Bendera (tulisan Jawi: بنديرا‎; serapan Bahasa Portugis: bandeira) ialah sepotong kain yang dipakai sebagai wahana untuk menggambarkan simbol sebuah negara ataupun entiti lain.

Bendera negara-negara anggota ASEAN berkibaran di Jakarta, Indonesia.

Bendera awal digunakan dalam penyelarasan tentera di medan tempur, namun kini lebih berfungsi sebagai alat pengisyaratan dan pengenalan.

Jenis benderaSunting

Terdapat seberapa jenis bendera yang dicirikan penggunaan dan fungsinya:

  • Bendera kebangsaan atau bendera nasional - melambangkan sebuah bangsa atau negara.
  • Bendera awam atau bendera sivil - adaptasi bendera nasional yang diterbangkan oleh warga awam pada badan bukan pemerintah.
  • Bendera perang - bendera unik diterbangkan oleh angkatan bersenjata mereka,
  • Bendera antarabangsa atau bendera internasional - bendera melambangkan suatu badan antarabangsa seperti dalam bendera Perserikatan Bangsa-Bangsa, bendera Olimpik dan Paralimpik dan Kesatuan Eropah.

Rekaan dipakaiSunting

Perekaan yang tampil dalam bendera-bendera ini datangnya daripada mengikut tatacara pembuatan jata dipakai kesateria berperaturan tersendiri.

Perkaitan bendera yang dipakai sesebuah negara dengan suatu fahaman didokong atau diperjuangkan negara tersebut adakala turut menjadi inspirasi kepada bangsa, negara atau entiti subnasional yang menganggap diri seperjuangan. Antara beberapa contohn yang boleh diperhatikan:

 
Reka bentuk bendera kebangsaan tertua yang masih digunakan ialah Dannebrog Denmark

Lihat jugaSunting

Templat:Senarai Bendera