Bencana lombong Listvyazhnaya

Bencana lombong Listvyazhnaya merupakan kemalangan perlombongan yang berlaku pada 25 November 2021 di lombong arang batu di Wilayah Kemerovo, Rusia . Asap daripada kebakaran dalam aci pengudaraan menyebabkan lebih 40 orang pelombong mengalami sesak nafas. [1] Percubaan untuk menyelamatkan para pelombong yang terperangkap gagal dan mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang penyelamat terkorban apabila lombong itu meletup. [1] [2] Ia adalah kemalangan maut lombong paling teruk di Rusia sejak letupan lombong Raspadskaya 2010 di wilayah yang sama. [3]

Latar belakang sunting

Lombong Listvyazhnaya adalah sebahagian daripada SDS-Holding, yang dimiliki oleh Kesatuan Perniagaan Siberia . Menurut media tempatan,—letupan metana di lombong yang sama telah menyebabkan 13 kematian pada tahun 2004. Pada tahun 2016, berikutan bencana lombong Vorkuta, pihak berkuasa Rusia menilai semula aspek keselamatan di 58 buah lombong arang batu di negara itu dan mengisytiharkan 34% daripadanya berpotensi tidak selamat. Laporan media menyatakan bahawa Listvyazhnaya tidak termasuk dalam kategori tersebut. [3]

Menurut agensi berita bebas Rusia Interfax, pemeriksaan terakhir lombong Listvyazhnaya telah dilakukan pada 19 November lalu. [1] [4] Selepas kemalangan itu, pegawai penguatkuasa undang-undang menyatakan bahawa sebelum ini terdapat aduan dari pelombong mengenai tahap metana yang tinggi di lombong. [3] Ahli keluarga terdekat mangsa turut mendakwa kebakaran pernah berlaku di lombong itu sepuluh hari sebelumnya. [1] [5]

Kemalangan sunting

Kejadian itu berlaku selepas habuk arang batu dari aci pengudaraan terbakar, mengakibatkan letupan yang memenuhi lombong dengan asap. 11 orang pelombong ditemui mati sejurus selepas itu sementara yang lain berjaya melarikan diri sejurus selepas kejadian; bagaimanapun, berpuluh-puluh lagi masih terperangkap. [1] 49 orang daripada mangsa yang terselamat telah dibawa ke hospital, sebahagian daripada mereka menunjukkan tanda-tanda keracunan asap, dengan empat dalam keadaan kritikal. Lima orang penyelamat pula terbunuh apabila lombong itu meletup semasa dalam percubaan menyelamatkan pelombong yang terperangkap, dan 17 orang penyelamat yang lain cedera. [6] [7] Operasi menyelamat kemudiannya ditangguhkan selepas paras metana yang tinggi dikesan di lombong, yang boleh meningkatkan peluang letupan. [4] [8] Operasi kemudian disambung semula, dan 35 orang pelombong lain ditemui mati, menjadikan jumlah keseluruhan kematian mencecah 51 orang. [3] Sehari kemudian, seorang penyelamat yang hilang ditemui masih hidup. Beliau ditemui dalam keadaan sedardan telah dimasukkan ke hospital akibat keracunan karbon monoksida sederhana. [3]

Kesudahannya sunting

Berikutan bencana itu, Jawatankuasa Penyiasatan Rusia membuat siasatan jenayah ke atas potensi pelanggaran keselamatan. [3] Tiga orang, termasuk pengarah lombong, timbalannya dan pengurus tapak, telah ditahan. [2] [8] Selain itu, dua orang pegawai pemeriksa keselamatan negeri telah ditahan oleh polis di Siberia. [9] Presiden Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Kemerovo mengisytiharkan tiga hari berkabung. [8] Ketua Kesatuan Pelombong Bebas Rusia, Alexander Sergeyev, menyalahkan pemilik dan pengurusan lombong atas atas kecuaian terhadap peraturan keselamatan. [5]

Lihat juga sunting

  1. ^ a b c d e "Russian coal mine: Dozens killed in Siberia accident". BBC News. 25 November 2021. Dicapai pada 25 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Welle (www.dw.com), Deutsche. "Russia: Over 50 people die in Siberian mine | DW | 25.11.2021". DW.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-26. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":4" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b c d e f "Survivor found in coal mine accident in Russia's Siberia". AP NEWS (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-26. Dicapai pada 2021-11-26. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b "Russia: Dozens dead in Siberia coal mine accident". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-26. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ a b Times, The Moscow (2021-11-26). "More Than 50 Dead in Siberia Coal Mine Accident". The Moscow Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-26. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":5" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ Общее число пострадавших при взрыве на шахте "Листвяжная" составило 126 [The number of injured and dead in the Listvyazhnaya mine explosion is 126]. TASS (dalam bahasa Rusia). 28 November 2021. Dicapai pada 2021-11-28.
  7. ^ Число пострадавших при взрыве на шахте "Листвяжная" выросло до 76 [The number of injured in the Listvyazhnaya mine explosion rises to 76]. TASS (dalam bahasa Rusia). 28 November 2021. Dicapai pada 2021-11-28.
  8. ^ a b c "More than 50 people, including rescuers, killed in coal mine accident in Siberia". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-25. Dicapai pada 2021-11-26. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ^ Reuters (2021-11-26). "Russia arrests safety inspectors after deadly Siberian mining disaster". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-26.