Identiti Terengganu

(Dilencongkan dari Bendera Terengganu)

BenderaSunting

 
Bendera Terengganu

Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri

JataSunting

 
Jata Terengganu

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.

LaguSunting

Versi semasa - (Allah Selamat Sultan)Sunting

Allah daulatkan tuanku sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan tuanku sultan
Sejahtera Sepanjang Zaman
Allah rahmatkan tuanku sultan
Memerintah rakyat aman

PetaSunting

 
Peta Terengganu