Bendera India direka oleh Majlis Perlembagaan India pada 22 Julai 1947, 24 hari sebelum hari kemerdekaan India daripada British. Di India, istilah "tiga warna" (Tirangā – तिरंगा) hampir selalu menunjuk pada bendera India. Bendera ini merupakan bendera tiga warna melintang: kuning cempaka, putih dan hijau dengan sebuah Ashoka Chakra berwarna biru di tengah-tengah garis putih. Bendera ini serupa dengan bendera Niger dengan lambang yang berbeza, bendera Côte d'Ivoire dan bendera Republik Ireland dalam kedudukan menegak.

Nisbah bendera: 2:3

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting