Benjamin Franklin (17 Januari [G.L.: 6 Januari 1705[1]] 1706, Boston, Massachusetts  – 17 April 1790, Philadelphia, Pennsylvania) adalah seorang tokoh Amerika Syarikat yang terkenal dan telah meninggalkan banyak karya di dalam hidupnya. Franklin adalah orang dengan banyak jenis pekerjaan dan keahlian. Dia adalah seorang wartawan, penerbit, penulis, ahli falsafah politik, ahli politik, negarawan, aktivis masyarakat, ahli sains, diplomat dan pereka sekaligus. Franklin juga adalah salah seorang pemimpin Revolusi Amerika, dan salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat. Kata-katanya banyak yang terkenal dan dikutip orang. Misalnya "masa adalah wang" kemungkinan besar berasal dari dirinya. Kerana dia juga seorang penerbit dan pemilik percetakan, banyak kata-katanya yang masih boleh dibaca orang hingga sekarang kerana dia juga banyak dan rajin menulis. Dia juga terkenal dengan cadangan uji kajinya mengenai elektrik dan kilat (pencipta pengalir kilat). Dia juga merupakan ketua pejabat pos dan pembentuk perpustakaan awam pertama di Amerika, dan orang pertama yang menyusun pasukan bomba di Pennsylvania.

Benjamin Franklin
Gabenor Pennsylvania ke-6
Dalam jawatan
18 Oktober 1785 – 1 Disember 1788
Didahului olehJohn Dickinson
Digantikan olehThomas Mifflin
Speaker Dewan Provinsi Pennsylvania ke-23
Dalam jawatan
1765–1765
Didahului olehIsaac Norris
Digantikan olehIsaac Norris
Dalam jawatan
1778–1785
Dilantik olehKongres Konfederasi
Didahului olehJabatan baru
Digantikan olehThomas Jefferson
Dalam jawatan
1782–1783
Dilantik olehKongres Konfederasi
Didahului olehJabatan baru
Digantikan olehJonathan Russell
Butiran peribadi
Lahir(1706-01-17)17 Januari 1706
Boston, Massachusetts
Meninggal dunia17 April 1790(1790-04-17) (umur 84)
Philadelphia, Pennsylvania
KerakyatanUnited Kingdom (lahir), Amerika Syarikat (meninggal)
Parti politikNone
PasanganDeborah Read
ProfesionAhli politik, Ahli sains, Penulis

Benjamin Franklin ialah anggota Freemasonry.

Biografi sunting

Tahun-tahun awal sunting

Benjamin Franklin dilahirkan di Milk Street, Boston, pada 17 Januari 1706 dari ayahnya iaitu Josiah Franklin yang telah menikah dua kali. Benjamin adalah anak bongsu dari 17 anak Josiah dari dua perkahwinan itu. Benjamin berhenti sekolah ketika beliau berusia sepuluh tahun, dan pada umur dua belas tahun ia telah magang pada usaha penerbitan milik James, abangnya. Percetakan ini menerbitkan surat khabar New England Courant.

Benjamin menjadi kontributor dan bahkan kemudian editor surat khabar itu. Suatu hari kakak beradik ini berselisih faham hingga akhirnya Benjamin melarikan diri, pertama ke New York, lalu ke Philadelphia pada Oktober 1723.

Tahun-tahun pertengahan sunting

Benyamin dan William melarikan diri ke Philadelphia. Lalu William bergabung dengan penjajah (Inggeris) dan berpisah jalan dengan Ben. Ben adalah musuh Inggeris kerana Revolusioner USA.

Tahun-tahun akhir sunting

Setelah berselisih dengan William cukup lama, William yang bergabung dengan penjajah meminta maaf terhadap Benjamin Franklin. Namun dengan tegas Benjamin Franklin menolak. Benjamin Franklin menghabiskan sisa hidupnya terpisah dari isterinya.

Kematian dan setelahnya sunting

Nota sunting

  1. ^ Engber, Daniel (2006).What's Benjamin Franklin's Birthday?. Dicapai 17 Jun 2009.

Karya Ben Franklin (Bahasa Inggeris) sunting

  • Franklin, Benjamin, "The Way to Wealth". Applewood Books; November 1986. ISBN 0-918222-88-5
  • Franklin, Benjamin, "The Autobiography of Benjamin Franklin". Dover Pubns; June 7, 1996. ISBN 0-486-29073-5
  • Franklin, Benjamin, "Poor Richards Almanack". Peter Pauper Press; November 1983. ISBN 0-88088-918-7
  • Franklin, Benjamin, "The Poetry of Minor Connecticut Wits". Scholars Facsimilies & Reprint; September 2000. ISBN 0-8201-1066-3
  • Franklin, Benjamin, "Writings". ISBN 0-940450-29-1
  • Franklin, Benjamin, "On Marriage".
  • Franklin, Benjamin, "Satires and Bagatelles".

Rujukan dan pautan luar sunting

Bacaan lanjut sunting