Bendera Argentina (Sepanyol: Bandera de la Argentina) terdiri daripada tiga jalur mendatar sama lebar berwarna biru dan putih dengan suatu bentuk berupa matahari di jalur tengahnya. Bendera ini dicipta oleh Manuel Belgrano, salah satu pejuang kemerdekaan negara tersebut menentang Empayar Sepanyol; ia pertama kali dibesarkan di bandar Rosario pada 27 Februari 1812 semasa Perang Kemerdekaan Argentina namun hanya dirasmikan dalam Kongres Tucumán pada tahun 1816.

Bendera Argentina.

Kejayaan orang Argentina dalam perjuangan memerdekakan diri menjadikan bendera ini suatu lambang yang didambakan lalu mengilham bendera milik negara dan pemerintahan lain di rantau Amerika Latin, misalnya bendera Persekutuan Amerika Tengah[1][2][3] iaitu duluan negara-negara Guatemala, Honduras, El Salvador, Nicaragua dan Costa Rica dari 1823 hingga 1838, serta juga bendera-bendera Uruguay dan Paraguay.

Reka bentuk sunting

Perlambangan sunting

Reben pangkat biasa pingat ini.

Warna-warna biru dan putih yang menjadi asas bendera ini didapati berdasarkan kajian sejarah diilhamkan daripada pingat Orden Española de Carlos III - suatu darjah kebesaran sebagai tanda kesetiaan para penduduk kepada kerajaan berperlembagaan pimpinan Raja Ferdinand VII dan kerabatnya yang pada ketika itu ditumpaskan pihak Napoleon semasa Perang Semenanjung di Eropah. Namun, pengunaan dua-dua warna ini dimutakhirkan Manuel Belgrano dalam Perang Kemerdekaan Argentina tahun 1812 untuk membezakan pasukannya dengan pihak musuh setiaraja Sepanyol yang lebih memakai warna-warna merah dan kuning - rekaan ini turut dipakai kokarde yang direka khas.

 
Kokarde digunakan para pejuang Argentina pada tahun-tahun (dari kiri ke kanan) 1810, 1811 dan 1812.

Suatu bentuk matahari berwajah manusia di tengah-tengah bendera - matahari menurut Diego Abad de Santillán melambangkan Inti iaitu dewa matahari kepercayaan masyarakat Inka;[4] ia dimasukkan pada rekaan bendera pada tahun 1818 di bawah nama "Matahari Mei" (Sepanyol: Sol de Mayo) memperingati Revolusi Mei iaitu kejadian penting yang membawa kepada kemerdekaan Argentina.

Spesifikasi sunting

Ukuran rasmi perekaan bendera diberikan sejak tahun 1978 di mana nisbah panjang lebar ia adalah 9:14. Butiran skema warna yang diberikan adalah seperti berikut:

Skema warna Biru langit Kuning Perang
(untuk garisan
luar dan muka)
RGB

Hexadecimal

116, 172, 223
#74ACDFFF
246, 180, 14
#F6B40EF
133, 52, 10
#85340AFF
Pantone (tekstil) 16-4132 TC 14-1064 TC 18-1441 TC
Pantone (cetak) 284 C / 284 U 1235 C / 116 U 483 C / 483 U
Pantone (plastik) Q 300-4-1 Q 030-2-1 Q 120-2-4
Nombor 75AADB FCBF49 843511
* Sumber: manuelbelgrano.gov.ar (dalam bahasa Sepanyol) Diarkibkan 2020-04-08 di Wayback Machine

Susur sejarah rekaan sunting

Berikut merupakan evolusi rekaan bendera yang wujud sepanjang zaman:

Bendera Tarikh Penerangan
  1812 Jalur mendatar putih dan biru dipakai Manuel Belgrano.[5][6][7]
  1812-1818 Dua jalur biru langit dan sejalur putih di tengah. Dikuatkuasakan secara rasmi pada tahun 1816.
  1818-1819 Bendera dipakai pemerintahan Wilayah Syarikat[8][9]
  1819-1820 Jenis warna biru dipaai lebih gelap.[8][9]
  1820-1829 Jenis warna biru diterangkan semula.[8][9]
  1829-1835 Jalur biru digantikan dengan warna ungu gelap. Bendera yang dipilih oleh Juan Manuel de Rosas selepas kenaikannya kepada kuasa dan dalam Gabungan Argentina yang baru diwujudkan.[10][9]
  1835-1850 Bendera Gabungan Argentina.[10][9] Setiap penjuru bendera berhias topi Phrygia yang merupakan simbol kemerdekaan diri daripada perhambaan.
  1850-1861
  1861-sekarang Perasmian rekaan bendera terkini Republik Argentina[11]

Rujukan sunting

  1. ^ Felipe Pigna (2005). Los mitos de la Historia Argentina 2. Argentina: Grupo Editorial Planeta S.A.I.C. 2005. m/s. 92. ISBN 950-49-1342-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-13. Dicapai pada 2020-03-10.
  2. ^ "Belgrano dejó descendencia en América Central". aimdigital. August 5, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada October 13, 2013. Dicapai pada June 20, 2013.
  3. ^ "El origen de las banderas de centroamérica". mdz online. June 20, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-13. Dicapai pada June 20, 2013.
  4. ^ Abad de Santillán, Diego (1965). Historia Argentina (dalam bahasa Sepanyol). Buenos Aires: TEA (Tipográfica Editora Argentina). OCLC 9405703. Unknown ID 2900104629702.
  5. ^ "ARGENTINA BANDERAS DE LA INDEPENDENCIA-I". angelfire.com. Dicapai pada 10 January 2019.
  6. ^ "ARGENTINA BANDERAS DE LA INDEPENDENCIA-II". angelfire.com. Dicapai pada 10 January 2019.
  7. ^ Cahoon, Ben. "Argentina". worldstatesmen.org. Dicapai pada 10 January 2019.
  8. ^ a b c "ARGENTINA 1818-1829". angelfire.com. Dicapai pada 10 January 2019.
  9. ^ a b c d e Luchtenberg, Mello. "Argentina". vexilla-mundi.com. Dicapai pada 10 January 2019.
  10. ^ a b "ARGENTINA 1829-1862". angelfire.com. Dicapai pada 10 January 2019.
  11. ^ "ARGENTINA 1829-1862". angelfire.com. Dicapai pada 10 January 2019.