Bentara (Bahasa Inggeris: serjeant-at-arms, atau sergeant-at-arms),[a] ialah pegawai yang dilantik oleh suatu perhimpunan musyawarah, lazimnya badan perundangan, untuk mengawasi dan menguatkuasakan tatatertib semasa bersidang. Perkataan "serjeant" berasal dari Bahasa Latin serviens, yang bermaksud "servant" (pesuruh/pelayan). Mengikut sejarah, bentara ialah pegawai bersenjata yang dipelihara oleh para pembesar dan raja-raja Inggeris, dan cokmar istiadat yang dikaitkan dengan mereka pada asalnya adalah sejenis senjata.[2]

Sebatang cokmar istiadat (Inggeris, kurun ke-17) seperti yang dibawa oleh bentara raja pada upacara rasmi negara.

Parlimen Malaysia

sunting

Deskripsi tugas bentara

sunting

Bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada Ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan dan disiplin Ahli Parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan serta membantu mengatur buku-buku/risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula. Turut membantu mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan dan menjalankan tugas-tugas menyambut para tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia terdiri daripada para tetamu kerajaan, para pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam. Bentara bertindak atas arahan Tuan Yang di-Pertua dan boleh menyingkirkan sesiapa jua dari Dewan, jika diperintahkan. Bentara juga adalah penjaga Cokmar dan menjalankan tugas istiadat sebagai pembawa Cokmar semasa perarakan Tuan Yang di-Pertua masuk dan keluar Dewan.

  1. ^ "Sergeant" is a modern UK and North American variant spelling.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ "sergeant-at-arms: definition of sergeant-at-arms in Oxford English Dictionary". Oxford English Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 October 2016. Dicapai pada 2016-10-27.
  2. ^ Allison & Riddell (1991). The Royal Encyclopaedia. London: Macmillan.

Pautan luar

sunting