Bendera Pakistan direka oleh Ameer-ud-Din Khidwai dan dijadikan rasmi apabila Pakistan merdeka pada 14 Ogos 1947. Bahagian hijau melambangkan rakyat yang beragama Islam dan putih melambangkan kaum minoriti bukan Islam. Bulan sabit melambangkan kemajuan dan bintang melambangkan cahaya dan ilmu.

Nisbah bendera: 2:3

Gelaran rakyat tempatan untuk bendera ini adalah subz hilali parcham (Urdu) untuk "bendera hijau dan bulan sabit".