Identiti Kelantan

(Dilencongkan dari Bendera Kelantan)

BenderaSunting

 
Bendera Kelantan (1924-kini).
 
Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber worldstatesmen[1]

Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.

JataSunting

 
Jata Kelantan

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan Kelantan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda agama rasmi yakni Islam.

Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"

LaguSunting

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

PetaSunting

 
Peta Kelantan

RujukanSunting

  1. ^ http://www.worldstatesmen.org/Malay_states.htm Klik pautan untuk ke laman asal imej