Bendo adalah senjata dan peralatan yang berasal dari Jawa Indonesia. Perbedaan bendo dan golok adalah bendo lebih pendek daripada golok serta lebih lebar penampangnya daripada golok. Bendo sebenarnya merupakan alat dapur yang biasanya digunakan untuk memotong daging yang bertulang ataupun menghiris benda yang memerlukan tenaga yang kuat.

GambaranSunting

Bendo adalah pisau bermata satu yang berat. Ia memberikan daya pemotongan yang lebih besar berbanding pisau biasa. Bahagian utama bagi sebilah bendo adalah bilah (wilah) yang terbuat dari campuran besi dan keluli. Biasanya bahan mentah yang digunakan secara meluas oleh pembuat golok di Jawa pada masa ini adalah dari besi kereta kerena ia lebih mudah dan murah. Gagang dan sarung bendo pula dihasilkan dari kayu.