Bendera Chile.

Bendera Chile (Bahasa Sepanyol: Bandera de Chile, juga diberi jolokan La Estrella Solitaria[1] "Bintang Tunggal") terdiri daripada dua jalur putih dan merah sama lebar dengan kanton, segi empat tepat biru berkandungkan bintang pecah lima putih. Ia mula digunakan secara rasmi pada 18 Oktober 1817.

RekaanSunting

PerlambanganSunting

Warna-warna merah, biru dan putih yang dipakai datangnya daripada panji-panji dibawa para pahlawan Mapuche semasa berperang menentang askar-askar Sepanyol di Perang Arauco. Ketiga-tiga warna ini turut diberikan maksud yang tersendiri:[2]

 
Bintang Wünelfe.

Bintang di atas pula datang daripada peringkasan simbol bintang pecah lapan Wünelfe dipakai puak peribumi Mapuche melambangkan bintang Kejora yang dianggap suci puak tersebut - ia sendirinya merupakan ilham utama penerapan kanton dalam rekaan bendera ini sepertimana menurut catatan Bernardo O'Higgins.[3] Bintang wünelfe pernah diterapkan dalam bentuk asalnya di dalam suatu bintang pecah lima pada rekaan asal bendera terkini (yang akan tampil dalam laman ini) namun bintang tersebut terbuang berikutan peringkasan bendera ini setelah beberapa lama kepada bentuknya yang terkini.

SpesifikasiSunting

 
Tatarajah perekaan bendera Chile.

Rincian warna rasmi yang diberikan untuk penghasilan bendera ini adalah seperti berikut:

  Biru Merah Putih
RGB 0-57-166 213-43-30 255-255-255
Hexadecimal #0039a6 #d52b1e #FFFFFF
CMYK 100, 66, 0, 35 0, 80, 86, 16 0, 0, 0, 0

Rekaan bendera terdahuluSunting

Bendera rasmi pertama (1812-1814)Sunting

 
Bendera dipakai semasa tempoh Patria Vieja diduduki Junta Pemerintahan 1810.

Penggulingan kerajaan Sepanyol diperintah Raja Fernando VII oleh Napoleon Bonaparte segera mendorong para penguasa Kekapitanan Agung Chile (Capitanía General de Chile) mewujudkan pemerintahan autonomi baharu yang dilihat sebagai pembuka peluang kepada jajahan Chile memerdekakan diri daripada cengkaman kuasa Sepanyol.

Jalur biru melambangkan penguasa dan lautan, putih melambangkan cabang perundangan dan salji litupan Andes sementara jalur kuning melambangkan cabang kehakiman dan ladang-ladang gandum subur dan luas terbentang.

Bendera rasmi kedua (Mei hingga Oktober 1817)Sunting

 
Bendera Chile ketiga

Kemenangan pihak Chile dalam Pertempuran Chacabuco pada 1817 memulakan tempoh pemerintahan baharu di Chile iaitu Patria Nueva.

Warna merah diambil daripada panji dipakai puak Mapuche menggantikan jalur bawah melambangkan darah yang ditumpahkan dalam banyak peperangan di Chile.

Bendera rasmi ketiga (sejak Oktober 1817)Sunting

 
Salinan semula rekaan asal bendera terkini.

Bendera ini diketahui direka oleh José Ignacio Zenteno Menteri Perang semasa pemerintahan O'Higgins. Ia direka berdasarkan ukuran yang dikira menepati nisbah keemasan; hal ini dapat ditunjukkan pada perbezaan panjang jalur-putih biru dan putih serta tercondongnya bintang pecah lima mengikuti lingkaran terbentuk hasil perkiraan nisbah tersebut. Jata negara Chile pada ketika ini turut tertera di tengah bidang bendera.[4][5]

RujukanSunting

  1. ^ Claudio Navarro; Verónica Guajardo. "Símbolos: La Bandera" (dalam bahasa Spanish). Diarkib daripada yang asal pada 17 October 2008. Dicapai pada 8 June 2008.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ "The CIA World Factbook". Dicapai pada 21 April 2010.
  3. ^ Guaquil, Rodolfo Manzo (2010). "Los verdaderos emblemas de la República de Chile 1810-2010" (dalam bahasa Sepanyol) – melalui Issuu.
  4. ^ Soublette, Gastón (1984). "La estrella de Chile" (dalam bahasa Sepanyol). Ediciones Universitarias de Valparaíso. Diarkib daripada yang asal pada 22 September 2009. Dicapai pada 7 Oktober 2010.
  5. ^ Navas, Andrés (2015). "The amazing story of a forgotten golden flag" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Preprint.