Bendahara Melaka

jawatan Bendahara semasa Kesultanan Melayu Melaka (1400 – 1511)

Bendahara Melaka merupakan satu jawatan pemeritahan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang sama taraf dengan Perdana Menteri kini. Bendahara merupakan ketua semua pembesar Melaka dan ketua kerajaan yang membuatkan jawatan ini kedua terpenting selepas raja Melaka. Bendahara diberikan kuasa untuk menjaga keselamatan Melaka secara keseluruhannya.

Selain itu, bendahara turut menjalankan undang-undang Melaka yang terdiri daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hal ini membuatkan bendahara turut berperanan sebagai hakim dan mempunyai mahkamah sendiri yang dinamakan Balai Bendahara. Kuasa kehakiman bendara meliputi semua kes jenayah kecuali hukuman bunuh yang hanya boleh dilaksanaan oleh raja.

Bendahara turut mempunyai pengaruh yang besar hinggakan perlantikan raja yang baru turut dijalankan oleh bendahara. Sebagai penasihat raja, bendahara bertanggungjawab untuk menjaga hubungan antara Melaka dan negara asing. Bendahara juga harus memastikan kesetiaan rakyat kepada raja Melaka adalah tidak berbelah bahagi dan mengelakkan dari sebarang penderhakaan dan pemberontakan.

Bendahara-bendahara Melaka sunting

  1. Bendahara Seri Wak Raja I, Tun Perpatih Permuka Berjajar, Radin Bagus
  2. Bendahara Seri Amar Di Raja, Radin Anum
  3. Bendahara Seri Wak Raja II, Tun Perpatih Sedang bin Tun Perpatih Permuka Berjajar
  4. Bendahara Seri Nara Di Raja, Tun Ali bin Raja Benua Kaling Mani Purindam
  5. Bendahara Seri Paduka Raja, Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang
  6. Tun Perpatih Putih bin Tun Perpatih Sedang
  7. Bendahara Seri Tun Mutahir bin Tun Ali
  8. Bendahara Seri Paduka Tuan, "Bendahara Tepok"