Bendera Jerman Nazi

Bendera Jerman dan Parti Nazi semasa era Nazi.

Bendera Jerman Nazi (Jawi: بنديرا جرمان نازي), atau secara rasminya bendera Deutsches Reich (Reich Jerman; Jawi: بنديرا راءيخ جرمان), merupakan sebuah bendera merah dengan swastika hitam pada cakera putih. Bendera pada awalnya digunakan sebagai panji Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP) setelah penubuhannya. Setelah pelantikan Adolf Hitler sebagai Canselor pada tahun 1933, bendera tersebut diangkat sebagai salah satu daripada dua bendera kebangsaan negara Jerman Nazi; yang kedua adalah bendera melintang berwarna hitam-putih-merah yang digunakan Empayar Jerman.

Deutsches Reich
NamaBendera Nazi, Bendera swastika
KegunaanBendera kebangsaan dan bendera kapal kebangsaan Small vexillological symbol or pictogram in black and white showing the different uses of the flag Small vexillological symbol or pictogram in black and white showing the different uses of the flag
Nisbah3:5
Diterima pakai1935
RekaanBendera merah dengan swastika hitam di atas satu cakera putih

Setahun setelah kematian Presiden Hindenburg pada tahun 1934, bendera Nazi ini dijadikan satu-satunya bendera kebangsaan Jerman pada tahun 1935, dan kekal sebegitu sehingga akhir Perang Dunia II dan kejatuhan Reich Ketiga.

Sejarah sunting

Asal-usul sunting

 
Bendera Jerman tanpa swastika digunakan hingga 1935.

Setelah menolak banyak cadangan dan warna, proses memilih bendera baru,

"Setelah berkali-kali mencuba, saya telah berputus dengan satu reka bentuk yang muktamad; sebuah bendera berlatarbelakangkan warna merah, sebuah cakera berwarna putih, dan sebuah swastika berwarna hitam di tengah-tengahnya. Setelah lama, saya juga telah mendapatkan ukuran tepat bagi saiz bendera berbanding saiz cakera putih, serta bentuk dan ketebalan swastika tersebut."
—Adolf Hitler, Mein Kampf (1925)

Setelah Parti Nazi merampas kuasa negara pada 30 Januari 1933, bendera melintang berwarna hitam-merah-emas telah dibuang; keputusan pada 12 Mac telah menetapkan dua bendera kebangsaan yang sah: bendera hitam-putih-merah yang diperkenalkan semula dan bendera Parti Nazi. [1] [2]

Panji-panji Nazi mempunyai maksud dan gambaran yang menyeluruh, sehingga versi "menghadap kiri" dan "menghadap kanan" masing-masing hadir di salah satu sisi. Namun, bendera Nazi di darat menghadap ke kanan di kedua sisi, seperti pada gambar ([2], di bahagian bawah).

Albert Speer, dalam bukunya Erinnerungen ("Kenangan"), menyatakan bahawa: "hanya dalam dua reka bentuk lain dia (Adolf Hitler) mengambil berat seperti yang dilakukan beliau di rumah Obersalzberg: bendera Perang Reich dan panji Pemimpin Negara beliau", menunjukkan bahawa Hitler adalah seorang peminat bidang veksilologi (perekabentukan bendera).

Versi di mana cakera tidak berada di tengah-tengah bendera swastika tersebut digunakan sebagai bendera awam pada kapal awam yang berdaftar di Jerman dan digunakan sebagai bendera pada kapal-kapal perang Kriegsmarine. Terdapat perdebatan mengenai apakah versi bendera ini adalah bendera rasmi negara dari 1935 hingga 1945, seperti di laman web veksilologi yang terkenal, Flags of the World.[3] Rujukan dari buku Third Reich yang memaparkan bendera negara selalu menunjukkan versi di mana cakera berada di tengah-tengah sebagai bendera kebangsaan Jerman. Satu buku yang diterbitkan oleh Reich Ketiga pada 1937, Du Sofort im Bilde ("Anda Dimaklumkan Segera", sebuah buku panduan untuk pertubuhan Reich Ketiga)[4] juga memaparkan versi tersebut sebagai bendera kebangsaan Jerman. Sebuah buku yang diterbitkan satu tahun sebelumnya pada 1936 di Reich Ketiga, Deutscher Beamten-Kalender 1936 (Buku Tahunan Penjawat Awam Jerman 1936) juga memaparkan bendera tersebut sebagai bendera kebangsaan, namun di sebelahnya ia juga mengatakan bahawa versi di mana cakera tidak berada di tengah-tengah adalah bagi tujuan kegunaan pada "Kriegsschiff" (kapal perang). [3] Diarkibkan 2020-12-03 di Wayback Machine Bendera dengan cakera di tengah-tengah biasanya digunakan oleh orang awam dan angkatan tentera Jerman, kecuali tentera laut.

 
Bendera dari Jerman Nazi ditemui berhampiran tebing selatan Sungai Rapido kira-kira 4000 kaki di sebelah barat Monte Cassino oleh J McQuorkindale pada malam 17-18 Februari 1944. Perhatikan bahawa swastika kelihatan menghadap kiri dalam gambar ini.

Dari 1933 hingga sekurang-kurangnya 1938 di Nazi Jerman, sebelum bendera swastika digunakan secara rasmi, ia harus dimasukkan ke dalam upacara di mana ia menyentuh bendera "Blutfahne " atau Bendera Darah, bendera swastika yang digunakan oleh paramiliter Nazi semasa operasi Bierkeller-Putsch yang gagal pada tahun 1923. Upacara panjang ini diadakan di setiap Perhimpunan Nuremberg. Adalah tidak diketahui jika tradisi ini diteruskan selepas perhimpunan Nuremberg berakhir pada 1938.

Sejak tahun 1945 sunting

 
Peserta perhimpunan "Unite the Right" ("Bangkitkan Golongan Kanan") dilihat membawa bendera perang Negeri-negeri Gabungan Amerika, bendera Gadsden dan bendera Nazi, di Charlottesville, Virginia, Amerika Syarikat pada bulan Ogos 2017.

Pada akhir Perang Dunia II, setelah kejatuhan Reich Ketiga, undang-undang pertama yang digubal oleh Majlis Kawalan Sekutu menghapuskan semua simbol dan memansuhkan semua undang-undang Reich yang relevan. [5] Memiliki bendera swastika adalah dilarang di beberapa negara sejak itu, dengan pengimportan atau pemaparannya dilarang terutama di Jerman .

Kini, bendera Reich Ketiga tetap digunakan oleh penyokong neo-Nazi, pensimpati Nazi, dan nasionalis kulit putih, terutama semasa demonstrasi alt-right .

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ von Hindenburg, Paul (12 Mac 1933). "Erlaß des Reichspräsidenten über die vorläufige Regelung der Flaggenhissung" [Ketetapan Presiden untuk peraturan sementara menaikkan bendera]. documentArchiv.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 17 Julai 2010.
  2. ^ Fornax. "The German Swastika Flag 1933–1945". Historical flags of our ancestors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Julai 2010.
  3. ^ [1] (dalam bahasa Inggeris)
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-03. Dicapai pada 2020-07-15.
  5. ^ Majlis Kawalan Bersekutu (30 Ogos 1945). "Law N° 1 from the Control Council for Germany: Repealing of Nazi Laws". European Navigato (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2007.

Pautan luar sunting