Bendera Israel terdiri daripada suatu bidang menampilkan suatu bentuk bintang bucu enam Bintang Daud biru pada latar belakang putih, antara dua garis mendatar biru. Bendera ini direka untuk Pergerakan Zionis pada tahun 1891, ia mula digunakan semasa bersidangnya Kongres Zionis Pertama pada tahun 1897.[1] Ia mula digunakan pada 28 Oktober 1948, 5 bulan selepas penubuhan entiti ini, ia

Bendera Israel
Palestine
KegunaanBendera kebangsaan
Nisbah8:11
Diterima pakai28 Oktober 1948
RekaanBintang Daud berwarna biru antara dua garis mendatar biru pada latar putih.

Pada tahun 2007 sehelai bendera Israel berukuran 660 darab 100 meter dan berat 5.2 tan dibuka dekat kubu Yahudi kuno Masada, memecahkan rekod dunia bagi bendera yang terbesar.[2]

Perlambangan sunting

Warna-warna sunting

Warna putih dikatakan melambangkan cahaya, kejujuran, kesucian dan kedamaian. Warna biru pula merupakan warna paling disanjung tinggi dalam agama Yahudi kerana ia melambangkan kesucian laksana laut dan langit atau syurga; ia dikatakan juga melambangkan kepercayaan, kesetiaan, hikmat, keyakinan diri dan kepandaian - warna biru ini ditetapkan sebagai "biru langit perang",[1] dan berubah-ubah daripada bendera kepada bendera, daripada biru tulen, kadangkala biru tentera laut, kepada kira-kira 75% biru kehijauan dan warna biru cerah yang sangat cerah.[3]

 
Kain tallit berumbai bercorak belang biru putih.

Garis-garis biru yang berjarak sikit dari bidang bendera melambangkan garis-garis pada sebuah kain tallit, pakaian berupa selendang khusus dipakai umat Yahudi semasa bersembahyang. Perkaitan dengan identiti ini sungguh utuh, malah ada pernah diutarakan bahawa warna biru dan putih merupakan warna nasional orang Yahudi seperti yang ditulis oleh Ludwig August Frankl (1810–1894); seorang penyair Yahudi Austria.[4]

Bintang Daud (מָגֵן דָּוִד, Magen David) sunting

Bentuk heksagram pada tengah bidang bendera ialah Magen David atau "perisai Daud". Bentuk ini menjadi sebuah lambang Yahudi sejak akhir zaman pertengahan setelah dikurniakan sedemikian oleh Raja Charles IV kepada masyarakat Yahudi Praha, Bohemia pada tahun 1354.[5] Sejak itu, bintang ini menjadi simbol agama Yahudi yang dikenal luas.

Kontroversi sunting

Tentangan daripada warga Arab Israel sunting

Sejumlah politikus Arab Israel, juga persatuan "High Follow-Up Committee for Arab Citizens of Israel" telah mengajukan permintaan menimbang semula rekaan bendera Israel yang dianggap terlalu eksklusif untuk orang Yahudi.[6] Namun, hujah tersebut ada disanggah sesetengah pihak yang menyatakan bahawa banyak negara lain yang menggunakan lambang-lambang khusus dalam kaitan agama mereka sendiri misalnya lambang-lambang Muslim pada bendera-bendera negara Algeria, Turki, dan Pakistan serta lambang-lambang Kristian pada bendera-bendera negara Denmark, Switzerland, dan United Kingdom.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Israel Ministry of Foreign Affairs publication The Flag and the Emblem by art historian Alec Mishory, wherein he quotes "The Provisional Council of State Proclamation of the Flag of the State of Israel" made on October 28, 1948 by Joseph Sprinzak, Speaker.
  2. ^ Giant Israeli flag breaks world record for largest in world Haaretz, 25 November 2007
  3. ^ Varied examples; Flag ~75% toward cyan from pure blue full article:The Flag and the Emblem Accessed July 28, 2006.
  4. ^ Frankl, A. L. "Juda's Farben", in Ahnenbilder (Leipzig, 1864), p. 127
  5. ^ Schwandtner, Scriptores Rerum Hungaricarum, ii. 148. Facsimile in M. Friedmann, Seder Eliyahu Rabbah ve-Seder Eliyahu Ztṭa, Vienna, 1901
  6. ^ The National Committee for the Heads of the Arab Local Authorities in Israel (2006). "The Future Vision of Palestinian Arabs in Israel" (PDF). Dicapai pada 2009-10-08. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting


Templat:Nationalflags