangan benah perang mampu menjejaskan sehingga 60% tuaian padi. Benah perang tersebar merentasi Australia, Bangladesh, Bhutan, Burma (Myanmar), Kemboja, China, Fiji, India, Indonesia, Jepun, Korea Utara dan Selatan, Laos, Malaysia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, dan Vietnam. Tumbuhan perumah alternatifnya selain padi adalah Leersia hexandra.

Nilaparvata lugens
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Hemiptera
Infraorder: Fulgoromorpha
Keluarga: Delphacidae
Subkeluarga: Delphacinae
Tribus: Delphacini
Genus: Nilaparvata
Spesies:
N. lugens
Nama binomial
Nilaparvata lugens
(Stål, 1854)

Benah perang merosakkan tanaman padi dengan menghisap cairan pokok dari tisu-tisu pembekal air dan makanan. Serangan benah perang yang teruk mampu mengakibatkan pokok menjadi kering dan mati, dan sekiranya serangan itu tidak dikawal dan menjadi serius, ini menyebabkan hasil padi berkurangan.

Biologi sunting

 
Benah perang mengambil masa sehingga 28 hari untuk satu kitaran hidup

Benah perang terbahagi kepada dua iaitu bersayap pendek dan panjang.

Serangan padi sunting

Benah perang biasanya menyasarkan pangkal rumpun padi di permukaan air. Serangan pada padi ini boleh bermula dari peringkat semaian sehinggalah peringkat padi berbuah. Serangan benah perang mampu merosakkan saluran makanan pada pokok dan menyebabkan pokok menjadi kurang subur. Semasa peringkat awal serangan, tompok kuning bulat muncul, yang kemudian menjadi keperangan disebabkan kekeringan pada pokok. Keadaan seperti itu dipanggil 'gersang benah'. Suhu merupakan faktor kritikal dalam kitaran hayat serangga ini. Kadar penetasan dan kemandiran adalah tertinggi sekitar 25 °C. Telurnya sensitif pada kekeringan dan akan kecut apabila pokok perumah layu. Pertumbuhan populasi benah perang maksimum pada julat suhu antara 28 hingga 30 °C.

Pemangsa sunting

Pemangsa serangga ini termasuk lelabah Pardosa pseudoannulata dan Araneus inustus.[2] Dalam sesetengah kes, benah perang bertelur di tapak semaian sejurus sebelum penanaman, dengan itu memasuki sawah melalui cara ini.[3]

Kematian pembezaan bagi pemangsa dan benah perang bukan faktor utama kemunculan semula yang dicetuskan oleh racun serangga.[4] Sesetengah racun serangga terbukti meningkatkan kandungan protein kelenjar tambahan benah perang jantan, dan dengan itu meningkatkan kesuburannya.[5][6] Sesetengah racun serangga pula meningkatkan jumlah asid amino dan sukrosa yang terdapat pada floem pokok padi, dan dengan itu meningkatkan kemandiran benah perang.[7]

Kawalan sunting

Penggunaan berlebihan urea sebagai baja nitrogen dan racun serangga boleh mendorong berlakunya wabak dengan meningkatkan pembiakan benah perang, dan mengurangkan populasi musuh semula jadinya.[8][9][10] Pada 2011, pemerintah Thailand mengumumkan inisiatif bagi menangani benah perang dengan mengehadkan penggunaan racun serangga yang menyebabkan wabak termasuk abamektin dan sipermetrin – keputusan disokong oleh Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI).[11] IRRI turut melakarkan cadangan pelan tindakan bagi mengendali secara pintar wabak benah perang.[12] Pada Disember 2011, IRRI mengadakan persidangan di Vietnam bagi menangani ancaman salah guna racun serangga dan mengkaji pilihan bagi mengurangkan penggunaannya.[13]

Variati padi dengan ketahanan terhadap benah perang penting bagi menghalang berlakunya wabak.[14] Bagaimanapun, di kawasan yang kurang penggunaan racun serangga, ketahanan pada benah perang yang tinggi tidak diperlukan.[15] Mutagenesis kimia boleh meningkatkan dan mengurangkan tahap ketahanan padi pada benah perang dengan ketara.[16] Sesetengah racun serangga kimia, cth. imidakloprid, mampu menjejaskan gambaran gen pada padi dan dengan itu meningkatkan kelemahan pada benah perang.[17]

Dalam cubaan menjadikan kawalan benah perang lebih khusus spesies, penyelidik cuba membangunkan kaedah menukarkan gen benah perang khusus bagi metabolisme penghadaman, pertahanan dan xenobiotik. Banyak gen baru bagi fungsi ini telah dikesan dalam tisu dari usus kecil benah perang.[18] Sesetengah lektin tumbuhan tidak dapat dihadamkan oleh benah perang dan sekiranya dirumus dengan betul berpotensi melindungi padi daripada serangan benah perang.[19][20][21][22]

Kesan perubahan cuaca sunting

Penyelidikan menunjukkan bahawa benah perang telah pun mendiami tahap tertinggi suhu tertahan. Ini mencadangkan bahawa peningkatan suhu di kawasan tropika dengan suhu tinggi melampau sekali-sekala akan mengehadkan kemandiran dan taburan benah perang.[23]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Khush, GS (1999). "Green revolution: preparing for the 21st century". Genome. 42 (4): 646–55. doi:10.1139/g99-044. PMID 10464789.
  2. ^ Preap, V.; Zalucki, M. P.; Jahn, G. C.; Nesbitt, H. (2001). "Effectiveness of brown planthopper predators: population suppression by two species of spider, Pardosa pseudoannulata (Araneae, Lycosidae) and Araneus inustus (Araneae, Araneidae)". Journal of Asia-Pacific Entomology. 4 (2): 187–193. doi:10.1016/S1226-8615(08)60122-3.
  3. ^ Preap, V.; Zalucki, M. P.; Jahn, G. C.; Nesbitt, H. J. (2002). "Establishment of Nilaparvata lugens Stål in rice crop nurseries: A possible source of outbreaks". Journal of Asia-Pacific Entomology. 5 (1): 75–83. doi:10.1016/S1226-8615(08)60134-X.
  4. ^ Chelliah, S.; Heinrichs, E. A. (1980). "Factors Affecting Insecticide-Induced Resurgence of the Brown Planthopper, Nilaparvata lugens on Rice". Environmental Entomology. 9 (6): 773–777.
  5. ^ Wang, Ping; Shen, Jun; Ge, Quan; Wu, Cai; Yang, Qin; Jahn, Gary C.; Li-, Lin- Jin- Guo- (2010). "Insecticide-induced increase in the protein content of [[male accessory gland]]s and its effect on the fecundity of females in the brown planthopper Nilaparvata lugens Stål (Hemiptera: Delphacidae)". Crop Protection. 29 (11): 1280–1285. doi:10.1016/j.cropro.2010.07.009. URL–wikilink conflict (bantuan)[pautan mati kekal]
  6. ^ Ge, Lin-Quan (2011). "Proteomic analysis of insecticide triazophos-induced mating–responsive proteins of Nilaparvata lugens Stål (Hemiptera:Delphacidae)". J. Proteome Res.: 110908153310033. doi:10.1021/pr200414g. PMID 21800909. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ Jin-cai Wu, Jian-xiang Xu; Shu-zong Yuan, Jing-lan Liu; Yong-hou Jiang, Jun-feng Xu; Liu, Jing-lan; Jiang, Yong-hou; Xu, Jun-Feng (2001). "Pesticide-induced susceptibility of rice to brown planthopper, Nilaparvata lugens". Entomologia Experimentalis et Applicata. 100 (1): 119–126. doi:10.1046/j.1570-7458.2001.00854.x.
  8. ^ Preap, V.; Zalucki, M. P.; Jahn, G. C. (2006). "Brown planthopper outbreaks and management". Cambodian Journal of Agriculture. 7 (1): 17–25.
  9. ^ Preap, V., MP Zalucki, GC Jahn 2002. Effect of nitrogen fertilizer and host plant variety on fecundity and early instar survival of Nilaparvata lugens (Stål): immediate response. In: Proceedings of the 4th International Workshop on Inter-Country Forecasting System and Management for Planthopper in East Asia. November 13–15, 2002. Guilin China. Published by Rural Development Administration (RDA) and the Food and Agriculture Organization (FAO). 2002. pp 163–180, 226 pages.
  10. ^ Preap, V.; Zalucki, M. P.; Nesbitt, H. J.; Jahn, G. C. (2001). "Effect of fertilizer, pesticide treatment, and plant variety on realized fecundity and survival rates of Nilaparvata lugens (Stål); Generating Outbreaks in Cambodia". Journal of Asia Pacific Entomology. 4 (1): 75–84. doi:10.1016/S1226-8615(08)60107-7.
  11. ^ [1] IRRI media release: IRRI supports Thai move to stop insecticide use in rice.
  12. ^ action plan
  13. ^ international conference
  14. ^ Athwal, D. S. (1971). "Genetics of Resistance to Brown Planthoppers and Green Leafhoppers in Oryza sativa L". Crop Sci. 11 (5): 747–750. doi:10.2135/cropsci1971.0011183X001100050043x. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  15. ^ Cohen, Michael B.; Alam, Syed N.; Medina, Edith B.; Bernal, Carmencita C. (1997). "Brown planthopper, Nilaparvata lugens, resistance in rice cultivar IR64: mechanism and role in successful N. lugens management in Central Luzon, Philippines". Entomologia Experimentalis et Applicata. 85 (3): 221–229. doi:10.1023/A:1003177914842. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-26. Dicapai pada 2012-03-11.
  16. ^ Sangha, Jatinder Singh (2008). "Categories and Inheritance of Resistance to Nilaparvata lugens (Hemiptera: Delphacidae) in Mutants of Indica Rice 'IR64'". Journal of Economic Entomology. 101 (2): 575–583. doi:10.1603/0022-0493(2008)101[575:CAIORT]2.0.CO;2. PMID 18459427. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  17. ^ Yao Cheng, Zhao-Peng Shi, Li-Ben Jiang, Lin-Quan Ge, Jin-Cai Wu, Gary C. Jahn 2012. Possible connection between imidacloprid-induced changes in rice gene transcription profiles and susceptibility to the brown plant hopper Nilaparvata lugens Stål (Hemiptera: Delphacidae), Pesticide Biochemistry and Physiology, Available online 20 January 2012, ISSN 0048-3575, 10.1016/j.pestbp.2012.01.003
  18. ^ Yan-Yuan Bao, Ying Wang, Wen-Juan Wu, Dong Zhao, Jian Xue, Bao-Qin Zhang, Zhi-Cheng Shen, Chuan-Xi Zhang, De novo intestine-specific transcriptome of the brown planthopper Nilaparvata lugens revealed potential functions in digestion, detoxification and immune response, Genomics, Available online 14 February 2012, ISSN 0888-7543, 10.1016/j.ygeno.2012.02.002.
  19. ^ Powell, K.S.; Gatehouse, A.M.R.; Hilder, V.A.; Gatehouse, J.A. (1993). "Antimetabolic effects of plant lectins and plant and fungal enzymes on the nymphal stages of two important rice pests, Nilaparvata lugens and Nephotettix cinciteps". Entomol. Exp. Appl. 66: 119–126. doi:10.1007/BF02382280.
  20. ^ Powell, K.S.; Gatehouse, A.M.R.; Hilder, V.A.; Gatehouse, J.A. (1995). "Antifeedant effects of plant lectins and an enzyme on the adult stage of the rice brown planthopper, Nilaparvata lugens". Entomol. Exp. Appl. 75: 51–59. doi:10.1007/BF02382779.
  21. ^ Powell, K.S.; Gatehouse, A.M.R.; Hilder, V.A.; Peumans, W.; Damme, E. Van; Boonjawat, J.; Horsham, K.; Gatehouse, J.A. (1995). "Antimetabolic effects of related plant lectins towards nymphal stages of Nilaparvata lugens". Entomol.exp.appl. 75: 61–65. doi:10.1007/BF02382780.
  22. ^ Rao, KV (1998). "Expression of snowdrop lectin (GNA) in transgenic rice plants confers resistance to rice brown planthopper". The Plant Journal. 15 (4): 469–477. doi:10.1046/j.1365-313X.1998.00226.x. PMID 9753773. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  23. ^ Piyaphongkul J , Pritchard J , Bale J (2012) Can Tropical Insects Stand the Heat? A Case Study with the Brown Planthopper Nilaparvata lugens (Stål). PLoS ONE 7(1): e29409. doi:10.1371/journal.pone.0029409

Pautan luar sunting