Bendera Republik Ireland

Bendera Republik Ireland (Ireland: bratach na hÉireann, bahasa Inggeris: flag of [the Republic of] Ireland), terdiri daripada jalur tiga warna hijau, putih dan jingga[1][2] dengan nisbah ukuran 1:2.

Bendera Republik Ireland yang mula dipakai tahun 1916.

Bendera ini diberikan sebagai hadiah daripada sekumpulan orang Perancis kepada Thomas Francis Meagher, ketua pergerakan nasionalis Young Ireland.[3][4] Bendera ini mula dipakai semasa Pemberontakan Easter di Pejabat Pos Awam Dublin pada tahun 1916.[5][6] Bendera ini kemudiannya dirasmikan penggunaannya oleh pihak Republikan semasa Perang Kemerdekaan Ireland (1919–1921) dan Negara Bebas Ireland (1922–1937) sebelum dirasmikan dalam Perlembagaan Ireland 1937.

Reka bentuk sunting

Perlambangan sunting

Jalur hijau bendera melambangkan penduduk bermazhab Gereja Katolik Rom - warna ini paling terutamanya dikaitkan dengan santo penaung para penduduk ini, Santo Patrick yang memperkenalkan agama Kristian ke pulau Ireland. Warna jingga atau "oren" pula melambangkan golongan Protestan yang dikaitkan dengan Putera Oranye William III yang menumpaskan bala tentera katolik pimpinan Raja James II[7] di Pertempuran Boyne tahun 1690.[8] Jalur putih di tengah melambangkan keamanan dan kedamaian yang diharapkan antara kedua-dua mazhab penganut ini di Ireland[9] lalu ketiga-tiga ini melambangkan penyatuan pelbagai budaya, anutan agama dan budaya politik membentuk bangsa Ireland yang merdeka.[10][11]

Pemilihan rekaan tiga jalur ini dipengaruhi bendera Perancis yang sendirinya merupakan simbol masyhur pendokongan fahaman republikanisme dibawa hasil revolusi yang berlaku di negara tersebut, maka tidak hairanlah ia menjadi pilihan para warga Perancis yang menghasilkan purbarupa bendera ini sebagai tanda sokongan mereka[3][4]

Spesifikasi sunting

Perlembagaan Ireland menyatakan dalam Perkara 7 seperti berikut:

The national flag is the tricolour of green, white and orange.[12]
["Bendera kebangsaan (Ireland) ialah bendera berjalur tiga warna iaitu hijau, putih dan jingga."]

Takrifan lanjut ditetapkan panduan diberikan Jabatan Taoiseach (Department of the Taoiseach) untuk kegunaan umum.[13] Bendera mesti berbentuk segi empat sama ber nisbah ukuran 2:1; ketiga-tiga jalurnya hendaklah sama tinggi dan lebar. Rincian warna digunakan dalam penghasilan bendera pula adalah seperti berikut:[13]

Skema warna Hijau Putih Jingga Sumber
Pantone 347 U Safe 151 U [13][14]
Hex triplet #169B62 #FFFFFF #FF883E [15][16]
RGB 22–155–98 255–255–255 255–136–62 [15][16]
CMYK 71–0–72–0 0–0–0–0 0–43–91–0 [15][16]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Library. "National Flag". Taoiseach.gov.ie. Dicapai pada 30 September 2017.
  2. ^ "Constitution of Ireland – Article 7". Irish Statute Book. Government of Ireland. 1937. Dicapai pada 19 August 2018. The national flag is the tricolour of green, white and orange
  3. ^ a b Sean Duffy, The Concise History of Ireland, 2005
  4. ^ a b Rick Steve's Ireland 2008
  5. ^ "West Cork man raised Tricolour on historic day". Irish Examiner. 4 April 2016.
  6. ^ The National Flag: Design, Department of the Taoiseach.
  7. ^ [1] Diarkibkan 28 Julai 2007 di Wayback Machine King James II leader at Battle of Boyne
  8. ^ https://www.taoiseach.gov.ie/eng/Historical_Information/The_National_Flag/The_National_Flag.pdf
  9. ^ National Flag, Department of the Taoiseach
  10. ^ The National Flag, Department of the Taoiseach.
  11. ^ Subject to the Twenty-seventh Amendment of the Constitution of Ireland, 2004.
  12. ^ Bab 7 Perlembagaan Ireland (1 Julai 1937) }}.
  13. ^ a b c "The National Flag" (PDF). Department of the Taoiseach. 2013.
  14. ^ "Colour of the Flag – Ireland". flagspot.net. Dicapai pada 27 December 2017.
  15. ^ a b c PANTONE. "PANTONE 347 U – Find a Pantone Color | Quick Online Color Tool". www.pantone.com. Dicapai pada 27 December 2017.
  16. ^ a b c PANTONE. "PANTONE 151 U – Find a Pantone Color | Quick Online Color Tool". www.pantone.com. Dicapai pada 27 December 2017.

Pautan luar sunting