Bendera New Zealand

Nisbah bendera: 2:1

Bendera New Zealand (Bahasa Inggeris: Flag of New Zealand, Bahasa Māori: [Te haki o Aotearoa] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[1]) diperkenalkan pada tahun 1869 dan dijadikan bendera kebangsaan pada tahun 1902. Bendera ini merupakan ensign biru dengan bendera United Kingdom di bahagian atas sebelah kiri dan empat bintang merah bersalut putih di sebelah kanan.

Bendera United Kingdom melambangkan warisan New Zealand dengan persatuan negara-negara Komanwel. Bintang-bintang melambangkan buruj (constellation) Crux atau Southern Cross. Bermula dari sebelah atas ikut jam adalah bintang Acrux, Becrux, gamma Crucis dan delta Crucis.


RekaanSunting

PerlambanganSunting

Terdapat dua komponen utama pada bendera ini:

Bidang warna biru gelap pada bendera dikatakan turut melambangkan langit dan laut terbuka sekelilingi negara tersebut.[5]

SpesifikasiSunting

 
Tatarajah rekaan bendera


Nisbah bendera in ialah 2:1 dan warna-warnanya adalah Merah (Pantone 186), Biru (Pantone 280) dan Putih. Nisbah dan warna bendera serupa dengan bendera United Kingdom.[5]

SejarahSunting

Bendera rasmi pertamaSunting

 
The Flag of the United Tribes of New Zealand

Bendera pertama yang wujud direka khas untuk United Tribes of New Zealand, iaitu suatu persekutuan suku-suku Māori yang bersidang dengan pihak British diwakili James Busby di Waitangi, Northland. Bendera ini diiktiraf dan digazetkan di New South Wales pada bulan Ogos 1835.[6][note 1]

Bendera rasmi keduaSunting

 
Bendera laut New Zealand, 1867–1869

Pada tahun 1866, pihak Tentera Laut British menasihatkan setiap jajahan yang mempunyai kapal-kapal tersendiri mengibarkan Bendera Biru United Kingdompanji laut diraja British disertakan dengan jata mewakili jajahan tersendiri[8] New Zealand tiada mohir atau jata sendiri pada ketika itu, maka mereka meletakkan huruf-huruf "NZ" pada panji mereka sendiri tahun 1867,[9]{{sfn|Mulholland|2016|p=54}

Bendera rasmi ketigaSunting

Rancangan pengubahanSunting

Rekaan sedia ada tidak begitu digemari sebagai lambang yang cocok untuk New Zealand atas beberapa faktor:

  • terlalu memberatkan hubungan New Zealand dengan United Kingdom yang sanggat renggang serta tidak berhasil membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat.
  • faktor mahu memerdekakan diri sebagai suatu republik bebas daripada kekuasaan United Kingdom.[10][11]
  • Pertindihan corak reka bentuk bendera dengan bendera Australia yang berjiranan dan New Zealand sehingga kedua-dua ia saling dikelirukan[12] [13]

Kesemua faktor ini mendorong pengusulan untuk mengubah bendera New Zealand ke rekabentuk yang baru sejak Mei 1973 dalam suatu perhimpunan agung diadakan Parti Buruh.[14]

Mereka yang membantah usulan ini mengatakan bahawa ramai rakyat New Zealand telah berperang dan gugur di bawah bendera ini; oleh itu ia tidak harus diubah. Rujuksuara di New Zealand menunjukkan bahawa majoriti penduduknya ingin mengekalkan bendera ini.

Referendum 2015-2016Sunting

 
Bendera alternatif dalam referendum 2015 ciptaan Kyle Lockwood

Pada 11 Mac 2014, Perdana Menteri John Key umumkan suatu inisiatif pungutan suara menukar bendera baharu pada sesi parlimen akan datang.[15][16] Pungutan ini dilaksanakan dalam dua peringkat:[17]

  • peringkat pertama - lima rekaan alternatif dipilih pada bulan November 2015[18]
  • peringkat kedua - pengundian antara bendera sedia ada ("1902 flag") dengan rekaan alternatif pada Mac 2016.[18]

Rekaan yang memenangi pusingan pertama merupakan suatu bendera yang menggantikan bendera Union Jack dengan paku pakis perak (ponga) berlatar hitam direka oleh seorang jurubina bernama Kyle Lockwood.[19][20] Pusingan kedua pula mempertandingkan "bendera 1902" dengan rekaan ini di mana "bendera Lockwood" dikalahkan dengan undian sebanyak 43.3% berbanding rekaan sedia ada yang mendapat 56.7% undi.[21]

RujukanSunting

  1. ^ "His Excellency the Governor is pleased to direct it to be notified, for general information, that a Despatch has recently been received from the Right Honorable the Secretary of State for the Colonies, conveying His Majesty's approbation of an arrangement made by this Government for complying with the wishes of the Chiefs of New Zealand to adopt a National Flag in their collective capacity, and also, of the Registrar of Vessels, built in that country, granted by the Chiefs and certified by the British Resident, being considered as valid instruments, and respected as such in the intercourse which those Vessels may hold with the British Possessions. The following is a description of the Flag which has been adopted: A Red St. George's Cross on a White ground. In the first quarter, a Red St. George's Cross on a Blue ground, pierced with four white stars."[7]
  1. ^ Wilson, John (16 September 2016). "Tuakiri o Aotearoa me te kāwanatanga - Te tuakiri o Aotearoa" (dalam bahasa Maori). Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 14 July 2019.
  2. ^ Wilson, John (16 September 2016). "The New Zealand flag" (dalam bahasa Inggeris). Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand.
  3. ^ "Māhutonga". Te Aka Online Māori Dictionary. Dicapai pada 8 June 2018.
  4. ^ a b Wassilieff, Maggy (12 June 2006). "Southern Cross - A national icon". Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 8 June 2018.
  5. ^ a b c "Flags" (dalam bahasa Inggeris). Kementerian Budaya dan Warisan New Zealand. 23 Julai 2010. Dicapai pada 6 September 2011.
  6. ^ "Flags of New Zealand: United Tribes flag". NZHistory. Ministry for Culture and Heritage. 20 March 2010. Dicapai pada 28 December 2010.
  7. ^ "Government Notice, Colonial Secretary's Office. Sept. 9, 1835, New Zealand". The Cornwall Chronicle. Launceston, Tasmania. 9 September 1835. Dicapai pada 15 June 2014.
  8. ^ Mulholland 2016, m/s. 50.
  9. ^ Volker Preuß. "Flagge Neuseeland" (dalam bahasa German). Dicapai pada 7 September 2003.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  10. ^ Hubbard, Anthony (14 Januari 2018). "Monarchy or republic? The debate for NZ's head of state rages on". Stuff.co.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2018.
  11. ^ Jones, Nicolas (28 March 2016). "Bill English: Flag vote shows republic a ways off". The New Zealand Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 June 2018.
  12. ^ Fletcher, David. "Flag confusion". Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 8 Jun 2018.
  13. ^ Brian Sweeney (Februari 2004). "Eight Reasons To Change The New Zealand Flag". NZ Flag.com Trust. Diarkib daripada yang asal pada 6 Oktober 2011. Dicapai pada 8 Jun 2018.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Moody tidak disediakan
  15. ^ "New Zealand to hold referendum on new, 'post-colonial' flag". The Guardian. 11 March 2014. Dicapai pada 11 March 2014.
  16. ^ "New Zealand to hold referendum on national flag". BBC News. 11 March 2014. Dicapai pada 11 March 2014.
  17. ^ "First steps taken towards flag referendum". beehive.govt.nz. New Zealand Government. 29 October 2014. Dicapai pada 31 October 2014.
  18. ^ a b "The NZ flag – your chance to decide". Government of New Zealand. Dicapai pada 1 November 2015.
  19. ^ Griffiths, James (15 December 2015). "Would you replace the New Zealand flag with this?". CNN. Dicapai pada 15 December 2015.
  20. ^ "New Zealand chooses new flag as preliminary winner". BBC. 11 December 2015. Dicapai pada 11 December 2015.
  21. ^ "Flag referendum: New Zealand votes to keep current flag". The New Zealand Herald. 24 March 2016. ISSN 1170-0777. Dicapai pada 24 March 2016.

Pautan luarSunting