Identiti Selangor

(Dilencongkan dari Bendera Selangor)

Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya[perlu rujukan] di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Negeri ini perlu mengikut contoh negeri-negeri maju yang lain di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat dan New South Wales di Australia.

BenderaSunting

 
Bendera Selangor
 
Bendera Selangor yang digunakan sebelum 30 Januari 1965
  • Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
  • Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri Selangor
  • warna putih malambangkan kesucian agama Islam.

JataSunting

Jata Negeri Selangor
 
Perincian
Cogan kataDipelihara Allah
  • Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
  • Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna.
  • Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
  • Tulisan Jawi yang berwarna Merah "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
  • Tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

LaguSunting

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Duli Yang Maha Mulia merupakan lirik lagu negeri Selangor sejak 1967. Penulis lagu ini tidak diketahui, namun lagunya digubah oleh Saiful Bahri.

PetaSunting

 
Peta Selangor

Selangor adalah salah satu negeri yang terletak di semenanjung Malaysia. Selangor berdekatan dengan Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.