Benjamin Pavard

pemain bola sepak

Benjamin Jacques Marcel Pavard (Sebutan bahasa Perancis: [bɛ̃ʒamɛ̃ pavaʁ]; lahir 28 Mac 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Inter Milan dan pasukan kebangsaan Perancis. Walaupun biasanya diletakkan di posisi bek tengah, beliau juga boleh beraksi di posisi bek kanan.

Benjamin Pavard
Pavard bersama Perancis di Piala Dunia 2018.
Maklumat peribadi
Nama penuh Benjamin Jacques Marcel Pavard[1]
Tarikh lahir (1996-03-28) 28 Mac 1996 (umur 28)[2]
Tempat lahir Maubeuge, Perancis
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)[3]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor 28
Kerjaya remaja
2002–2005 US Jeumont
2005–2015 Lille
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2016 Lille B 20 (1)
2015–2016 Lille 21 (0)
2016–2019 VfB Stuttgart 84 (2)
2019–2023 Bayern Munich 111 (8)
2023– Inter Milan 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2015 Perancis B19 4 (0)
2015–2017 Perancis B21 15 (0)
2017– Perancis 51 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023 (UTC)

Beliau memulakan kerjayanya di Lille yang beraksi di Ligue 1 sebelum berpindah ke VfB Stuttgart pada tahun 2016 apabila beliau memenangi 2. Bundesliga pada musim pertamanya di sana. Pada Januari 2019, beliau bersetuju untuk berpindah ke Bayern Munich selepas Stuttgart berdepan penyingkiran dari Bundesliga pada penghujung musim.

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis pada tahun 2017 dan memenangi trofi Piala Dunia pada tahun 2018.

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Pavard telah dilahirkan di Maubeuge, Nord berhampiran dengan sempadan Belgium. Pavard memulakan kerjayanya dengan beraksi untuk kelab halamannya di Jeumont. Bekan pemain antarabangsa Perancis, Jean-Pierre Papin juga memulakan kerjayanya di sana.[4]

Pavard menyertai kelab akademi Lille semasa berusia sembilan tahun.[5] Beliau telah melakukan penampilan sulungna di Ligue 1 pada 31 Januari 2015 ketika menentan Nantes yang berkesudahan seri 1-1.[6] Pavard seterusnya tampil dalam 21 perlawanan liga sepanjang dua musimnya bersama Lille sebelum beliau meninggalkan kelab itu pada tahun 2016.

Stuttgart sunting

 
Pavard bersama Stuttgart pada September 2016.

Pada 30 Ogos 2016, Pavard berpindah ke kelab Jerman, VfB Stuttgart dengan menandatangani kontrak selama empat tahun.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam 2. Bundesliga pada 3 Oktober sambil menjaringkan gol semasa menentang Greuther Fürth.[8][9] Beliau beraksi dalam 21 perlawanan dan membantu pasukannya muncul sebagai juara liga pada musim itu.[10]

Pavard melakukan penampilan sulungnya di Bundesliga pada 19 Ogos dalam aksi tewas menentang Hertha Berlin 2-0.[11] Beliau menyumbat gol pertamanya di Bundesliga pada 29 Oktober dalam aksi kemenangan menewaskan Freiburg 3-0 di Mercedes-Benz Arena.[12] Beliau melanjutkan kontraknya bersama Stuttgart pada 20 Disember 2017 sekali gus memastikan beliau bersama kelab itu sehingga 30 Jun 2021.[13]

Beliau merupakan salah seorang daripada hanya empat orang pemain yang tampil dalam setiap minit permainan Bundesliga pada musim 2017–18.[14] Beliau juga beraksi di beberapa posisi terutamanya posisi bek kanan, bek tengah, pemain tengah bertahan dan juga sayap kanan. Namun selepas pelantikan Tayfun Korkut sebagai pengurus baru pada Januari 2018, beliau hanya beraksi di posisi bek tengah dan pasukannya dibolosi 10 gol dalam 14 perlawanan terakhir. Rekod ini menjadikan Stuttgart yang dulu berada dari hampir zon penyingkiran kini menghuni tangga ketujuh liga serta hanya satu tangga lagi untuk menempah tiket ke kejohanan Liga Europa.

Dalam musim 2018–19, Pavard sekali lagi menjadi pemain utama Stuttgart yang berjuang untuk keluar daripada zon penyingkiran sepanjang musim. Mereka disahkan tersingkir selepas kecundang kepada Union Berlin dalam aksi play-off.[15]

Bayern Munich sunting

Pada 9 Januari 2019, Bayern Munich mengesahkan bahawa Pavard akan menyertai kelab itu untuk menghadapi musim 2019–20. Pavard telah menandatangani kontrak selama lima tahun yang menetapkan beliau di Bayern sehingga 30 Jun 2024.[16]

Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi DFL-Supercup 2019 menentang Borussia Dortmund selepas menggantikan Thiago Alcântara pada minit ke-80 dan perlawanan itu menyaksikan Dortmund menang 2-0.[17] Pada 31 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern bagi menyamakan kedudukan perlawanan sebelum pasukannya menang besar 6-1 ke atas Mainz.[18]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 6 November 2017, Pavard dipilih oleh ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Wales dan Jerman.[19] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis ketika menentang Wales pada 10 November selepas menggantikan Christophe Jallet pada separuh masa. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-0 berpihak kepada Perancis.[20]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah dipanggil untuk menjadi anggota skuad Perancis yang akan beraksi di Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[21] Pada 16 Jun, Pavard melakukan penampilan pertamanya di pentas Piala Dunia ketika menentang Australia dan Perancis menang 2-1.[22] Pada 30 Jun, Pavard menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama dengan jaringan dari luar kotak penalti ketika menewaskan Argentina pada pusingan 16 terakhir.[23] Jaringan beliau kemudiannya diundi sebagai jaringan terbaik kejohanan[24] dan dinobatkan sebagai jaringan terbaik tahunan.[25] Beliau juga menjadi pemain pertahanan Perancis pertama yang menjaringkan gol di Piala Dunia semenjak Lilian Thuram yang menjaringkan gol ketika menentang Croatia pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018.[26] Pavard akhirnya memenangi Piala Dunia dengan beraksi sebagai kesebelasan utama Perancis dalam setiap perlawanan kecuali pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan iaitu ketika menentang Denmark.[27]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 17 Mei 2020[28]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Lille 2014–15 8 0 0 0 0 0 8 0
2015–16 13 0 1 0 3 0 17 0
Jumlah 21 0 1 0 3 0 25 3
  Stuttgart 2016–17 21 1 0 0 21 1
2017–18 34 1 2 0 36 1
2018–19 29 0 0 0 2 0 31 0
Jumlah 84 2 2 0 0 0 2 0 88 2
  Bayern Munich 2019–20 24 4 4 0 7 0 1 0 36 4
Jumlah kerjaya 129 6 7 0 3 0 7 0 3 0 149 6

Antarabangsa sunting

Sehingga 16 November 2019[29]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2017 2 0
2018 16 1
2019 9 0
Jumlah 27 1

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
30 Jun 2018 Kazan, Rusia   Argentina
2–2
4–3
Piala Dunia 2018

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Stuttgart

Antarabangsa sunting

Perancis

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-08-12. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ name=FIFA
  4. ^ "Benjamin Pavard: 10 things on VfB Stuttgart's French World Cup winner". Bundesliga. Dicapai pada 9 August 2018.
  5. ^ name=ten
  6. ^ "Nantes vs. Lille – 31 January 2015 – Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 15 March 2015.
  7. ^ "VfB sign Benjamin Pavard". VfB Stuttgart. 30 August 2016. Dicapai pada 30 August 2016.
  8. ^ "Mit dieser Startelf spielt der VfB". Stuttgarter Zeitung (dalam bahasa German). 3 October 2016. Dicapai pada 1 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Hier finden Sie alle Informationen zum achten Spieltag". Stuttgarter Nachrichten (dalam bahasa German). 3 October 2016. Dicapai pada 1 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Stuttgart wins German 2nd division to return to Bundesliga". ABS-CBN Sports. 22 May 2017. Dicapai pada 1 July 2018.
  11. ^ "Leckie double helps Hertha beat Stuttgart". Bundesliga. 19 August 2017. Dicapai pada 1 July 2018.
  12. ^ Tillenburg, Robin (29 October 2017). "Stuttgart siegt in Überzahl gegen Freiburg". Dicapai pada 1 July 2018.
  13. ^ "VfB extend contract with Benjamin Pavard". VfB Stuttgart. 20 December 2017. Dicapai pada 20 December 2017.
  14. ^ "VfB Stuttgart and France defender Benjamin Pavard: The next Lilian Thuram?". Bundesliga. 1 July 2018. Dicapai pada 1 July 2018.
  15. ^ "Union Berlin hold on against VfB Stuttgart to earn historic promotion". Bundesliga. 24 May 2019. Dicapai pada 17 July 2019.
  16. ^ "FC Bayern sign world champion Benjamin Pavard". FCBayern.com. FC Bayern Munich. 9 January 2019. Dicapai pada 9 January 2019.
  17. ^ "Off-colour Red fall to ruthless Dortmund". fcbayern.com. Dicapai pada 18 August 2019.
  18. ^ "Bayern Munich 6–1 Mainz". BBC Sport. 31 August 2019. Dicapai pada 2 September 2019.
  19. ^ "Benjamin who? Pavard is surprise inclusion in France squad". Fox Sports. 7 November 2017. Dicapai pada 10 November 2017.
  20. ^ Pritchard, Dafydd (10 November 2017). "France 2–0 Wales". BBC Sport. Dicapai pada 1 July 2018.
  21. ^ "World Cup 2018: Anthony Martial and Alexandre Lacazette left out of France squad". BBC Sport. 17 May 2018. Dicapai pada 1 July 2018.
  22. ^ "2018 FIFA World Cup Russia™ - Matches - France - Australia". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 1 July 2018.
  23. ^ "French player rips a screamer vs. Argentina for his first international goal and one of the wildest shots of the World Cup". Business Insider. Dicapai pada 1 July 2018.
  24. ^ "Pavard's stunner voted Hyundai Goal of the Tournament". FIFA. 25 July 2018. Dicapai pada 25 July 2018.
  25. ^ "FIFA Puskas Award 2018 - THE NOMINEES". FIFA.com. 3 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-06. Dicapai pada 6 November 2019.
  26. ^ "Benjamin Pavard, like Lilian Thuram, scores at World Cup". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-09. Dicapai pada 1 July 2018.
  27. ^ "Benjamin Pavard Player Profile - ESPN FC". www.espnfc.com. Dicapai pada 16 July 2018.
  28. ^ name="soccerway1">"Benjamin Pavard". soccerway.com. Dicapai pada 6 September 2017.
  29. ^ name=NFT>(Inggeris) Profil Pavard, Benjamin di National-Football-Teams.com
  30. ^ name=bundesliga
  31. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC. Dicapai pada 15 July 2018.
  32. ^ "Pavard's stunner voted Hyundai Goal of the Tournament". FIFA. 25 July 2018. Dicapai pada 25 July 2018.
  33. ^ "World 11: The Reserve Team for 2017–18". FIFPro.org. 24 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2019. Dicapai pada 25 September 2018.
  34. ^ "Champions League breakthrough team of 2019". UEFA.com. UEFA.com Reporters & Editors. 30 December 2019. Dicapai pada 25 January 2020.
  35. ^ name=Legion

Pautan luar sunting